Bagaimanapun juga, bagiku
kau hanya sebatas kenangan yang pernah ada,
Dan saat ini, aku hanya menikmati rindu
yang sesekali masih terasa
[Perihal yang aku tulis, Boy Candra]
kau hanya sebatas kenangan yang pernah ada,
Dan saat ini, aku hanya menikmati rindu
yang sesekali masih terasa
[Perihal yang aku tulis, Boy Candra]
Day 7 (Ahad, 25 April 2016)
Setelah perbincangan semalam dengan Jito, Mangunan ni lebih kurang wisata alam kalibiru yang kami pegi semalam, jadi nak jimatkan masa dan supaya pengembaraan hari ni tak terkejar-kejar (last day lak tu kan) Maka kami pun sepakat untuk tak pergi yang ni.
Hari terakhir dimulai dengan menuju ke rumah raja a.k.a keraton. ^^, untuk penduduk Jogja mereka adalah sangat dekat dengan istana. Dan di Indonesia saja, hanya ada 2 tempat sahaja yang masih menggunkan sistem Sultan iaitu Acheh dan Jogjakarta. Disebabkan itu, nama Jogja dikenal sebagai Daerah Istimewa Jogjakarta.
Di Keraton, kami dibawa melihat sekitar keraton, dia ceritakanlah salah silah susur galur kesultanan. Aku kira sekarang dah keturunan ke-11 (kut), Sri Sultan Hamengkubuwono X. Sayangnya tuan sultan hanya dikurniakan anak perempuan seramai 5 orang. Katanya akan mewarisi, tapi masih ada isu kerana ada sebahagian yang taknak perempuan menjadi sultan. (Eh eh, melalut pula kepada politik kesultanan kan, maybe kalau nak tau lanjut korang boleh cari sendiri. haha)
Selain dari itu, keunikan istana ini adalah, ia open kepada public untuk buat lawatan. Dan kebanyakan tempat adalah berbentuk seperti muzium. Ada pameran batik, ada pameran hadiah2 dari belanda dan negara2 lain dan berbagai pameran yang lain lagi.
Pekerja istana digelar sebagai Abdi Dalem. Pakaian rasmi (lelaki) mereka adalah baju biru, topi batik, kain batik. Selain itu yang lebih 'rare' adalah, mereka berkaki ayam kemana saja dikawasan istana! masih! Sangat mengekalkan adat. Ada jugalah bertanya-tanya dengan pakcik tour guide tu, dia cakap abdi dalem ni takda pencen, kerja sehingga hujung nafas. Unless abdi dalem yang nak minta berenti awal.
Keraton - Keratuan - Rumah Raja
Tamansari Water Castle, 9.50 - 11.00 pagi
Dari Keraton, kami di bawa pula ke Taman Sari, yang kedudukannya tersangatlah hampir dengan Keraton, Kurang lebih 5 minit perjalanan kereta.
Bagi aku taman sari adalah satu tempat yang agak cute jugalah. Selain dari pintunya yang rendah. Fungsi taman sari tu sendiri aku rasa agak comel.
Ok, taman sari ni adalah tempat bersiramnya raja-raja. Selepas masuk satu pintu gerbang pertama, kita akan nampak 2 buah kolam renang. Diceritakan kolam renang pertama adalah tempat bersiram para gundik raja. Manakala kolam renang kedua adalah tempat bersiram anak anak raja.
Hampir dengan kolam renang pertama terdapatnya satu menara tinjau yang dapat memerhatikan seluruh kolam 1 dan 2. Dan dari situlah raja akan duduk memerhati gundik-gundik mandi, dan memilih gundik mana yang akan di ajak bersiram dengan nya. Gundik terpilih akan menerima sekuntum bunga yang dicampak oleh raja dari menara tinjau itu. (Ahaha, ok kelakar)
Gundik terpilih akan mandi bersama raja di kolam satu lagi. Itulah ceritanya Taman Sari.
Oh ya, dan berkenaan dengan pintu nya yang kecil, aku tanyakan bapak tu, adakah orang Jogja begitu kecil, sebab pintu dia rendah kan. Katanya tidak, pintu itu sengaja dibuat rendah, simbolik kepada orang Jogja yang mementingkan kesopanan, bila nak berjalan menunduk/membongkokkan sedikit badan. (Amazing!)
Selepas habis memutar disekitar Taman Sari, bapak guide membawa kami pusing sekitar masjid bawah tanah, Sumur Gumuling. Kata pak guide, masjid itu dibina di bawah tanah kerana nak merahsiakan kedudukannya dari Belanda yang menjajah ketika itu. Jadi bila nak solat boleh masuk ke pintu rahsia menuju bawah tanah.
Ni bilik persalinan.
Selepas habis memutar disekitar Taman Sari, bapak guide membawa kami pusing sekitar masjid bawah tanah, Sumur Gumuling. Kata pak guide, masjid itu dibina di bawah tanah kerana nak merahsiakan kedudukannya dari Belanda yang menjajah ketika itu. Jadi bila nak solat boleh masuk ke pintu rahsia menuju bawah tanah.
Jito a.k.a Jo
Pak guide sini pun asalnya adalah guru batik. Dia bawa ke rumah dia tengok batik yang dia buat.
Antara koleksi kat rumah pak guide
Oklah dah penat tengok batik-batik yang dihasilkan pak guide, mari kita menuju ke masjid ye!
Tangga turun ke kawasan masjid
Kawasan di dalam masjid. Tak leh imagine sangat macam mana masjid ni. huhu.
Part yang menarik dalam masjid
Lorong-lorong sepi
Sudah ke hujungnya.
Hutan Pinus, 1.33 - 2.10 petang
Hutan Pinus terletak di Mangunan/Imogiri. Yang menarik tempat ni? Tidak dapat tidak adalah untuk bergambar >.< Aku rasa memang itula motif teratas hutan pinus nih. Ala-ala tempat winter sonata pun ada gak. Selain dari cantik untuk bergambar, aku kira yang menarik tentang hutan pinus ni adalah, ia sejuk!
Airport
Masa yang tak ingin di fikir akhirnya tiba jua! Masa untuk pulang kepangkuan realiti. Hidup tak selalu indah seperti berlibur. Punya pelbagai lagi tanggungjawab yang menunggu di Malaysia.
Sampai airport haruslah kelamkabut nak check in beg! Ahaha, paling bijak pandai adalah bila beli tiket flight tak include sekali luggage. what the fish, kan! ok sarah, point taken there. Lesson learnt! Nak travel kena ada check in luggage atleast 20kg ok.
till then.
Bye Jito. Bye Jogja.
7 hari untuk selamanya.
Jogja will be missed!
#jombleberpetualang #wonderfulindonesia
No comments:
Post a Comment