"Bye, kak last day hari ni" ujar Kak Kim sambil menghulurkan tangan.
"Akak umur berapa eh?" laju je soalan aku, sebab dari semalam aku sedikit ragu dengan umur Kak Kim. Nampak segak dan sihat lagi, rambut pun masih hitam.
"60 dah" jawab Kak Kim.
"serius lah? kak Kim tipu!!" tiber je nak emosi kan. Haha!
Tapi serius kak Kim tak nampak pun macam umur 60. Kalau around 50 boleh percaya juga. Aku ingat dia pencen option. Rupanya memang pencen wajib lah gayanya tu.
Tak abis-abis nampaknya cerita orang pencen kat sini. Bukan kat sini je, ayah pun baru pencen bulan lepas. Dah banyak muka baru juga masuk pejabat akhir-akhir ni. Sama ada pengganti kepada yang lama, ada juga yang sekadar membuat latihan industri untuk melengkapkan senarai yang perlu untuk diploma/ degree diorang kat sini.
Bila tengok orang pencen ni, rasa sedih pulak. Terbayang pulak masa mula-mula kerja, perasaan masa tu, bersemangat, seronok, dapat kawan baru, dapat motivasi baru, harapan untuk terus hidup. Tapi through out the years, semua benda tu pudar. Kawan-kawan ramai yang berhenti dan bertukar kerja. Sama ada tak selesa dengan boss, atau pun gaji tak cukup, boleh jadi jugak mencari excitement baru dalam pekerjaan. Tak ramai kan yang boleh tahan dengan same routine. Jadi tukar kerja adalah satu jalan untuk menemui lagi semangat baru.
Sedar-sedar, tinggal kita je yang sendiri masih teragak-agak nak pindah kerja atau nak meneruskan juang di lapangan kerjaya di pejabat yang sama. Perasaan ketika itu? Wah, boleh tahan lonely. Nasib baik akhirnya di pindahkan ke client site. Jumpa muka baru, dan sedikit semangat yang baru. Harapan kan yang menjadikan manusia kekal melangkah.
Duk tengok pakcik/makcik yang masih bekerja @ pindah kerja. Aku terbayang, makin lama makin lonely nya perasaan. Ada juga aku sembang dengan kawan-kawan yang pindah kerja. Dapat colleague budak-budak muda. Kerja laju, hitech lagi dari kita yang nak hampiri warga emas ni. Lepas tu pulak laras bahasa dah tak sama. Susah jugak nak mingle around.
Sampai usia emas kelak, pencen. Tengok kak Kim, datang salam setiap sorang sendirian.
Kesimpulannya?
Perjalanan hidup ni memang Allah dah design dah, usia muda untuk kita rasai kegembiraan. Banyak benda baru yang kita ingin dan berani untuk mencuba di usia muda. Adrenaline Rush katanya. Allah nak bagi kita rasa kegembiraan2 juga kenikmatan2 yang ada kat dunia. Tapi perlahan-lahan Allah ajarkan perpisahan/kehilangan. Supaya kita sedar, yang semua bahagia akan berakhir. Semua rasa yang kita pernah fikir kita punya tak lagi milik kita. Macam mana rapat pun, macam mana kuat pun, Allah akan rungkai kan nya sikit sikit. Untuk persediaan kita menujuNya secara bersendiri kelak.
Tu mengikut pandangan aku je lah yang masih jahil tentang hikmah Allah yang terlalu banyak dan sukar untuk ditafsirkan ini.
Quotes..
Sedikit Renungan
[Syed Qutb]
23 July 2019
21 July 2019
of the AGM and the feeling.
Dah nak pukul 2 pagi.
Tapi orang cakap, bila dah pagi-pagi macam ni lah baru senang nak menulis kan. Tengah tenang. Otak pun alhamdulillah baru function well sikit lepas habis MAN dan series of naik turun kapal terbang yang exhausting jugak sebenarnya.
Kalau flashback balik kira-kira 7 tahun yang lepas. Bermula dari dapat permohonan je dari Cikgu Azmi minta buat kan poster sebab IKRAM Selangor masa tu nak buat program hiking Bukit Broga. Tulus je time tu, polos lagi. Ikut je cakap cikgu. Masa tu banyak masa, tenaga dan kesungguhan. Eh jiwa muda kau. Memang macam tu lah.
Dari hanya sekeping poster tu entah macam manalah aku terus terseret masuk ke dalam Gema. Bagi aku yang 25 tahun dalam comfort zone, aku kira terjun ke dalam Gema Backpackerz adalah sesuatu yang mencabar sebenarnya. Banyak aku belajar, dan banyak perubahan juga pada aku.
2015 akhirnya setelah 2 tahun duduk melukis poster sambil acah2 berjiwa adventure bersama GSB, sekali lagi aku terseret, kali ini memasuki gelanggang negeri. Mengenali orang baru dan bekerjasama dengan orang baru. (Takde la baru sangat sebenarnya, dah jumpa kat Tabri pun sebelum ni) It was hard at the start, but it getting fun near the end.
Bila term habis, rasa sedih plak sebab the key person yang menggerakkan dah tak continue term sebab dah lebih umur, dan satu lagi dah tak sambung sebab nak study. Sedih jugak masa tu, sebab rasa baru nak dapat momentum. Macam tu lah kan.
2017 mula balik, dengan gandingan baru. Tapi taktau lah tak rasi macam mana, susah betul nak dapat, pasrah je lah dengan half of them menyepi.
2019 orang yang aku kenal mula2 bersama gema akhirnya pun mengakhiri term nya bersama gema.
hmm.
k
.
o.
.
s
.
o.
.
n
.
g
restart?

10 July 2019
MAS Wing
Hai apa kabar semua, i really hope aku dikurniakan kerajinan yang tanpa batas untuk menulis blog tentang trip ke Sarawak. Tapi tu lah, kerana menunggu kurniaan tersebut, dah 3 tahun dah .. tak de jugak update post tentang Sarawak. Haha!
Ok, sebabkan meskipun dah 3 tahun, tapi aku tetap menanti kurniaan itu, maka hari ni kita cerita a piece je lah ek tentang Sarawak, ya.. itulah MAS Wing.
Seperti yang kita semua tahu, demografi Sarawak yang berbukit bukit dan tercerai-cerai oleh sungai mengakibatkan tak semuanya mampu di akses oleh jalan darat, hiway, kereta macam kita di Semenanjung. Thus, adanya MAS Wing. So orang-orang di bahagian pendalaman, lebih mudah untuk turun ke bandar. Contohnya seperti Kapit. Untuk ke Kapit tak dapat nak pergi guna jalan darat sepenuhnya, sampai satu kawasan, jalan darat habis, tinggal jalan tanah merah yang pada rencana awalnya nak buat jalan, tapi sampai ke sudah tak jadi2. Jadi dari kawasan itu, mereka kena pulak ambil bot untuk sampai ke Kapit. Susah kan? Naik flight lah senang. Kapal terbang kecik je, Twin Otter, ye la nak masuk kampung kecik je kan. Tapi disebabkan sambutan yang tak menggalakkan lapangan terbang ni dah tutup.
Tahun lepas aku ada dengar jugak few route MAS Wing dah tutup. Tetiba terasa sayu pulak sebab terkenangkan keadaan macam ni lah. Semalam naik grab dengan brader Elisson baru lah dapat penjelasan, route yang tutup tu, ada Air Asia cover. Jadi, masih ada chances lah untuk diorang ni naik flight. Alhamdulillah.
Ok berbalik kepada MAS Wing.
MAS Wing yang aku naik besar sikitlah dari Twin Otter ni ATR 72-500 bleh muat sehingga 69 orang, compare to Twin Otter boleh muat 19 orang. (super cute!! i wanna tryyy..) Semalam penerbangan Bintulu - Sibu, aduh ada 17 orang je penumpang, campur pramugari 2 orang, dan pilot. Tak sampai half kapal pun! Elison cakap lagi, dia ada limit tu, kalau tak sampai 12 orang flight cancel. Alhamdulillah semalam 17 orang. huhu.
Ok yang aku suka sebab, 1 ada snek. Cuma, over the year snack dia semakin hmmm.. acah2 sangat. Tapi tu tak de masalah sebab penerbangan aku ngan MAS Wing ni biasanya 25-35 minit je. Pastu homey sangat lah MAS Wing ni, sebab tak ramai orang macam Air Asia.
Memang setiap kali nak terbang antara bandar di Sarawak i would choose MAS Wing! Comel sangat lah dia ni, and klasik. Mula-mula kau masuk kapal memang terasa bahangnya, hanya bila dia dah terbang barulah rasa aircond. Eh tapi pernah sekali aku naik tu, taktaulah masalah aircond ke apa, memang tak rasa langsung aircond, rasa kipas je. Wuuu. Aku tengok make up kakak pramugari pun dah cair. Sian.
Ni kira macam ramble je la ek. Aku pun dah taktau kemana hujung pangkal citer MW ni nak dibawa. Hahaha. Semalam dah last flight bersama MW untuk trip tahun ni, petang ni kembali bersama Air Asia. Till next year MW!
Oh, selain itu Sarawakian are so awesome. Aku rasa susah untuk orang tak jatuh cinta dengan orang Sarawak. Taktaulah macam mana dorang boleh membesar dengan begitu sopan tapi kekal ramah! Tak kira apa bangsa. Love them too.
Till Then.
6.40 pagi.
Kingswood Hotel,
Sibu Sarawak.

Subscribe to:
Posts (Atom)