Hai apa kabar semua, i really hope aku dikurniakan kerajinan yang tanpa batas untuk menulis blog tentang trip ke Sarawak. Tapi tu lah, kerana menunggu kurniaan tersebut, dah 3 tahun dah .. tak de jugak update post tentang Sarawak. Haha!
Ok, sebabkan meskipun dah 3 tahun, tapi aku tetap menanti kurniaan itu, maka hari ni kita cerita a piece je lah ek tentang Sarawak, ya.. itulah MAS Wing.
Seperti yang kita semua tahu, demografi Sarawak yang berbukit bukit dan tercerai-cerai oleh sungai mengakibatkan tak semuanya mampu di akses oleh jalan darat, hiway, kereta macam kita di Semenanjung. Thus, adanya MAS Wing. So orang-orang di bahagian pendalaman, lebih mudah untuk turun ke bandar. Contohnya seperti Kapit. Untuk ke Kapit tak dapat nak pergi guna jalan darat sepenuhnya, sampai satu kawasan, jalan darat habis, tinggal jalan tanah merah yang pada rencana awalnya nak buat jalan, tapi sampai ke sudah tak jadi2. Jadi dari kawasan itu, mereka kena pulak ambil bot untuk sampai ke Kapit. Susah kan? Naik flight lah senang. Kapal terbang kecik je, Twin Otter, ye la nak masuk kampung kecik je kan. Tapi disebabkan sambutan yang tak menggalakkan lapangan terbang ni dah tutup.
Tahun lepas aku ada dengar jugak few route MAS Wing dah tutup. Tetiba terasa sayu pulak sebab terkenangkan keadaan macam ni lah. Semalam naik grab dengan brader Elisson baru lah dapat penjelasan, route yang tutup tu, ada Air Asia cover. Jadi, masih ada chances lah untuk diorang ni naik flight. Alhamdulillah.
Ok berbalik kepada MAS Wing.
MAS Wing yang aku naik besar sikitlah dari Twin Otter ni ATR 72-500 bleh muat sehingga 69 orang, compare to Twin Otter boleh muat 19 orang. (super cute!! i wanna tryyy..) Semalam penerbangan Bintulu - Sibu, aduh ada 17 orang je penumpang, campur pramugari 2 orang, dan pilot. Tak sampai half kapal pun! Elison cakap lagi, dia ada limit tu, kalau tak sampai 12 orang flight cancel. Alhamdulillah semalam 17 orang. huhu.
Ok yang aku suka sebab, 1 ada snek. Cuma, over the year snack dia semakin hmmm.. acah2 sangat. Tapi tu tak de masalah sebab penerbangan aku ngan MAS Wing ni biasanya 25-35 minit je. Pastu homey sangat lah MAS Wing ni, sebab tak ramai orang macam Air Asia.
Memang setiap kali nak terbang antara bandar di Sarawak i would choose MAS Wing! Comel sangat lah dia ni, and klasik. Mula-mula kau masuk kapal memang terasa bahangnya, hanya bila dia dah terbang barulah rasa aircond. Eh tapi pernah sekali aku naik tu, taktaulah masalah aircond ke apa, memang tak rasa langsung aircond, rasa kipas je. Wuuu. Aku tengok make up kakak pramugari pun dah cair. Sian.
Ni kira macam ramble je la ek. Aku pun dah taktau kemana hujung pangkal citer MW ni nak dibawa. Hahaha. Semalam dah last flight bersama MW untuk trip tahun ni, petang ni kembali bersama Air Asia. Till next year MW!
Oh, selain itu Sarawakian are so awesome. Aku rasa susah untuk orang tak jatuh cinta dengan orang Sarawak. Taktaulah macam mana dorang boleh membesar dengan begitu sopan tapi kekal ramah! Tak kira apa bangsa. Love them too.
Till Then.
6.40 pagi.
Kingswood Hotel,
Sibu Sarawak.
No comments:
Post a Comment