Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 January 2026

Keindahan Indonesia

Jika nak melihat cantiknya sebuah negeri, tapi tak punya wang yang banyak untuk mengembara, maka menonton filem adalah cara termurah merialisasikan impian tersebut. Hehe.

Nah beberapa filem 

1. Baluran, Jawa Timur - Jilbab Traveller: Love Spark in Korea (2016)

2. Jogjakarta - Ada Apa Dengan Cinta 2 (2016)

3. West Papua - Denias, Senandung di Atas Awan (2006)

4. Nusa Tenggara - Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara (2016)

5. Bangka Belitung, Sumatera - Laskar Pelangi (2008)

-------------------------------------------

Found this post in draft. 2017 punya draft. Haha. Tapi aku rasa filem tu masih valid, korang cari je. Aku sekarang ni malas jugak dah tengok filem. Lama. Ada masalah nak fokus. Haha. Paling kuat tengok youtube je. Antara yang rajin aku tengok sekarang of course genre seram, thriller atau misteri. So antara youtubers kalau Malaysia: Ashrapp Channel, Safwan Nazri, Bamboi TV, Kerulseries ngan Neyna Story. Kadang aku tengok gak Bros Gang TV, content dia selalunya explicit sikit, tapi realiti semasa lah. Kalau Indon, aku rajin tengok Lentera Malam, Besok pagi, RJL 5 ngan Nadia Omara. Kadang layan gak Sumar Adi Wijaya ngan Badru Capslock.

Tu kalau aku sambil buat kerja or tengah duduk kat laptoplah. Tapi biasanya aku skrol tiktok je. Wahahaha! Easy.

14 January 2026

Appreciation Lunch

Hari ni ada office punya appreciation lunch. Di adakan sempena meraikan team yang dah bertungkus lumus menjayakan team building dan company dinner untuk tahun 2025. (Peh, nampak macam perform sangat pulak bila tulis bertungkus lumus tu kan)

Tira cakap mula jam 12.15 tengahari. Aku pun bersantai memandangkan Sheraton PJ ni xjauh pun dari rumah. 12.09 kut baru keluar dari rumah 😅

Makanya, masa aku sampai tu diorang da start makan dah, aku pun duduklah 1 meja dengan Haika dan kemudiannya Amir (yang baru 7 hari menjadi ayah) yang datang lebih lewat. Haika ni aku kenal dari first day, sebab masuk sama. Sembang punya sembang, baru hari ni aku tau Haika, Amir dan Fitri ni (ni pernah jadi team mate masa team building 2024, tapi tak datang hari ni sebab tak sihat) satu batch dan satu course masa degree kat UPM. 

Tapi banyak lagi sebenarnya kes macam ni yang aku jumpa. Mostly kat sini adalah kawan², kira masuk atas refference lah. 

"Kenapalah dia kena beli laptop yang high spec. Nak buka excel ngan presentation je pun" ni antara yang sempat aku dengar perbualan meja sebelah. Meja sebelah memang rancak perbualannya pelbagai topik, dan dari situ jugak aku tau yang Omar tu berjiran dengan Radhi. So memang kawan dari sekolah rendah. 

Persoalan meja kitorang tadi adalah berkisar ada rasa nak berpindah kerja tak. Soalan ni dari Haika lah since ini first job dia jugak. Tapi semua kitorang bersetuju, yang kerja dari rumah tu adalah weightage terberat bila nak consider tukar kerja. Terlalu pampered dah kerja dari rumah 😂.

Masa aku balik tadi, macam biasa aku hantar Sue May yang tinggal tak jauh dari rumah aku. Team dia pun rupanya ada yang coursemate zaman uni jugak 🤭. 

Oh ya, setelah di congak kira.. Haika dan Amir tu lahir 99. Noh baya Jiha. 

So sekian dulu coretan dari aku yang susah betul nak menaip blog sekarang. Alhamdulillah siap 1 post baru. Gambar masa lunch tadi takde, sebab busy makan. 

Group photo masa dinner
Till then,
Seksyen 19, PJ.

12 January 2026

Bulus Palace


Small gathering at Bulus Palace, Puchong.

Al kisah minggu lepas, tiba-tiba dapat whatsapp dari Mirul. Bagitau Kapten Zalina ajak meet up geng-geng ledang (Gema Nov 2017) kat kedai dia. Setelah diajak di group wasap, ini lah je yang berjaya turn up.

Aku pun lama tak jumpa Mirul. Rasanya sejak dia keje Abu Dhabi lah. So 4 tahun gitu. Plan asal nak stay 10pagi sampai lunch time around 12 gitu. Tapi last-last sampai 5 petang. Hahaha.

Rindu betul zaman bergunung ramai-ramai. Dari meeting, execute sampailah post-mortem, tapi tulah. Kita kena move on lah kan. Kalau sekolah pun kita habis sekolah kena masuk uni. Mana ada yang boleh stay kat sekolah rendah forever kan.

Tahun depan will be next phase in life. Tahun ni kena fikir plan kedepan.