Tira cakap mula jam 12.15 tengahari. Aku pun bersantai memandangkan Sheraton PJ ni xjauh pun dari rumah. 12.09 kut baru keluar dari rumah 😅
Makanya, masa aku sampai tu diorang da start makan dah, aku pun duduklah 1 meja dengan Haika dan kemudiannya Amir (yang baru 7 hari menjadi ayah) yang datang lebih lewat. Haika ni aku kenal dari first day, sebab masuk sama. Sembang punya sembang, baru hari ni aku tau Haika, Amir dan Fitri ni (ni pernah jadi team mate masa team building 2024, tapi tak datang hari ni sebab tak sihat) satu batch dan satu course masa degree kat UPM.
Tapi banyak lagi sebenarnya kes macam ni yang aku jumpa. Mostly kat sini adalah kawan², kira masuk atas refference lah.
"Kenapalah dia kena beli laptop yang high spec. Nak buka excel ngan presentation je pun" ni antara yang sempat aku dengar perbualan meja sebelah. Meja sebelah memang rancak perbualannya pelbagai topik, dan dari situ jugak aku tau yang Omar tu berjiran dengan Radhi. So memang kawan dari sekolah rendah.
Persoalan meja kitorang tadi adalah berkisar ada rasa nak berpindah kerja tak. Soalan ni dari Haika lah since ini first job dia jugak. Tapi semua kitorang bersetuju, yang kerja dari rumah tu adalah weightage terberat bila nak consider tukar kerja. Terlalu pampered dah kerja dari rumah 😂.
Masa aku balik tadi, macam biasa aku hantar Sue May yang tinggal tak jauh dari rumah aku. Team dia pun rupanya ada yang coursemate zaman uni jugak 🤭.
Oh ya, setelah di congak kira.. Haika dan Amir tu lahir 99. Noh baya Jiha.
So sekian dulu coretan dari aku yang susah betul nak menaip blog sekarang. Alhamdulillah siap 1 post baru. Gambar masa lunch tadi takde, sebab busy makan.
| Group photo masa dinner |
Till then,
Seksyen 19, PJ.
No comments:
Post a Comment