Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label Outdoor Adventure. Show all posts
Showing posts with label Outdoor Adventure. Show all posts

29 April 2016

Jogjakarta - Mt. Merapi (2 913 mdpl)

Akan ku peluk semua yang patah.
Biarkan kembali rindu lahir dari sebentuk harapan yang mengalir.
Doa-doa mungkin tak akan berharga,
tanpa rasa syukur kerana kita masih ada.
[Tak pernah habis, Boy Candra]


 
Home stay ananda. Ruang belakang rumah boleh sidai baju.


pemandangan di hadapan homestay, priceless.

Sampai di Homestay semua beratur nak mandi. Mandi pertama sejak tiba di Jogja. Ahaha T.T Dapat pula air macam ada ais kiub kat dalam kolah. Sejuk grrr.. Petang tu sebelum sampainya waktu Maghrib bersiar siar sebentar di sekeliling rumah. (Sambil-sambil recovery walk la kononnya) Dapat pulak jiran depan rumah sedang menuai lobak. Maka join la bergambar barang sekeping dua. Cool gila tempat nih. Semua orang makan sayur dari halaman rumah je. Soooooo nais.


Beramah mesra dengan anak kampung.

Projek bersiar-siar kami terhenti bila gerimis mula turun. Maka, kami pun balik lepak kat dalam rumah je.  

7.00 malam, dinner di pekan New Selo yang jarak perjalanan jalan kaki dari homestay hanya 5 minit. Aku order bakso je semangkuk. Yang lain-lain nampak macam makan dengan penuh semangat sekali. 

8.30 malam, kami bergerak pulang ke Homestay. Sebenarnya kami kena berehat, sebab rencananya jam 12 tengah malam ni, kami akan mendaki Merapi pula. Jadi balik dari dinner, semua pun masuk selimut. Ketiduran.

Day 3 (21 April 2016)

Sepatutnya, kami bangun jam 11, bersiap dan jam 12 bergerak ke New Selo basecamp. Tapi nampaknya tersasar. 1.30 pagi baru masing-masing tersentak dan terjaga dari tidur. Arghhh~~ Begitu-begini bersiap, 2.16 pagi kami pun bergerak ke Merapi. 2.46 tiba di pintu gerbang, ambil permit dan meneruskan pendakian. Jalannya, agak menanjak pada permulaannya.

4.16 pagi kami tiba di Pos 1, memandangkan pos ini ada wakaf, maka kami terus berhenti dan berehat untuk solat Subuh di sini saja. 

5.00 pagi meneruskan pendakian. Memang dah jangka kali ni tak dapat kejar sunrise. Lambat dah kan tertidur pagi tadi. Drag berapa jauh tu. Sejam kemudian kami tiba di Pos 2, dan sejam kemudian lagi kami tiba di Pasar Bubrah. 

amir, wan dan mas aji. berhenti bergambar sebelum pasar bubrah.

Reaching Pasar Bubrah, mengah!

melepas lelah.

7.00 pagi kami berhenti rehat sebentar beberapa langkah selepas pasar bubrah, bersiap-siap untuk memuncak! Aku duk tengok beberapa kali puncak Merapi. Dari point ini dah boleh nampak puncak, so duk fikir nak teruskan atau tidak. Tapi, kalau tak teruskan macam sayang pulak. 

anton, fajar dan shela berehat disini. Sementara kami di temani aji menuju puncak merapi.

7.42 pagi kami pun meneruskan langkah untuk ke puncak Merapi. Perjalanan ternyata sangat mencabar. Kat sinilah orang cakap, naik 3 langkah, turun 2 langkah. Sebab kat sini da takde pepohonan. Tinggal batu-batuan dan pepasir je. Memang mengundang amarah bila da 2 kali melangkah tak juga berganjak. 

ternyata tak mudah. dan jelas menjemput putus asa.

9.03 pagi, kami sampai ke puncak Merapi. Alhamdulillah! we did it! Jangan berhenti melangkah walaupun letih. Tapi kat atas ni agak gayat juga lah. Sebab belakang tempat kami duduk tu terus kawah gunung. Silap langkah memang boleh sadaqallah kat situ. Memang ada kes juga yang mati tergelincir sebab ralit sangat bergambar. 

Gambar kenangan di puncak Merapi

Setelah berehat dan letih bergambar jam 10.05 kami turun ke Pasar Bubrah. 10.39 pagi kami tiba semula di tempat Anton dan Fajar, berhampiran pasar bubrah. Waaah~ naik sejam lebih turun +-35 minit jer. Lepas layan kopi dan buah duku, bergerak turun ke bawah jam 11.15 pagi. Aji bilang, kali ni kita tak menggunakan jalan yang sama ketika naik. Kali ini kita gunakan jalur evakuasi.

12.48 tengahari, tiba di Pos 1.


2.34 petang tiba semula di basecamp New Selo, tempat van terparkir.

Pengambaran ke Merapi berakhir disini. Mission success. kami pun masuk van dan bergerak ke homestay. Perlu berehat lagi sebelum bergerak ke Merbabu pula malam nanti. Untuk menjimatkan masa, Fajar orderkan nasgor (nasi goreng) dan minta dihantar ke homestay. asyik!

#triplesummit2016

to be continued..

28 April 2016

Jogjakarta - Mt. Prau (2 565 mdpl)

Ada sesuatu yang aku pelajari hari ini,
Tuhan selalu memberi kejutan kepada kita.
Padahal yang tak begitu kita suka pada awalnya.
[Semoga nanti kita bertemu lagi, Boy Candra]

Masa mula-mula dapat itinerary aku tengok ada 2 gunung yang akan di daki. Tetiba dah dekat date, Edah bagitau ada tambah 1 lagi gunung dan itti hanya akan dapat lepas sampai Jogja. Aha, punya nak suprise kan

Day 1 (19 April 2016)

Di Bandara, sementara tunggu Yadhaa sampai aku pun selak itti. Ok, malam tu tepat tengah malam kami akan terus mendaki Mt Prau. Pergh pergh. (aku da tau awal sebenarnya, tapi biasalah nebes tetap ada)

6.20 petang kami berhenti makan di gerai bapanya Fajar (Fajar ni ejen yang bawa kami bercuti di Jogja tu lah. Represent Trip Javanesia Travel Buddies) Lapar betul, dari tengahari aku tak makan, nervous nak naik flight punya pasal. Paranoid! haha~

7.00 malam kami pun berangkat menuju ke musolla untuk solat Jamak Maghrib & Isyak. Disamping, salin baju untuk hiking. Betul-betul sebelah musolla tu ada kedai runcit ala-ala 7E gitu. Jadi kami pun singgah jugalah untuk beli sedikit makanan dan air isotonik bekalan pendakian.

9.00 malam, van pun meluncur laju memecah sejuk malam menuju Deing Plateau, wilayah Wonosobo. Di sanalah letaknya tapak mula untuk pendakian menuju ke Gunung Prau.

Day 2 (20 April 2016)

Kami sampai di Dieng, jam belum pun mencecah 12 tengah malam. Jadi, lepak sat layan jalan yang kosong, pergi toilet dsb. Sejuk dia.. pergh. Gila! Fajar dan Anton selaku guider dan sweeper memanaskan badan dengan menyedut beberapa batang rokok sebelum memulakan pendakian.

12 tengah malam, kami pun memulakan pendakian melalui Jalur Deing Wetan. Menurut pembacaan jalur pendakian yang ini sedikit panjang, tapi landai dan banyak view menarik. Perjalanan di mulai dengan melalui kebun sayur, kemudian hutan dan celahan pohon pinus yang tinggi. Tapi sayang nya kami kan jalannya di malam hari, maka segala yang indah itu samar-samar sahaja.

Bila nak dekat puncak, kami lalui kawasan yang mengingatkan kepada trek Tabur. Lalu di kawasan yang berbatu sikit, di sebelah kanan boleh nampak biasan cahaya lampu kejiranan Dieng. Sesekali angin berhembus, ok menggigil chuolls. Tapi as long kita masih melangkah, kesejukan masih boleh ditahan, memandangkan badan masih hangat.


Fajar bagitau perjalanan dalam 4 jam, aku pun dari baca-baca blog begitulah cadangan masa perjalanan. Tapi nampaknya, kami sampai sedikit awal dari estimation. Bersemangat sangat kah? 3.30 pagi dah sampai. Reaching the peak, kawasan dia adalah landai tanah lapang dan tidak berpokok. Ada sejam lagi sebelum Subuh. Kami dah berhenti mendaki, tinggal tunggu masa untuk Golden Hour. Memasing pun mula keras kejung, kesejukan. Fajar dan Anton pantas buka stove masak air. Yadhaa dan Wan tewas, tertidur kesejukan. Kami yang lain, keep on moving nak hilangkan sejuk dan beri kehangatan pada badan.


Tak dapat tidak, mengambil wudhuk kali ini terasa paling mencabar sedunia. Tengah kesejukan yang kejung, kena buka stokin nak ambil wudhuk. Nangis. Cramp jugaklah sekejap masa aku basuh kaki tu. Solat Subuh berimamkan Wan.

Lepas Subuh, rilek2 sambil layan air panas tunggu sunrise. Dan ofcourse aktiviti wajib. Bergambar! Tapi aku malas nak tangkap gambar, mengharap ihsan rakan2. Rakan2 pulak, dari Edah je gambar yang berjaya diperolehi. So, untuk laporanjurnal takdelah banyak sangat gambar k!

anggota pasukan #friendshipGoal #jombloberpetualang

berlatar belakangkan Sindoro dan Sumbing

aku dan yadhaa

anton dan fajar

6.50 pagi kami pun bergerak turun setelah berkeping-keping gambar yang memenuhi memory phone dan camera memasing. Perjalanan turun adalah tidak melalui jalur yang sama ketika naik. Aku kira kali ini kita mengikuti jalur Patak Banteng dimana alurnya adalah sangat menanjak. Kira-kira jalannya pendek, namun dek kerana kecuraman yang tinggi akan begitu melelahkan lah sekiranya naik tadi kami guna jalan ni. Duh! tak leh bayang.

 
hidup memang tekadang melelahkan, memeritkan.

gambar sikit ngan edah anggun~

Perjalanan turun diteruskan hati hati. Sambil memelihara keupayaan lutut dan tulang ankle. Jam 8 pagi, kami tiba di sebuah gerai kecil bermeja dan kerusikan buluh. Singgah sat, minum kopi!

memasing khusyuk makan. lapar kan turun~

Lepas setengah jam berehat makan dan minum, sambung lagi perjalanan turun. 8.50 sampai ke tepi jalan besar. Menunggu Mas Jitho sampai.


Lepas menunggu kira-kira 15 mnt, Mas Jitho pun sampai. Kami terus berangkat menuju ke homestay berhampiran New Selo. Kerana esok, kami akan bersapa dengan Merapi pula.

Nampaknya, perjalanan ke New Selo ternyata sangat jauh. 2.45 petang kami tiba di Homestay Ananda berhampiran kaki gunung merapi dan gunung merbabu. 

#triplesummit2016

to be continued..

27 April 2016

Jogjakarta Trip

Berlarilah mendapatkan mimpimu

Jika diikutkan kronologi, perancangan trip ke Jogjakarta ni telah direncanakan sejak tahun lepas. Masa tu Edah yang ajak, tapi aku macam biasa seorang aku yang meragu. Maka sekitar Ogos tahun lepas AA buat free seat, return tix masa tu sekitar RM100 ++ sahaja. Aku tak beli.
(memikir baki cuti dan kos, so aku reluctant)

November, AA buat free seat sekali lagi, kali ni return tix da naik kepada RM300++. Setelah bermuhasabah panjang, maka aku grab the tix. camner nak kumpul duit tu, kita fikir kemudian. Ahaha~

Pakej adalah RM800, 3 gunung + lawatan sekitar Jogja.
Hanya perlu bawa wang lebih untuk belanja makan dan souvenir. Untuk aku, wang lebih yang aku bawa RM400 (sekitar 1.3 juta rupiah)

Menjadikan total cost termasuk renew passport adalah sekitar RM1.8k. Beg dan gear2 lain aku pinjam je. Aku rasa harga ni dah kira paling mampu milik lah untuk orang yang agak kedekut macam aku. hihi.

Tanggal 19 April jam 3.15 petang kami berenam pun berangkat dgn pesawat AK348 meninggalkan KLIA2 menuju ke AdiSutjipto International Airport, Jogjakarta. Perjalanan adalah kurang lebih 2 jam. Kami tiba di Jogja pada jam 4.50 petang waktu Jogja. Kemudian tunggu Yadha dan bergerak meninggalkan bandara sekitar maghib. (Maghrib kat sana jam 5.30 petang. Dan waktu adalah awal sejam dari Malaysia)

Harapan itu bukan sesuatu, tetapi seseorang - Yadhaa

and the journey begin..


#jombloberpetualang #tripplesummit2016

11 April 2016

The Explorace & Caving @ Batu Maloi

Minggu lepas, berjaya juga akhirnya caving kat Batu Maloi nih. Aku first time dengar tentang Batu Maloi adalah masa hiking naik CBL last time. Masa tu Along la yang cerita, dia pergi trip ke Batu Maloi RM50 per person time tu. Sejak masa tu aku pun terpikir2 juga la bila la dapat pergi. 

2 tahun kemudian... 
(ahaha, lama gak kan. So, kalau ada keinginan tu, bolehla berusaha for it, cepat atau lambat InsyaAllah boleh tunggu, kan?)

Ok. Perancangan aku kira agak panjang jugala untuk menghasilkan program semalam. Sebaik saja tamat Broga? ya aku rasa. Perbezaan kali ni, aku tak terlibat secara langsung tentang program. Hanya di beri tugasan untuk jadi fasilitator kumpulan. 

The program went well. Start berkumpul di RnR Seremban, untuk yang terlepas, kumpul lagi di exit Simpang Ampat. 

Lepas tu, bergerak ke Pekan Air Mawang. Dari sana, the program start.

Terima kasih la Mirul kerana memilih sy menjadi fasi kumpulan anda >.<


The Explorace (Day 1)

Seharian bersama the Avengers Go! (9.30 pagi- 4.20 petang) Alhamdulillah berjaya memperoleh kejayaan.. (walaupun hamper semua kumpulan sama je) Credit kepada ketentuan Allah, kerjasama pasukan & 2 adik yang misteri. (sayang sekali tak ada siapa tangkap gambar adik tersebut)

the checkpoint: Balai Polis, Kedai Ayam, Kedai Makan Rimba Angsi, Sekolah Kebangsaan Nuri, Buaian, Masjid Kg Tanggai, Klinik Kesihatan Betong, Signage Batu Maloi.

Lelah berjalan belum pun lega,
Jauh berjalan abang dan kakak,
Barang disana siapakah empunya,
Boleh kah pinjam untuk memasak.

Final task untuk hari pertama adalah, sembelih ayam. Muka para jejaka Avengers Go! semua da berubah riak. Dan sepakat semua tanak sembelih. Tapi lepas di push berkali - kali, Mirul dan Zaidi sudi nak sembelihkan ayam. 

Tapi last sekali ada satu ayam lebih, several AJK pakat duk suruh aku tetapi peluang nak sembelih ayam tak dapat di gunakan dengan baik, gigil tengok ayam dan pisau! So, mampu pegang ayam jer.  


Untuk dinner, kumpulan aku kena masak Kari ayam. Ahaha, macam tak tolong apa pun. T.T bijak menyelit dan hilang. Aku hanya tolong entertain ahli kumpulan dari memberi air ketika diorang sibuk membuang bulu ayam, sehinggalah menghantar cucur kepada para pemasak masa diorang memasak.

Malam tu ada penyampaian hadiah kemenangan. Ahaha. 


The Caving (Day 2)

Hari kedua berlangsung dengan baik. Malam tu ada nebes jugak la, tido dalam khemah (almaklumlah, pagi tu baru dengar citer orang baru balik YB. So nak tido duk terbayang-bayang plak. haha) 

Pagi tu dimulai dengan Solat Subuh berjemaah dan mathurat, kemudian diikuti dengan sesi taaruf + sharing. 7.45 bersurai dan sarapan. 8.30 mula dengan warm up dan taklimat dari BMM. 9.15 mula caving.

Start je terus masuk air paras pinggang. gugugu.. sejuk. Orang selalu compare kan kata Batu Maloi dengan Gua Tempurung, dan kata yang Batu Maloi lebih seronok dan best. Bagi aku personally, both ada keunikan tersendiri. Sebab aku tak rasa both this gua ada dalam kategori yang sama. Tapi kalau nak compare, Batu Maloi boleh la di bezakan dengan Gua kat Ulu Tamu yang kami pergi last year. Dan haruslah Batu Maloi lebih best dan mencabar. 4 jam kut keluar masuk! Ahaha. 

Kalau masa gua tempurung aku jatuh terhantuk kepala ke batu, kali ni aku jatuh jugak. Haish. Kali ni jatuh terduduk. Memang sujud syukur sangat sebab terduduk atas batu, cerita dia aku punya kaki tak leh grip next batu, dan tangan tak sempat dicapai oleh orang depan. Alhamdulillah tak de kecederaan serius T.T

rumah Maloi katanya.

the AJK (yang tinggal sehingga akhir) 

group photo!

persembahan khas dari AJK

Over all the program 10 bintang! Mastermind should get credit for the running order. (terasa macam peserta instead of fesi! haha)

Sebuah lagi projek dari #gemaselangorbackpackerz

14 January 2016

Nuang via Janda Baik

#throwbackVersion
2 Januari 2016

Pengembaraan ke Nuang aku kira pastinya mempunyai sentimental value dan nilai lain yang tersendiri. Sebab apa? Approx. 7 years back, ada bunyi-bunyi untuk ke Nuang via Hulu Langat. Masa tu aku sedang praktikal di Ampang lagi. Tapi at last, change of plan. Pergi Air Terjun Perlus sahaja.
(Bila difikirkan balik, masuk Perlus pun dah sengal. Kalau naik Nuang via Langat taktau la apa akan jadi dengan aku)

Cerita Lama | Air Terjun Perlus, Langat

Berbalik kepada kisah Nuang. Kisahnya, kawan kak Siti nak buat trip Trans Nuang. Naik Hulu Langat, turun Janda Baik. Tapi macam hard core sangat bila dipikir-pikirkan, jadi kak Siti cakap dia nak buat Janda Baik - Nuang - Janda Baik. So, i'm on with the idea. Aku pun sebenarnya lama teringin nak naik Nuang nih. Maka setelah di timbang tara, 4 orang akan naik dari Langat dan 3 orang akan naik dari Janda Baik. Jumpa kat atas jam 12.30 tengahari.

Macam tulah plan asalnya. Tapi, disebabkan kemalasan yang menebal, maka pagi pukul 5 lebih baru ke Puchong amik Kak Jijah. So, sembahyang Subuh dan barulah gerak ke Janda Baik. Tapi sampai Gombak singgah jap kat Leha Kelfood, lapar punya pasal! ahaha~ Boleh tahan meletop gak rege kedai Leha nih. Masa tu dalam jam 7 pagi jugalah. Pastu kak Siti dapat wasap memberitahu geng Langat da start hike up. Ahaha, dan kami masih kat Gombak :P

Lepas makan terus ke Janda Baik. Petunjuk arah hanya signage ILMU. Sampailah kami ke kaki Nuang. Park kereta, then mula berjalan. Perjalanan bermula jam 9 pagi. Mula-mula jalan agak meletihkan jugalah, sebab lalu antara kebun. Dan keep on wonder, bila nak sampai nih. Ahaha~walhal baru tak sampai 30minit berjalan.


Jam 10.30 pagi kami tiba di air terjun. Ingat nak relax sekejap kat sana, tapi Kak Jijah pesan kita main air lepas turun dari Nuang. Now, kita kena keep going untuk sampai ke puncak. Takut tak sempat sampai ke puncak kalau lambat sangat. Jalan dan jalan dan jalan lagi. Alhamdulillah perjalanan kali ni tak begitu mental, memandangkan group kecil plus aku sibuk dengar cerita kak Jijah dan kak Siti jer.

Pukul 1.20 petang akhirnya, kami tiba di puncak. Phew~ Sejuk betul kat puncak Nuang ni, member sampai menggigil jugak lah.


Berehat jap, sembahyang Zohor kemudian bergerak turun jam 2.40 petang. Turun agak mencabar juga lah, memandangkan agak curam dan kebolehan kaki dah semakin merudum. Walau bagaimanapun, nampaknya kami turun masih agak laju berbanding naik. (laju sejam dari masa naik. Aku rasa punca utama kelajuan adalah disebabkan saiko ngan group belakang - dorang nyanyi kuat kuat dan kami tersaiko macam mereka nak beat kami) 

Sampai di air terjun balik pada jam 4.30 petang. Bersihkan diri, makan apa yang ada, solat Asar dan kemudian sambung perjalanan jam 5.20 petang. Sengal! lama gak rileks kat air terjun eh. Haha! Bergambar sikit masa perjalanan turun (dah nak sampai kebun) view dia memang priceless! Masa naik tak pulak perasan, mungkin sebab masa tu view kat belakang kami, manalah nak perasan kan!




Then, lepas tu jalan lagi untuk sampai ke kaki gunung tempat park kereta. 6.45 petang kami pun tiba semula di tapak mula! Tapak mula tu, ada anak sungai kecil. Masa nak naik berialah mempertahankan kasut dari basah. Nak balik, masing-masing duk rendam kasut! Lecah teruk sampai kasut dah betukar warna lecak. =.= Oh ya, tapak kasut aku pun da mula ternganga!


Aku, kak jijah dan kak siti naik kereta dan terus mencari destinasi tidur malam tu! Teratak di Hujung Kampung namanya. Unik unik! Tak jauh pun dari tempat park kereta. 

Dekat kawasan chalet, kakak kepada kak jijah a.k.a Kak Ecah dah memulakan aktiviti BBQ dan masak memasak. Alhamdulillah! Berbaloi skip lunch! hahaha. Jap aku belanja sikitlah gambar chalet, sebabkan dah malam dan lupa terus nak tangkap gambar tempat tu, aku minta khidmat google dan ihsan utusan online. 




Aha, walaupun da agak ke-maghriban masa kitorang sampai tu, tapi sebab sungai dia betul-betul tepi chalet aku, maka tak dapat nak melepaskan peluang. Tetap gelap-gelap tu aku terjun masuk sungai. Nasib baik tak kena sampuk ke apa ke kan~ Maghrib-maghrib mandi sungai kan. 

Lepas maghrib terus makan! Menu: nasi putih, sayur masak air, sambal telur dan ayam bakar! Ah, nyaman gak balik2 dapat makan dan tidur selesa. Haha.

Teratak ni aku kira best jugak lah, sebab dia ada sediakan chalet2 (some ada bilik air kat dalam, some tak ada, tapi ada sediakan bilik air awam) pastu ada dewan terbuka ada 2 meja dapur kat sana dengan kerusi2. Ada kawasan lapang tepi tu, boleh lah kalau nak solat berjemaah. Kitorang makan dinner kat situlah, dewan terbuka tu. Pastu ada sediakan dapur awam jugak! (macam dalam gambar) Boleh masak-masak sendiri! yeah! tapi kena take turn la kalau ramai sangat. Nasib masa kitorang datang tu ada 2 kumpulan jer. So kami duk bergilir ngan kumpulan makcik tu je la. Lepas tu, ada tempat BBQ, dan ada tempat untuk duduk2 (satu meja dapur dengan kerusi) betul2 depan dapur awam tu.

Malam tu, lepas dinner kitorang naik untuk solat Isyak. Lepas tu turun balik, lepak jap kat tempat duduk2 tu, sambil pekena kopi o cicah biskut tawar! Dan, ok main regu (random gila nak main regu plak kan) Main sampai dekat 12 lebih gak rasanya. Siap ada yang sambung masakkan megi lagi T.T Ok aku memang tak ambil lah. Kenyang sangat dah!

Esoknya, lepas subuh aku bersiap-siap lah untuk pulang ke tempat asal :) 

Begitulah kisah ke Janda Baik. So, yang da biasa ke Nuang via Pangsun mungkin boleh cuba untuk lakukan via Janda Baik. Hehe. Dan jangan lupa bermalam di area Janda Baik! Udaranya nyaman sekali. Camtu.

Okbai.

17 September 2015

Pine Tree dan Twin Peak

Sempena cuti 16 September semalam. Bersamaan setahun selepas CBL. Maka aku pun mengikhlaskan hati menyertai trip Gema Selangor Backpackerz ke dua bukit tertulis pada tajuk

Ke Bukit Fraser

Paginya lagi aku dah terlambat. Kata kat adik2 nak pick up jam 5 pagi. Sekali terlajak jam 5 pagi baru tersedar. Gitu gini, ambil adik2.. 5.30pagi gerak ke R&R Rawang. Sampai jam 6 pagi, solat subuh dan sarapan. Pukul 6.30pagi makan, memang tak lalu. Beli sepinggan bihun. Ada lah 4 suap jer jalan.

2 kereta telah bergerak awal ke Kuala Kubu Baru. Maka pagi tu, 5 kereta bergerak sekali dari R&R Rawang. Perjalanan memang panjang. Dulu masa pergi ke Sg Chilling dan Bukit Kutu, aku rasa macam dah jauh dah. Bukit Fraser lagi jauh rupanya.


Sampai di bukit Fraser dalam 8 lebih, semua park depan masjid di Bukit Fraser tu lah. 27 orang semua, 14 lelaki + 13 perempuan. Buat bulatan, baca doa sat. Then tuan presiden cakap akan warm up sambil jalan ke pintu masuk Pine Tree. 9 pagi bergerak naik.

Pine Tree Hill

Sampai pintu masuk pine tree dalam 9.23 pagi. Perjalanan bermula dengan beberapa siri tangga menurun. sobs. Sabar jerlah. Aku masuk-masuk dah terbayang-bayang dah macam mana nak keluar satgi ni. Kena panjat tangga. Tapi aku lupa kira berapa banyak siri tangga yang terdapat kat sana.

Naik, turun, naik, turun. Berenti jap, penat. Jalan lagi dan lagi dan lagi. dan last sekali beberapa minit before sampai peak, kena rock climbing sket.



Kira-kira jam 12.20 sampai lah kami ke puncak Pine Tree. Puncak ni kecil je, tak boleh nak beramai-ramai sangat pun. Rehat sekejap kat atas ni 10 minit, kemudian turun balik dan bergerak ke Twin Peak jam 12.30 tengahari.

Twin Peak


Perjalanan dari Pine Tree ke Twin Peak tak jauh mana, 30 minit saja. Jam 1 tiba di Twin Peak. Sejuk. Pemandangan tak nampak sangat, memandangkan kabus menyelubungi.

Tak lama lepas sampai, hujan rintik-rintik muncul. Semua pun get ready dengan baju hujan masing-masing. Semua da siap pakai raincoat/poncho hujan turun selebat lebat nya. Maka semua pun berlari mencari perlindungan. Mana yang tak bawa tu, duk bawah pokok renek pakat la semua yang ber'poncho' ni duk lindung dari hujan.

Nasib hujan tak lama. dalam 20 minit mungkin, kemudian berhenti. Barulah semua masuk ke dapur dan mula memasak untuk makan tengahari. Aku ambil sekeping sandwich telur dan beberapa suap rojak buah (ha, memain tau rojak buah di puncak), sebab penat naik tak abis, jadi selera makan merudum.

Lepas makan, semua get ready solat berjemaah. Jamak Zohor dan Asar. Habis tu, adalah tazkirah dari Ustaz Nazirul.

Kekuatan orang islam ada 3:-
1. Akidah
2. Ukhuwah
3. Silah (Kekuatan)
- duk kaitkan hiking dengan membina kekuatan peribadi


Siap mendengar tazkirah, semua berkemas dan duduk dalam line V untuk menyanyikan lagu negaraku, sambutan hari malaysia di puncak kanggg.. Lepas beberapa tangkapan gambar, selfi etc etc dan 2 jam duk atas tu, jam 3 petang kami bergerak turun.

Nizam pesan, kalau dalam 6.40 petang tak sampai pintu masuk lagi. Yang depan sekali kena stop dan tunggu semua yang belakang sampai. Then gerak rapat2 bersama-sama. Ok noted.

Lepas 30 mnt pertama, kami tiba semula di simpang ke Pine Tree. Turun dari tempat rock climbing tu, aku dengar nizam bagitau ada orang injured kat belakang, jadi mereka akan lambat sikit. Aku teruskan langkah dengan Midah. Zumba n d geng da berlari laju kat depan, belakang dia ada Helmi, Hidayah & Pikah, Hadila & Ainina, lepas tu aku n Mid. Aku sebenarnya pun dah separuh weng tapi taknak duduk dekat sangat dengan sweeper nanti lagi weng.

Separuh jalan, Mid punya peha da start sakit. Aku pun pintas dia gerak solo. Lama juga la aku gerak solo, sampai la sweeper aku kembali. :) is. Dalam 30mnt-sejam sebelum tiba ke pintu masuk aku beriringan ngan is je. Pesan Naufal sebelum start hike kadang-kadang muncul juga,
"Pastikan jangan jalan sorang, atleast berdua, terutamanya gegirl"

Toward the end, memasing kami berdua layan pewai. zzz.. Dan akhir nya beberapa minit nak ke 6.30petang sampailah kami ke pintu masuk. Layan tangga, memang menangis. Sampai jer terus letak beg, berbaring kat lereng bukit berhadapan pintu masuk. Sakit pinggang.


Dari pintu masuk nak ke car park pun aku rasa ada lah kena berjalan dalam 20 minit jugak. Maka, sampai jer kat masjid Is cakap "akak saya rasa nak turun ni pun dah penat kak, jom kita ambil dorang kat sana naik kereta nak?" bernas juga idea is ni. Maka 3 biji myvi pun menuju ke pintu masuk.

Sinar keceriaan nampak jelas terpancar ye dari geng-geng sweeper nampak kereta dah berbaris kat pintu. Alhamdulillah, tertebus sikit rasa bersalah tak tunggu diorang yang injured. T.T

Sampai masjid, mandi, tukar baju, solat. Dalam 8 lebih bergerak keluar dari Fraser Hill. Sampai pekan KKB untuk dinner pun dah 9 lebih.

Begitu begini gerak balik. Boleh pulak kitorang salah jalan menuju ke Tg Malim. sobs. Then ambil PLUS dari Tg Malim patah balik PJ. Makanya sampai lah PJ jam 11.30 malam. huhuhu.

Terima kasih semua untuk memeriahkan cuti umum saya semalam.

Panjang umur, jumpa lagi nanti, InsyaAllah. :)

05 August 2015

127


Nikmat sihat adalah satu nikmat yang paling mudah untuk kita lewakan. kenapa? sebab sihat lah :) Pagi tadi masak lemang segera, buka tutup periuk masa air sedang mendidih. memang pijar rasanya terkena wap panas. Allahuakbar. Cepat-cepat lumur ubat gigi, itu je yang aku terpikir, nak lumur madu macam sayang pula :). Lepas pada tu kena air sikit jer. Aduh, kemain lagi sakit dia.

Bila da jadi macam ni, barulah lebih menghargai dan berwaspada.

Berbalik kepada tajuk. Baru-baru ni aku menonton satu filem. Berunsur outdoor. Tajuk, 127 hours (2010). Kisah benar seorang canyoneer (haruslah seorang berbangsa asing, memandangkan tak de canyon kat Malaysia T.T) Nama dia Aron Ralston. Dia memang hobi menelusuri canyon dan pelbagai sukan outdoor yang lain la.

Pada satu hari Sabtu, masa dia tengah canyon, tiba tiba dia terjatuh ke dalam satu lubang, dan ada batu terjatuh timpa tangan dia. Jadi, tangan dia tersepit dan dia pun sangkut kat situ.

Dia tak bagitau sesiapa yang dia pegi canyon tu.
Last person yang dia past by pun dah balik.
Dia terperangkap!
Limited food, limited water.
5 hari.

Ok agak mendebarkan tengok cerita tu.

beberapa nota:
- sentiasa beritau kemana kita berada, atleast kalau tiada kabar, senang waris nak caritahu
- kalau mampu elakkan bergerak solo, 2 always better than 1
- kena kreatif untuk terus bertahan
- jangan patah semangat, berjuang hingga akhir.
- outdoor activity have it own risk
- sayangi keluarga
- bila nikmat diambil, baru lah kita sedar banyak perkara yang kita ambil lewa selama ini.
- appreciate life. live life to the fullest

Aron Ralton akhirnya berjaya melepasi batu tersebut, apabila pada hari ke-5 tangan dia memang dah totally mati, sebab darah tak mengalir. Maka, dia patahkan tulang tangan dia. Okay sangat menyeramkan (but that the only survival way) lepas patah kan tulang tangan, dia guna kan pisau lipat utk kerat tangan dia sendiri. (Ada part dia menjerit unberable pain. Mesti tengah potong saraf. Pernah rasa masa operate gigi dulu. Doc langgar saraf bergegar rasa satu badan)

Sekian.

Review filem dari saya.

Kalau nak dengar Aron cerita macam mana dia potong tangan sendiri

p/s: Jika menonton filem tersebut, part yang tak patut masih ada, just skip it.