Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 May 2024

Rokiah eksiden

Mengantuk betul pagi ni, terpaksalah menaip untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Hari ni sarapan awal betul. Sebelum 6.30 pagi dah sarapan. Menghabiskan lauk 'sederhana' semalam. Mungkin dia punya glucose tengah kick ke ni ek? tapi dah 3 jam lebih dari masa terakhir makan. HAHA.

Aku bersiaran dari Perodua Sentral PJ ni ha, teman si vijay pi buat check-up berkala. Vijay pun konsisten pergi check up, aku? tak tau lah bila. 

Jomlah aku ceritakan pengalaman Rokiah eksiden semalam. Ingat tak siapa Rokiah ni korang? Ha, dah ingat kan? Ok cerita dia macam ni.

Iklan: Sambil rancak aku menaip ni, datang abang perodua bagitau nak kena tukar brake pad. harga dia RM 300. Potong betul. Untuk mengelakkan pengaliran wang keluar yang bak air terjun sejak raya maka aku turn down la offer abang tu dulu. 

Semalam ada lunch dengan Nasyrah dan Awanis sempena semalam Nasyrah first day join company. Jadi Awanis bawa makan di Restoran Nasi Padang Sederhana dekat area office jugak. Aku dengan bersemangatnya ambil lauk ikan goreng belado. Ikan tu aku tak sure jugak ikan apa. Garume kut. Mula-mula ingatkan Nila. tapi bila makan2 balik takda rasa macam Nila. (tak abis ikannya, so aku tapau balik)

Lepas lunch aku pun baliklah rumah kan macam biasa. Sambil dengar live kak Liza kat tiktok, satu laptop tunggu job dari office sambil duk send out emel untuk meeting minggu depan. Masa tu jam dah sekitar 5 lebih ada, aku pun dah siap solat Asar. Tiba-tiba dapat call dari Kak Siti.

"Weyh akak eksiden"

Maka dari situlah cerita pun bermula. Kak Siti ajak teman dia buat report kat balai. Orang tu cakap dia nak buat report. Selaku pelanggar dalam kes ni, kak Siti pun akur. Walaupun 2 group sokongan dia campur 1 group sokongan aku semua tak bersetuju kes langgar tu sampai nak bawa report ke balai. Jap aku share gambar. Korang nilai lah sendiri. 

Camni je korang, pastu sensor dia terkeluar sikit

Waktu kejadian hujan tengah lebat, trafik jem. Memang takde maknalah nak speed. Katanya mula-mula brader yang dia langgar tu agree nak setel luar. Tapi tak lama lepas tu dia call cakap nak pegi balai pulak, isteri dia suruh buat report. 

Antara komen yang paling tiberr 😆

Maka, kena lah kak Siti bayar saman RM300. Tapi polis tu cakap, ada 3 bulan sebelum kes ni boleh naik ke mahkamah, jadi ada masa lagi nak kumpul duit. Habis setel dengan balai lebih kurang 9 lebih. Kak siti yang kelaparan pun ajak la gi kedai makan. 

Jadi dari cerita ini, kalau anda yang di langgar. Dan anda duduk di posisi abang tu. Apa yang anda akan lakukan? Setel luar atau tetap dengan kes polis supaya anda boleh claim insurans? Tinggalkan pandangna anda di ruangan komen. 

11.02 pagi,
Perodua Sentral Petaling Jaya.

1 comment:

Sutera Maya said...

kalau dulu zaman awal2 ada kereta, klu kecuaian sendiri mmg saya minta g report...sbb waktu tu terlanggar merc...dia kata klu settle luar dia nak 1000, mmg xde la simpanan waktu tu banyak gitu... mmg claim insurans je la wlupun bumper sy yg jatuh...haha...dianya calar dan nampak kemek sikit jee... cam sekarang2 ni...klu malas nak berurusan sana sini, settle luar je...huhu