Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 April 2009

New York mula kempen boikot motorola

Khamis,  02/04/2009 - Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.

Motorola Israel telah bertanggungjawab membuat fuis yang digunakan dalam bom berangkai, bom pemusnah perlindungan bawah tanah dan bermacam-macam bom lagi serta alat telekomunikasi canggih yang digunakan oleh tentera Israel yang dikatakan paling selamat. Orang ramai menjerit dan melaungkan “Motorola Apartheid”,” “Jangan Beli Produk Israel”, dan “Selamat Tinggal Israel”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

ehem.kita bila lagi..mari boikot-memboikot..teruslah..istiqamah..

2.30pagi.3April.

No comments: