Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

11 March 2013

Sg Chilling again

Disebabkan telah 2 tahun sejak pendakian Broga bersama rakan sekerja.. Maka, sebaik sahaja turun dari Sg Chilling aku mendapat idea untuk mem-propose tempat ini sebagai macromac outing trip (tak sangka selepas 2 tahun (baca: Broga and Mun's Wedding)

aku suka jugak hang out macam ni, bleh kenal macam-macam orang.

Maka, tanggal Ahad lepas bersamaan 10 Mac berpagi-pagian la kami mengutip orang dan berkumpul. Sepatutnya 6.30 berkumpul di R&R Rawang nampaknya tinggal perancangan sahaja. Berbekalkan pengalaman nan sekali ke Sg CHilling itulah, aku perkemaskan. Dan menerus kuat untuk membawa semuanya. Kezia pinjam kan GPS, yang aku tak tau guna pun. lol! Keep suruh aku u-turn and recalculate! Marah betul aku dengan GPS tersebut.

Kami tiba di Sg Chilling jam 9 pagi (ikut masa mendaftar di kaunter masuk) Aku rasa dah alert kan semua tentang kami akan masuk air dan perlu beware dengan peralatan elektronik! Nampaknya tak berapa nak alert. So, dengan bekalan plastik, solotep dan gunting yang aku ada, semua pun duk memeket smartphone memasing sehingga lebih kurang 15 minit kemudian baru gerak.


masa tulah nampak.. ada yang takut air deras (oh tapi airnya memang sangat deras dari sebelum ni..mungkin disebabkan oleh hujan disubuh harinya) so siap hold tangan orang depan dia tanak kasi lepas. ahaha..cute. Ada yang berkeyakinan tinggi lepaskan tangan orang depan end up hampir hanyut di bawa arus.

Overall it nice, mula-mula rasa macam takut jugak handle event for multi racial ni.. tapi bila dapat feed back dari some people. i think, worth it jugak la :)

Antara komen:

"Kenapa u tak remind saya, yang sungai ni akan curi selipar saya" - mangsa selipar dihanyutkan arus
"U tipu I, u tau kan i takut macam ni" - konon mangsa

Perjalanan yang sebelumnya diambil 45minit - sejam, kali ni ambil masa 1 jam 45 minit.. Sedangkan sebelum tu anggota rombongan 69 orang, dan kali ni hanya 14 orang :P


Till then. Pen off!

17 April 2011

Baitul Muslim (BM)

"Senyummu juga sedihmu adalah hidupku" - nyanyian Incik Gigi (tapi aku rasa lagu ni macam ideal sangat. macam tipu pulak)

selain dari cinta tuhan, cinta ibubapa adalah antara perkara yang aku sangat kagum. selepas je mak lahirkan kita, dia tak pernah kenal lagi MC. tiap masa, dia sakit atau sihat. dia penat atau tenang, sepanjang masa dia akan layan kita sebaiknya. Baby tak sedap perut, mak ayah la yang tak tidur malam. kita tak lalu makan, mesti mak yang risau dulu. kita masuk asrama, mak jugak lah yang touching dulu. agak2 kat asrama nanti cukup makan ke, cukup belanja pakai segala. Ah! cinta tanpa syarat, kagum! T_T.

tahniah kepada rakan² yang dah jadi ibu. Selamat menjana pahala berpanjangan ^____^.

sebenarnya, hari ni adalah buat kesekian kalinya aku ke daurah BM. so, here some point to share.

cerita 1:
henset kak noma bermasalah pagi tu, tekan punya tekan gelap je. kak noma tekan dengan lebih kuat dan mungkin geram jugak. lalu datang anaknya (darjah 5),
"mak kena tekan dengan kasih sayang, telefon pun perlu dilayan dengan kasih sayang"
nota: kak noma rasa ada yang mengingatkan. InsyaAllah, BM yang sebenar adalah BM yang dapat membentuk setiap ahli bait kepada suasana Islam yang sebenar.

cerita 2:
seorang isteri menemankan suaminya ke ceramah², (memandangkan suaminya penceramah) setiap kali masa menjamu selera muncul, pasti yang dihidangkan adalah mee goreng. Si Isteri pula memang gemarkan mee goreng. Rupa²nya, setiap kali sebelum program,
Razak: enta tolong bagi ceramah kat rumah ana minggu ni, ade nak buat pengisian sikit untuk adik-adik IPT.
Si Suami: boleh InsyaAllah, eh tapi nanti enta tolong masakkan mee boleh? isteri ana suka mee.
nota: tak semestinya isteri saja yang perlu melayan kesukaan suami, suami pun boleh melayan isteri dengan memberi apa yang mereka suka ^__^. Erti hidup pada memberi.

cerita 3 (pikirkan bersama):
jika kita lihat di zaman Rasulullah, semua perkara, para suami yang buat. kerja isteri hanyalah melayan suami. dan kalau ada benda2 yang menyebabkan isteri susah nak layan suami, maka suami kena sediakan pambantu untuk si isteri untuk membereskan kerja2 lain. Tapi, kenapa orang melayu tak macam tu? kenapa di kalangan orang melayu, masih perempuan yang bersusah penat membuat semua perkara? dari memasak, basuh pinggan cuci baju, sterika, jaga anak, sehinggalah tugas2 sebenarnya melayan suami. Agak-agaklahkan, dari mana datang budaya tersebut? *thinking*

Joke:
seorang suami terlalu letih dengan kerja-kerjanya di ofis. sepanjang perjalanan pulang, dia asyik mengulangkan ayat,
"I hate my job. I hate my job"
sesampai saja dirumah, isterinya datang sambil menceritakan masalah anak-anak. kawan yang dah pening bertambah rungsing. Lalu keesokan paginya, si suami ke ofis, sambil mengingatkan dirinya,
"I love my job, I love my job"
nota: masalah di rumah dirasakan lebih besar dari masalah ofis 

Oklah kalian, aku pun da macam nak mengantuk ni, sini dulu la ye. Salam alaik!

20 January 2009

PRK kali ini..

pagi td hati masih memberat untuk menjadi PACA pilihanraya di kolej 12th..Mungkin hati belum mantap..dan penghayatan pd PRK amat lemah..
percayalah..kerjaya PACA sungguh membosankan!!haha..melangut memandang peti untuk 2jam..(nasib 2jam aje)
Malam tadi..selepas berbuka..aku pun survey2 sapa nak ikut aku gi DTC..aku nk lobi bnyk pun payah gak kan..sbb nnti aku masuk DTC,diorg kene tunggu kt luar sian gak..maka,aku pun melangkah dengan yakin dan tekad yg bulat bersendirian.Jam 8.30 mlm aku menyusur jalan gelap sepanjang RPKJ dan Pasum utk ke DTC..Alhamdulillah,niat yg baik pasti Allah bantu.. :) 
di DTC, aku bertemu kak nik..rakan sebilik ketika di 9th dulu..lama xjumpa dia..kira undi pun sama dia tadi..banyak juga la yang ditemui..megat,khalil,anip,kak syifa,aiman..dan bbrp bdk 9th yg aku cam tp xtau nama..mcm reunion bdk balai 9th lak!!haha.. [hafizi pun ditemui]
erm..kiraan undi bergerak agak lambat..(mmg biasa cmni kut..tp aku jek yg xnah tau)..lwt jam 12 tgh mlm..pusat kebudayaan mnta kiraan semula..di ikuti dengan sains sosial..
tunggu lagi..hampir ke jam 1 pagi nampaknya..
Stlh bbrp kekecohan brlaku di dlm DTC dan demo di luar DTC..kira2 jam 315 pagi..pak rae pun mengumumkan..

8/9 calon umum di menangi PRO-M
HANYA 7 kerusi fakulti yg tdk dapat di gapai PRO-M
Menang Besar!!
Moga Allah mudahkan jalan antum..ameen..

huh!segalanya telah selesai..dan aku sedar..aku terlalu penat..jam 4.00 pagi..skali lagi aku menyusur lorong sunyi itu sendirian..[gila bahaya..xpa Allah ma'ani..]..terlalu banyak yg aku fikirkan..TERLALU..shingga kepala aku mahu bantal..terlalu berat..

~kpd K-UM,seandainya antum xmmpu menyediakan calon tahun hadapan..siapkanlah barisan pemuda untuk menjadi wakil calon..hantar seramai yg mungkin..kita sudah tidak banyak masa..perkemaskan lah barisan kita..

UMKL
4.45pg 

sepanjang pilihanraya..bicara gambar..

we unite for UM
Akhirnya..8/9 kerusi milik pro-M..takbir!!
menanti keputusan dengan debaran 
calonku..wakil fakulti sains - Norzilah..alhamdulillah menang!
kiraan peti undi FPP di meja DTC 1

18 January 2009

Daurah Tajdid Syakhsiah..

Alhamdulillah..masih dibukakan hati oleh Allah untuk melangkahkan kaki ke taman2 ilmu milikNya..Semoga terus dikekalkan oleh Allah hati2 kami dan dibukakan hati kawan2 kami untuk terus berada di lingkungan taman ilmu..Program kali ini..aku rasa mempunyai satu momentum yang berlainan..dan susunan yang terlalu cantik jika dihitungkan..dimulakan dengan tajmi’ iftor akhwat pada khamis..kemudian bertemu lagi dengan sahabat seperjuangan pada malam Jumaat untuk pengisian yang membentangkan tajuk Syahadatul Haq..Ye..pengisian yang mengingatkan tentang tugas kita apabila bergelar muslim..tindakan yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan diri kita terhadap hujah Allah di SANA kelak..(doakan diri ini kuat untuk melakukannya..bantu aku sahabat!)..Kemudian di sambung pula dengan daurah yang membawa ku hanyut dalam sejarah Islam..yang membesarkan hati mengenangkan empayar Islam suatu ketika dulu..ya!! 2/3 dunia milik kita..tapi menghampiri abad ke-19..saat sistem khilafah telah hancur..hati ini remuk rendam..kuatlah sang hati..itulah tugas mu..kamulah umat perantara itu..Islam akan pasti menang di tanah Quds..ya!itu janji Allah..samada kita sendiri mahu terlibat dengan kejayaan itu..atau sekadar mahu menjadi penonton bisu yang tidak menyumbang apa2..Apa pilihan kita??! Fikirlah wahai sang hati..dengan fitrah sihat..renungi sunatullah dan berfikirlah dengan kefahaman hati bukan kewarasan akal yg selalu memandang logik dan sering dipengaruhi dengan debu2 dunia..Akhirnya..kami ke COMPLETE..ya!! Palestin saudara kita..bantulah semampumu sahabat..bantulah dengan MENGUBAH..mengubah pemikiran manusia yang telah dijangkiti penyakit alwahn(cintakan dunia)..supaya kembali kepada sunnah!! Kita bukan muslim fantasi..yang tiada tujuan hidup..
AYUH..melangkahlah!!
YB Nurul Izzah @ COMPLETE
Stop killing! ISrael is not real
Menyingkap sejarah with brother Haq
Akhwat~

~saat hati masih bergolak dengan rasa..
Ya Allah tetapkan hati ini dengan keputusan yang telah di ambil..

UMKL
10pm



01 January 2009

pengembaraan..

1 januari 2009 
pembuka tirai tahun baru kali ini, Karisma UM telah memulakannya dengan perbincangan mengenai kelansungan usrah..tentang modul usrah yang terbaru dan anak2 yang sudah boleh naik modul..ramai juga naqibah yang hadir hari ni..seronok jumpa teman2 seperjuangan...seronok tengok, sepeninggalan aku nanti masih ada jundi2 yang kuat mampu meneruskan usaha yang telah dibina selama ini..

Melewati jam 2.30ptg..kami pun mula lah berbasa-basi utk bergerak pulang..memandangkan sumber pengangkutan yang terbatas dan kedatangan kami tadi jua banyak di bantu oleh teksi..maka, aku,fauhan dan kak zira mengambil keputusan untuk tidak menyusahkan siapa2..dengan alasan mau pulang dengan teksi,kami pun melangkah keluar dari LA..

berjalan..berjalan dan terus berjalan..mengapalah tiada teksi yang kelihatan..

kami terus berjalan melalui lorong2 jalan di 9th..sehingga sampai di simpang ke pintu masuk fak bahasa dan menuju ke kfc..
sofwah dan maisarah berkeputusan menghala ke kfc..membulat tekad mendapatkan teksi..sedang kami bertiga menuju ke gate fakulti bahasa(walaupun tahu gate tu tutup cuti umum)..berdasarkan pengalaman lalu..maka aku pengaruhi kak zira dan fauhan untuk ikut laluan yang aku pernah lalu dulu..(mcm kejam..tp xpe kut..hehe)
disebabkan gate tutup..kami perlu naik sikit bukit utk rentas pagar..tp jalan nye sungguh kecil,curam dan agak merbahaya..waktu ni la baru aku tau..kak zira takutkan ketinggian..maafkan daku kak zira..hehe
dari laluan fak bahasa,kami lalui sastera..hadapan jabatan kimia..bilik periksa..pasum dan akhirnya sampai ke kolej 12..
xsangka..boleh rupenye berjalan dari LA ke 12th..walaupun nampak macam mustahil..
Walau apa-apapun..pengalaman berjaulah bersama kalian memang BEST..nanti2 kita buat lagi..haha!

UMKL


Task Force New Year

Alhamdulillah..
semalam sempat juga menyelitkan diri menyambut pelawaan rakan seperjuangan untuk memeriahkan tahun baru masihi dengan usaha dakwah menyantuini masyarakat..
Saat jam menghampiri 5.45 petang aku,dan beberapa adik Pasum dan tahun satu bergerak menuju ke stesen putra universiti..
Orang sungguh padat, sehinggakan group kami terpecah dua..menaiki tren yang berlainan..Tapi xpe yg penting tujuan yg sama pasti Allah temukan semula..(",)
Kira2 jam 8 malam kami berkumpul di ruang legar masjid Assyakirin mendengar taklimat dr Saudara Dhany.(walaupun dengar tak dengar je)
Fasa pertama pengedaran risalah kami lakukan diantara maghrib dan Isyak sementara fasa kedua dilakukan lepas Isyak [dukacita dimaklumkan..jam baruku yg baru dibeli pada 30dec telah hilang dlm jangka masa antara ambil wudhu' Isyak - selepas solat Isyak..sungguh menyedihkan..jam baru ku..sob2..]

Pengalaman turun ke masyarakat adalah pengalaman yang patut dirasai oleh setiap para dai'e yang mengaku ingin menggerakkan usaha dakwah kerana hakikatnya kita memang berada di dalam masyarakat..Apabila bersama dengan mereka,mengenali mereka barulah kita sedar dan memahami sejauh mana telah kita berusaha untuk menyampaikan risalah agong ini kedalam hati masyarakat dan  seterusnya mampu menyusun strategi baru untuk terus bergerak lebih pantas lagi.. :)

Namun, sedikit menyedihkan apabila usaha pengedaran risalah kami ini mendapat sekatan hebat dari mak cik guard yang berkawal..Bukan kita minta mereka membantu..sekadar membenarkan kami menyantuni masyarakat juga tidak di benarkan..sedih rasanya..

mungkin mereka rasa, para pengunjung hanya membuat sampah dengan edaran risalah tazkirah yang kami berikan itu..perkara itu boleh di ambil kira juga..boleh jadi, kita perlukan cara lain untuk menarik minat masyarakat..membina siqqah masyarakat bukan boleh hanya dengan menghulurkan kertas nan sehelai,tanpa sedikit penjelasan lalu pergi begitu sahaja..

UMKL
5.00pm

30 December 2008

Karnival Kebudayaan Belia dan Komuniti

Perancangan sejak 3 bulan sebelum ini akhirnya telah pun di laksanakan..

Lelah di rengkungan telahpun terlepas..:)

Walaupun kebanyakan aktiviti di tonton oleh para ad-hoc sendiri, namun ini adalah satu cubaan yang baik bagi aku..cubaan yang baik dlm memeterai hubungan baik dengan kerajaan negeri. Satu cubaan yang baik untuk mendekati masyarakat..(mungkin perlu banyak penambahbaikan)

Karnival??yang paling menarik..algebra + parkour.. haha~!

pada siapa2 yang sukar untuk menghubungiku hujung minggu yang lalu..maaf sangat..sbb penginapan kami di SAMTAJ shah alam tak menyediakan perkhidmatan charging telefon..hehe~

yang terkesan di hati??petang after program, kami sama2 menadah tangan membaca doa akhir tahun yang dibacakan oleh imam masjid negeri bersebelahan..(syahdu..dah berakhir 1429H..apa saja amalku tahun ini)

dan doa awal tahun kami baca selepas solat maghrib di masjid negeri itu juga..(tahun sudah berganti,usiaku makin bertambah..Ya Allah lorongkan aku kejalan yang sebaiknya..)
[makin hampir masa meninggalkan UM..syahdu lagi]

UMKL
7.45am

13 November 2008

KIPPS 08

Bergambar bersama adik2 sayang selepas explorace
Saudara Hafiz Arzmi dalam slot solat
my group_kasih3
ery..ketika slot amanah&harapan
checkpoint 2 EXPLORACE
Adik2 kasih belajar solat
tenaga pengajar_kak sal

Huhu..
terpaksa ler post 2 bhn at the same time..gian betul nak menaip kat blog..
lama xde internet..huhu..
ops..straight tu the main tajuk..

KIPPS08 @ Kem Ibadah Pelajar Pintar Soleh..
Arena MBPJ, Kompleks Rakan Muda..

Minggu lepas, dpt mesej dari Ery ajak join KIPPS..waktu tu baru je habis baca tunggu teduh dulu..motivasi diri naik ke tahap 100%..trus tnpa berpikir panjang stuju aja ajakan Ery tersebut..xpikir da exam week..(lagipun balik dari sana still ade gap bbrp hr utk baca)..

emm..join program fasilitator ni sebenarnya satu proses pembelajaran dalam cara yang berbeza..kita belajar cara untuk berinteraksi dengan adik2..dengan mereka yang masih belum faham..jika terlalu ber'syarah'..mereka akan pekak kan telinga..
kat sinilah kita belajar menggunakan semula ilmu yang ada supaya kita bleh grab attention diorg..ye la klu xgrab nanti xsampai pula kat diorg apa yang nak kita sampaikan..

apa yang nak aku kata mengenai KIPPS ni.. 
dari sini aku belajar melihat bagaimana adik2 melihat..bagaimana mereka melihat dan bagaimana keadaannya masyarakat di luar sana melihat..try to put ourself into their shoes..
masih ada yang belum lepas pon qunut..solat masih lintang pukang..sedangkan dosa dah tanggung sendiri..
yang peliknya..
basic ibadah xsetle tp da pandai nk bercouple..huhu..

mgkn..
mereka mempunyai penerimaan yang berbeza dari apa yang aku pernah dapat..
aku belajar bersyukur..
aku belajar, yang kita hidup di dunia ini bukan untuk diri kita sahaja..dan bukan untuk org2 di sekitar kita..masih ada org diluar sana yang tidak langsung kita terfikir untuk kenal..untuk kita sedarkan..untuk kita kongsikan apa yang kita pernah dapat..nikmat Iman dan Islam yang tercinta..


~Ayuh sekalian..bermulalah dari diri..keluarga..sahabat..&bersama membina saf..supaya Islam kembali memimpin dunia..

UMKL
1245pm. 

25 September 2008

Mubarak dah habis


Mubarak08 sudah pun melabuhkan tirai dengan rasminya tanggal 23 September yang lalu.. huh! sungguh meletihkan..
(1st time program bertungkus lumus,slalu suruh2 org then sdr goyang kaki..huhu)
Meletihkan, tetapi puas..puas dimarah..puas bekerja..puas dapat berkenalan dengan adik2 baru..TTK have done a great job!thanks for all TTKians yang banyak membantu..

Semalam dah dapat tdo dengan nyenyaknye..hakikatnye ade je keje yang xabis lagi..cam print out sijil..tapi itu kena hold dulu lah since pc kak farah xdibaiki lagi..la ni kene gather name list and ic no ajk dulu..masuk cuti trus jumpa kak farah and setel pasal sijil..

Pasal gambar mubarak?hurm..ingt da bleh update..tibe2 smlm my acc jaring expired daa..xdpt la nk update gmbr..lagi pon gmbr stored kat pc bilik.. myb next time la..basi sket kut..hehe

okla..till here..
nnti2 kita jumpa lagi..
SLAMAT BERAYE!!


15 September 2008

Bantuan Allah..


Hari ni boleh diikutkan sebagai hari yang agak meletihkan..meeting dari jam 11pagi-zuhur..kemudian bergerak ke shah alam untuk melihat tapak karnival..disambung lagi dengan meeting bersama MT PKN & karnival lingkungan 630-isyak..
Sebelum balik dapat mesej dari s/u mubarak tentang meeting Mubarak pula jam 11malam..
What??
ini memang satu hari yg lengkap dgn meeting maksudnye..
pada awalnye mahu skip..tetapi mengenangkan kesalahan sndiri..maka kulangkahi juga tapakan kaki yang memberat..(sbb buat slh kan)
then..spt selalu dan yang
dijangkakan..kebanyakan masalah mesti melibatkan biro aku..TTK..

pen salah oder..artikel xcek dulu b4 print..lampu kelip xsimpan..backdrop xsiap..tadarus knp bkn ttk yg handle?..
aku terkedu menatap bumbung dewan tanpa kata..hanya sedikit bicara yang mula bergemersik di ruang jiwa.."Ya Allah jika tugas sekecil ini pun aku xbleh setelkan..mimpikah aku ingin kan syurgaMu??"luarannya mataku berkaca..mengenang himpunan dosa yang pasti menimbun..hakikkatnya,hatiku telah lama meraung..
saat perasaan berkecamuk dgn hentaman keslhn yg direvealkan satu persatu oleh timbln pgrh..
saat itulah bantuan Allah sampai..alhamdulillah..
sungguh kita xpernah kecewa jika meminta dariNya..

terus berlari,
UM KL 140908