Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 June 2009

am I hopeless?

Hati aku sedang sakit. Sebab aku xmampu berbuat apa2.

Dari ABu Sa'id Al-Khudri ra berkata. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran,hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lisannya. dan jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya. dan itulah selemah-lemah Iman.(HR Muslim)  

aku rasa macam hopeless..sebab aku xmampu nak larang mungkar di depan mata.agak2 tahap mana iman aku hari ni..

aku mohon agar Allah pertahankan iman aku yang setipis kulit bawang ini..jangan ia terbawa pergi bersama mungkar yang melebar. juga mohon terus dikuatkan jiwa untuk mencegah dengan lisan. 

Ampunkan aku Allah untuk segala kelemahan aku ini.

hasbiAllah hu wa nikmal wakil..

*sambil dengar padamu ku bersujud-afgan.

Ampang,Selangor.

02 June 2009

Memilih dan pilihan

Hidup ini soal pilihan yang silih berganti. Bukan soalnya kita salah memilih.. tapi bagaimana kita menghadapi pilihan yang telah kita buat. Sebagai contoh, lepas habis buat ijazah.. apa pilihan yang kita ada?

i-sambung master
ii-terus kerja
iii-kahwin
iv-semua di atas.

kitalah yang perlu memilih. tak salah bila kakak C memilih sambung master dan x salah kakak B memilih untuk terus kerja. sebab hidup memang membawa kita kepada pilihan. nak pakai baju pagi tadi pun kena pilih yang padan dengan tudung kan.. ^_^..

Masalahnya hanya..bagaimana kita mendepani pilihan yang telah kita buat..

samaada kita menjadikan bebelan sebagai hobi baru kerana terlalu banyak beban kerja yang mengekang waktu senggang kita yang selalu dihabiskan untuk tidur dan bersosial..

atau

kita menjadi penat..terlalu penat mengadap buku..mengadap lecturer..mengadap google..untuk menghabiskan projek master.

jangan pula ada yang berkahwin tapi kemudian terasa susah untuk beradaptasi dengan suasana baru hidup ber'dua'..

sekali lagi,
HIDUP INI TENTANG PILIHAN..ia bukan soal kamu salah dalam memilih..tapi ia soal BAGAIMANA KAMU MENGHADAPI PILIHAN KAMU SENDIRI...

live well or live hell..you choose!!

*err..sedang pening dan takut memikirkan masa hadapan..aku dah makin tua..

^_^sekian

lunch break,
TSP Ampang.

26 May 2009

quick update

penatnye keje..penat main g0ogle..^_^

company profile kene buat 2 version. bm n bi. hurm~..(susah betul nak memulakan benda yang kita xpernah belajar nak buat..tp tu la keje kan..informal type of learning)

senang lagi nak uruskan hal2 bendahari.heh.apakah?.

GRUM??thumbs up tangan kiri dan kanan untuk ad hoc.meskipun aku pergi 1malam aje..

ok tu je. 

Sarah,
Ampang.

23 May 2009

aL-halaQah

Bismillahirrahmanirrahim..

"Dan sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada permulaan" - Ad-Dhuha:4

got this ayat just now.[status:balik dari rumah kak siti jam 11.15 mlm]..
ini satu ayat yang Allah selitkan dalam surah Ad-Duha, surah yang Allah wahyukan pada nabi ketika nabi sedang dirundung sedih kerana telah beberapa ketika wahyu tidak turun. 

Surah ni pendek,tapi maksudnya panjang sangat.

ok berbalik pada ayat ni. perasan x?dulu waktu mula2 nak masuk sekolah asrama, rasa macam nak nangis je tinggalkan mak ayah. rasa susahnya nak uruskan diri sendiri. nak handle kawan2. uruskan rasa. uruskan akademik. semua susah. tapi akhirnya, bila dah habis sekolah, setiap malam rindu nak balik ke sekolah semula.

macam masuk U jugak. susahnya lah nak belajar.. bersengkang mata hingga awal pagi.. menguruskan persatuan itu ini.. kerenah birokrasi.. keluar masuk pejabat.. semua terasa berat dan susah..tapi belum pun grade macam sekarang ni, da mula nak balik zaman susah2 tu. 

so?mana2 rakan2 yang seangkatan denganku, yang merasa peritnya bergerak, susahnya bernafas menjadi orang yang biasa2.. 
sabar dan tabahlah..hujung juang ini pasti ada kesudahan yang lebih baik..kan?^_^

12.12am
ampang,selangor.

19 May 2009

LI @ Tekad

heh.hari-hari yang dilalui sungguh mengantukkan.
maka.
inilah aku kasi taukan apa yang aku lakukan di tekad.

inilah yang aku buat. ala-ala budak bisnes sket.. (mgkin pemangkin semangat untuk buat MBA??hehe)..nampak xberkait kan dengan IT / Bio.. nak buat cemana bila bos suruh buat sistem / website ktorang buat muka xleh dipercayai. haha!

ok tu je kut. da hilang mengantuk.

12.49 pm.
ampang@Tekad