Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 May 2009

aL-halaQah

Bismillahirrahmanirrahim..

"Dan sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada permulaan" - Ad-Dhuha:4

got this ayat just now.[status:balik dari rumah kak siti jam 11.15 mlm]..
ini satu ayat yang Allah selitkan dalam surah Ad-Duha, surah yang Allah wahyukan pada nabi ketika nabi sedang dirundung sedih kerana telah beberapa ketika wahyu tidak turun. 

Surah ni pendek,tapi maksudnya panjang sangat.

ok berbalik pada ayat ni. perasan x?dulu waktu mula2 nak masuk sekolah asrama, rasa macam nak nangis je tinggalkan mak ayah. rasa susahnya nak uruskan diri sendiri. nak handle kawan2. uruskan rasa. uruskan akademik. semua susah. tapi akhirnya, bila dah habis sekolah, setiap malam rindu nak balik ke sekolah semula.

macam masuk U jugak. susahnya lah nak belajar.. bersengkang mata hingga awal pagi.. menguruskan persatuan itu ini.. kerenah birokrasi.. keluar masuk pejabat.. semua terasa berat dan susah..tapi belum pun grade macam sekarang ni, da mula nak balik zaman susah2 tu. 

so?mana2 rakan2 yang seangkatan denganku, yang merasa peritnya bergerak, susahnya bernafas menjadi orang yang biasa2.. 
sabar dan tabahlah..hujung juang ini pasti ada kesudahan yang lebih baik..kan?^_^

12.12am
ampang,selangor.

No comments: