Alhamdulillah..
semalam sempat juga menyelitkan diri menyambut pelawaan rakan seperjuangan untuk memeriahkan tahun baru masihi dengan usaha dakwah menyantuini masyarakat..
Saat jam menghampiri 5.45 petang aku,dan beberapa adik Pasum dan tahun satu bergerak menuju ke stesen putra universiti..
Orang sungguh padat, sehinggakan group kami terpecah dua..menaiki tren yang berlainan..Tapi xpe yg penting tujuan yg sama pasti Allah temukan semula..(",)
Kira2 jam 8 malam kami berkumpul di ruang legar masjid Assyakirin mendengar taklimat dr Saudara Dhany.(walaupun dengar tak dengar je)
Fasa pertama pengedaran risalah kami lakukan diantara maghrib dan Isyak sementara fasa kedua dilakukan lepas Isyak [dukacita dimaklumkan..jam baruku yg baru dibeli pada 30dec telah hilang dlm jangka masa antara ambil wudhu' Isyak - selepas solat Isyak..sungguh menyedihkan..jam baru ku..sob2..]
Pengalaman turun ke masyarakat adalah pengalaman yang patut dirasai oleh setiap para dai'e yang mengaku ingin menggerakkan usaha dakwah kerana hakikatnya kita memang berada di dalam masyarakat..Apabila bersama dengan mereka,mengenali mereka barulah kita sedar dan memahami sejauh mana telah kita berusaha untuk menyampaikan risalah agong ini kedalam hati masyarakat dan seterusnya mampu menyusun strategi baru untuk terus bergerak lebih pantas lagi.. :)
Namun, sedikit menyedihkan apabila usaha pengedaran risalah kami ini mendapat sekatan hebat dari mak cik guard yang berkawal..Bukan kita minta mereka membantu..sekadar membenarkan kami menyantuni masyarakat juga tidak di benarkan..sedih rasanya..
mungkin mereka rasa, para pengunjung hanya membuat sampah dengan edaran risalah tazkirah yang kami berikan itu..perkara itu boleh di ambil kira juga..boleh jadi, kita perlukan cara lain untuk menarik minat masyarakat..membina siqqah masyarakat bukan boleh hanya dengan menghulurkan kertas nan sehelai,tanpa sedikit penjelasan lalu pergi begitu sahaja..
UMKL
5.00pm