Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

14 January 2009

Pujuk-memujuk

Dari skola aku mmg suka kene pujuk ni.Pendek kata mengada jugaklah aku ni. Tapi kadang2 aku ni agak merbahaya..sebab mudah termakan dengan pujuk rayu..haha!

Hurm..

Waktu zaman skola..ana leman la yg slalu menjadi mangsa aku..buat2 merajuk ngan dia pastu dia pujuk..tapi tula kan sian die sampai kadang aku xmerajuk pun dia ingat aku merajuk..(hua3..malunye *blush* ckp cmni..aku sker merajuk??kantoi)

Tapi tu zaman skola la kan

Dah lama aku tgglkan zaman skola..aku dah matang *sigh*..time matrik pun aku dah xlayan da merajuk2 nih..(mgkn sbb ana da xda nk pujuk kut.ahha!)

Skrg dah nak habis universiti..

Aku da xmerajuk tapi aku slalu gak di pujuk rayu..cth terbaru oleh kak shira..die ajak aku gi forum palestin sedangkan projek nak run esok pgnye..adakah patut aku termakan dengan pujukannya?huhu..

Hurm~

Hari ni..aku lak kene pujuk adik2 kesayangan ku yg merata alam..nak ajak gi iftor esok..aduhai~lemahnye aku bab pujuk-memujuk ni..please someone out there bg skill sket nk pujuk2 ni..aku xda kepakaran.adoi!

 

Agak2 apa peratus aku nk bw adik2 ni g iftor?OK let set the target..

Iftor – 2 ahli usrah akan dtg

Daurah – seorang ahli usrah + 2 ahli umum akn hdir..

(mana nk cari ahli umum ni..perlu berusaha)

 

UMKL

0710pm

matlab oo matlab..


hari ini..
awanis kata pn S nak jumpa dengan result matlab yg kami buat..

pegi kelas pagi ni..da start berdebar..(sbb aku minum indocafe pg td)
habis klas jam 12tghr..masih berdebar..
kami decide xjumpa pn S..sbb apa pun kami xbuat lagi..

akhirnya,
kami menghabiskan petang di lab..
aku main ngn matlab 5.3..xleh run som toolbox..
kat D1.5 aku try run somtoolbox guna matlab 7.7 kt situ..eh eh bleh pulak..

aku turun lab dg4,
aku buang matlab 5.3..
install matlab 7.7..
X MAU??ah ni mmg parah..
SEKARANG..pc aku dah xda matlab langsung..
apa nak kata??
aku pon da tensi mengadap pc..mata dah stress..
i need a rest..myb..

bioinformatic Department,
UMKL
3.08pm

10 January 2009

salah arah lagi

hari ini saya berasa sungguh sedih..saya sudah kasi salah arah lagi pada orang lain..walaupun tak berapa pasti..tapi masih nak bg arah juga..
[dr sudut positifnya:ada keinginan untuk membantu manusia lain yang dalam kesusahan.bgus!]
[dr sudut negatifnya:sesat lg menyesatkan.uhuks!]

stesen universiti.
menunggu teksi.
tatkala jam hampir ke pukul 2 ptg..
"dik jalan gasing kt mana?"tnye seorg asing yg sdg menunggang skuternye.
"jln gasing ni dkt2 ngn ppum bang.abg lalu federal highway ni,pastu akn nmpk sblh kiri skali naik atas.tp jgn naik lg.terus lg 2nd time nmpk jln keatas bru naik.area situ la jln gasing"jwb aku dgn yakin.
"ow syeksyen 5 jln gasing tau?"
"yg tu xtau la plak.xda kwn2 yg bleh catch kt sini ke?"
"xda.xpa la gamble aje la.terima kasih ye"abg beskuter berlalu pergi menuju ke federal highway.

2mnt slps itu.teksi pun sampai.di dalam teksi aku cuba mencari kepastian.

"pakcik jalan gasing kt mana?"
"jln gasing,ni kena ikut federal.nmpk flyover.. naik,pastu ambil kiri"
"eh..1st fly over ye pakcik?bkn 2nd ke?"
"yg pertama la..sblh kiri tu jln gasing.klu masuk kanan jalan universiti"
ahha~i made a mistake again..
"alamak pakcik!sy da kasi wrong direction pd org td"
"itu la tak PEKA"

P.E.K.A.
oh ho~i think betul ckp pakcik tu..aku mmg org yg xpeka..

tp sampai bila??hurm~

*oh..sbelum itu..kwn2 yg punya kwn..sila promote pd kwn2 anda..sy ada jual stokin..harganya rm4 sahaja..marilah bersama memulakan langkah pertama..tutup aurat,sambil membantu perniagaan org Islam..hehe (^_^)

UMKL
3.25petang

09 January 2009

Silence is not an option..



Keadaan di Gaza makin hari makin buruk..kekejaman zionis laknatullah benar2 memukul perasaan dan jiwa setiap mukmin yang menyaksikan perjuangan warga palestin yg seakan tak akan pernah berakhir..
dengan bekalan air yang sedikit..makanan yang sedikit dan bekalan elektrik yang terputus..apa lagi yg mampu mereka harapkan??!!
Dan kita disini..sampai bila mahu membutakan mata..memekakkan telinga..menghayati terus2 kemewahan pinjaman tuhan tanpa sedikit pun memikirkan tentang saudara2 kita di Palestin..Lapangkan minda..waraslah menghadap dunia..korbankan sedikit harta dan tenaga kalian..

Forum palestin :
Sabtu, 10 jan,titiwangsa (9mlm) [maklumat lanjut layari www.untukmupaestin.blogspot.com]

Rapat umum dan serah petisyen 1juta tndatgn bantahan kekejaman zionis :
stadium melawati,shah alam,sabtu 10jan 10pagi..
hadapan kedutaan amerika, 2.45petang 16 januari

Dairi seorang relawan Islamic Relief- Hatem Shurrab.

Gaza: 5 Januari


Untuk hari kedua kami terpaksa menangguhkan rancangan untuk mengedarkan makanan. Setiap jam keadaan menjadi semakin teruk, membuat kerja-kerja pengedaran makanan ke jalan-jalan menjadi sukar.

Rumah tanpa air dan bekalan elektrik. Penduduk Gaza hanya menerima bekalan air seminggu sekali selama enam bulan yang lepas. Bila bekalan elektrik terputus, air bawah tanah tidak dapat dipam keluar.

Ini sangat merbahaya. Tanpa air keadaan menjadi bertambah bahaya, masalah kesihatan dan isu penyakit merebak.

Gaza (lokasi) sekarang berpecah-pecah kerana kehadiran askar Israel dan menjadi sukar untuk pergi ke bahagian tengah (gaza)

Rakan saya yang sedang berkhidmat untuk anak yatim ditengah Gaza, sekarang ia menjadi sukar untuk ke situ.

Tanpa dapat bergerak dengan selamat telah memberi kesan yang buruk kepada usaha bantuan. Baru hari ini saya dapat berada di tempat dimana orang berbaris untuk mendapatkan roti dan bercakap dengan mereka. Letupan bom dapat didengar dimana-mana.

Saya berjumpa dengan seorang perempuan yang telah berbaris dari jam 730 pagi hingga 1030 pagi . Tetapi ada yang lain telah berbaris (untuk mendapatkan roti) sampai 10 jam- disebabkan kekurangan roti. Seorang lelaki saya jumpa, mengatakan kepada saya bahawa dia bertukar-tukar berbaris dengan adik lelakinya supaya tidak terlepas giliran.

Yang lain saya jumpa hanya mampu menangis bila saya mula hendak bercakap dengannya- ianya seperti tidak ada perkataan tinggal untuk diucapkan.

Kadang-kadang saya seperti bercakap perkara yang sama berulang-ulang, tetapi sememangnya keadaan kemanusiaan sesungguhnya mengecewakan. Rakan saya dari UN mengatakan (keadaan ini) adalah sebuah krisis kemanusiaan (yang buruk).

Setiap hari di Gaza rasanya seperti tidak akan menjadi lebih teruk lagi-tetapi itu yang terus berlaku. Orang di sini tidak tahu apa hendak dilakukan atau diharapkan.

Saya mengajak anda untuk membayangkan bagaimana perasaan anda bila berada didalam keadaan dimana anda dan orang yang tersayang (hidup) dalam keadaan makanan yang sikit, air yang sikit dan tanpa bekalan elektrik. Dan sepanjang masa bunyi letupan bom, missiles dan kereta kebal-boleh didengar dimana-mana.

10 hari yang panjang (siang dan malam) penduduk Gaza tinggal dalam ketakutan-kami begitu penat dan setiap hari yang datang membawa bersamanya lebih banyak keganasan dan kepayahan.

Diterjemahkan dari BBC NEWS

Megat Shariffudin Ibrahim 9/1/2009

Palestinian Centre of Excellent (PACE)

DARI IPOH UNTUK GAZA

Http://dariipohuntukgaza.blogspot.com