Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 January 2009

PRK kali ini..

pagi td hati masih memberat untuk menjadi PACA pilihanraya di kolej 12th..Mungkin hati belum mantap..dan penghayatan pd PRK amat lemah..
percayalah..kerjaya PACA sungguh membosankan!!haha..melangut memandang peti untuk 2jam..(nasib 2jam aje)
Malam tadi..selepas berbuka..aku pun survey2 sapa nak ikut aku gi DTC..aku nk lobi bnyk pun payah gak kan..sbb nnti aku masuk DTC,diorg kene tunggu kt luar sian gak..maka,aku pun melangkah dengan yakin dan tekad yg bulat bersendirian.Jam 8.30 mlm aku menyusur jalan gelap sepanjang RPKJ dan Pasum utk ke DTC..Alhamdulillah,niat yg baik pasti Allah bantu.. :) 
di DTC, aku bertemu kak nik..rakan sebilik ketika di 9th dulu..lama xjumpa dia..kira undi pun sama dia tadi..banyak juga la yang ditemui..megat,khalil,anip,kak syifa,aiman..dan bbrp bdk 9th yg aku cam tp xtau nama..mcm reunion bdk balai 9th lak!!haha.. [hafizi pun ditemui]
erm..kiraan undi bergerak agak lambat..(mmg biasa cmni kut..tp aku jek yg xnah tau)..lwt jam 12 tgh mlm..pusat kebudayaan mnta kiraan semula..di ikuti dengan sains sosial..
tunggu lagi..hampir ke jam 1 pagi nampaknya..
Stlh bbrp kekecohan brlaku di dlm DTC dan demo di luar DTC..kira2 jam 315 pagi..pak rae pun mengumumkan..

8/9 calon umum di menangi PRO-M
HANYA 7 kerusi fakulti yg tdk dapat di gapai PRO-M
Menang Besar!!
Moga Allah mudahkan jalan antum..ameen..

huh!segalanya telah selesai..dan aku sedar..aku terlalu penat..jam 4.00 pagi..skali lagi aku menyusur lorong sunyi itu sendirian..[gila bahaya..xpa Allah ma'ani..]..terlalu banyak yg aku fikirkan..TERLALU..shingga kepala aku mahu bantal..terlalu berat..

~kpd K-UM,seandainya antum xmmpu menyediakan calon tahun hadapan..siapkanlah barisan pemuda untuk menjadi wakil calon..hantar seramai yg mungkin..kita sudah tidak banyak masa..perkemaskan lah barisan kita..

UMKL
4.45pg 

sepanjang pilihanraya..bicara gambar..

we unite for UM
Akhirnya..8/9 kerusi milik pro-M..takbir!!
menanti keputusan dengan debaran 
calonku..wakil fakulti sains - Norzilah..alhamdulillah menang!
kiraan peti undi FPP di meja DTC 1

18 January 2009

Daurah Tajdid Syakhsiah..

Alhamdulillah..masih dibukakan hati oleh Allah untuk melangkahkan kaki ke taman2 ilmu milikNya..Semoga terus dikekalkan oleh Allah hati2 kami dan dibukakan hati kawan2 kami untuk terus berada di lingkungan taman ilmu..Program kali ini..aku rasa mempunyai satu momentum yang berlainan..dan susunan yang terlalu cantik jika dihitungkan..dimulakan dengan tajmi’ iftor akhwat pada khamis..kemudian bertemu lagi dengan sahabat seperjuangan pada malam Jumaat untuk pengisian yang membentangkan tajuk Syahadatul Haq..Ye..pengisian yang mengingatkan tentang tugas kita apabila bergelar muslim..tindakan yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan diri kita terhadap hujah Allah di SANA kelak..(doakan diri ini kuat untuk melakukannya..bantu aku sahabat!)..Kemudian di sambung pula dengan daurah yang membawa ku hanyut dalam sejarah Islam..yang membesarkan hati mengenangkan empayar Islam suatu ketika dulu..ya!! 2/3 dunia milik kita..tapi menghampiri abad ke-19..saat sistem khilafah telah hancur..hati ini remuk rendam..kuatlah sang hati..itulah tugas mu..kamulah umat perantara itu..Islam akan pasti menang di tanah Quds..ya!itu janji Allah..samada kita sendiri mahu terlibat dengan kejayaan itu..atau sekadar mahu menjadi penonton bisu yang tidak menyumbang apa2..Apa pilihan kita??! Fikirlah wahai sang hati..dengan fitrah sihat..renungi sunatullah dan berfikirlah dengan kefahaman hati bukan kewarasan akal yg selalu memandang logik dan sering dipengaruhi dengan debu2 dunia..Akhirnya..kami ke COMPLETE..ya!! Palestin saudara kita..bantulah semampumu sahabat..bantulah dengan MENGUBAH..mengubah pemikiran manusia yang telah dijangkiti penyakit alwahn(cintakan dunia)..supaya kembali kepada sunnah!! Kita bukan muslim fantasi..yang tiada tujuan hidup..
AYUH..melangkahlah!!
YB Nurul Izzah @ COMPLETE
Stop killing! ISrael is not real
Menyingkap sejarah with brother Haq
Akhwat~

~saat hati masih bergolak dengan rasa..
Ya Allah tetapkan hati ini dengan keputusan yang telah di ambil..

UMKL
10pm



14 January 2009

Pujuk-memujuk

Dari skola aku mmg suka kene pujuk ni.Pendek kata mengada jugaklah aku ni. Tapi kadang2 aku ni agak merbahaya..sebab mudah termakan dengan pujuk rayu..haha!

Hurm..

Waktu zaman skola..ana leman la yg slalu menjadi mangsa aku..buat2 merajuk ngan dia pastu dia pujuk..tapi tula kan sian die sampai kadang aku xmerajuk pun dia ingat aku merajuk..(hua3..malunye *blush* ckp cmni..aku sker merajuk??kantoi)

Tapi tu zaman skola la kan

Dah lama aku tgglkan zaman skola..aku dah matang *sigh*..time matrik pun aku dah xlayan da merajuk2 nih..(mgkn sbb ana da xda nk pujuk kut.ahha!)

Skrg dah nak habis universiti..

Aku da xmerajuk tapi aku slalu gak di pujuk rayu..cth terbaru oleh kak shira..die ajak aku gi forum palestin sedangkan projek nak run esok pgnye..adakah patut aku termakan dengan pujukannya?huhu..

Hurm~

Hari ni..aku lak kene pujuk adik2 kesayangan ku yg merata alam..nak ajak gi iftor esok..aduhai~lemahnye aku bab pujuk-memujuk ni..please someone out there bg skill sket nk pujuk2 ni..aku xda kepakaran.adoi!

 

Agak2 apa peratus aku nk bw adik2 ni g iftor?OK let set the target..

Iftor – 2 ahli usrah akan dtg

Daurah – seorang ahli usrah + 2 ahli umum akn hdir..

(mana nk cari ahli umum ni..perlu berusaha)

 

UMKL

0710pm

matlab oo matlab..


hari ini..
awanis kata pn S nak jumpa dengan result matlab yg kami buat..

pegi kelas pagi ni..da start berdebar..(sbb aku minum indocafe pg td)
habis klas jam 12tghr..masih berdebar..
kami decide xjumpa pn S..sbb apa pun kami xbuat lagi..

akhirnya,
kami menghabiskan petang di lab..
aku main ngn matlab 5.3..xleh run som toolbox..
kat D1.5 aku try run somtoolbox guna matlab 7.7 kt situ..eh eh bleh pulak..

aku turun lab dg4,
aku buang matlab 5.3..
install matlab 7.7..
X MAU??ah ni mmg parah..
SEKARANG..pc aku dah xda matlab langsung..
apa nak kata??
aku pon da tensi mengadap pc..mata dah stress..
i need a rest..myb..

bioinformatic Department,
UMKL
3.08pm