Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

24 January 2009

TAG itu apa??

aku di tag kah??sbb nmpk nama aku dlm list tag awanis..
tp..xpe bukan aku kut..mesti ada kawan2 die yg lain nama sarah..
hehe..

20 January 2009

hati kotor..

pagi ni aku kuliah..
prof khair yg ajar..tp ada sesuatu yg pelik yg jadi..aku tgk layar putih yg terpancar lecture hari ni.. tp aku xnmpk apa2..aku cuba fokus..utk bebrp ketika nampak ada line2 hitam..tapi kemudian hilang semula..(opp2 peminat jgn kaget..ini bukn cerita aku jd buta)
Aku ingtkan efek dr tdo pukul 5pg semalam..jd aku xleh fokus dlm kelas..tp bukan sbb itu..ada sesuatu da kaco pikiran aku pg ni..its about today and not about yesterday..sampai aku tgk slide prof khair pun bergenang air mata..logik ke??mana ada org blaja smpai 'touch' cmtu skali..hurm~
Yes!!its about hati..
Aku rasa hati aku skrg dah di tahap kritikal..lately, aku cepat panas hati, cepat bersangka buruk.. cepat putus asa..&mlakukan sgala sifat mazmumah yg lain..  
Sampaikan aku rasa nak pindah jauh dr PJ..
"Sarah..dugaan dan cabaran buat kita matang..tarbiyah Allah untuk hambanya pelbagai..jgn sbb masalah kamu lari..sbb masalah itu akan trus mengekori..masalah utk dihadapi bukan dielak.."

Am I lost from your love oh Allah?

~already miss my h0me..my mum..my dad..and my bEloved family..

bioinformatics department..
1.06pm

PRK kali ini..

pagi td hati masih memberat untuk menjadi PACA pilihanraya di kolej 12th..Mungkin hati belum mantap..dan penghayatan pd PRK amat lemah..
percayalah..kerjaya PACA sungguh membosankan!!haha..melangut memandang peti untuk 2jam..(nasib 2jam aje)
Malam tadi..selepas berbuka..aku pun survey2 sapa nak ikut aku gi DTC..aku nk lobi bnyk pun payah gak kan..sbb nnti aku masuk DTC,diorg kene tunggu kt luar sian gak..maka,aku pun melangkah dengan yakin dan tekad yg bulat bersendirian.Jam 8.30 mlm aku menyusur jalan gelap sepanjang RPKJ dan Pasum utk ke DTC..Alhamdulillah,niat yg baik pasti Allah bantu.. :) 
di DTC, aku bertemu kak nik..rakan sebilik ketika di 9th dulu..lama xjumpa dia..kira undi pun sama dia tadi..banyak juga la yang ditemui..megat,khalil,anip,kak syifa,aiman..dan bbrp bdk 9th yg aku cam tp xtau nama..mcm reunion bdk balai 9th lak!!haha.. [hafizi pun ditemui]
erm..kiraan undi bergerak agak lambat..(mmg biasa cmni kut..tp aku jek yg xnah tau)..lwt jam 12 tgh mlm..pusat kebudayaan mnta kiraan semula..di ikuti dengan sains sosial..
tunggu lagi..hampir ke jam 1 pagi nampaknya..
Stlh bbrp kekecohan brlaku di dlm DTC dan demo di luar DTC..kira2 jam 315 pagi..pak rae pun mengumumkan..

8/9 calon umum di menangi PRO-M
HANYA 7 kerusi fakulti yg tdk dapat di gapai PRO-M
Menang Besar!!
Moga Allah mudahkan jalan antum..ameen..

huh!segalanya telah selesai..dan aku sedar..aku terlalu penat..jam 4.00 pagi..skali lagi aku menyusur lorong sunyi itu sendirian..[gila bahaya..xpa Allah ma'ani..]..terlalu banyak yg aku fikirkan..TERLALU..shingga kepala aku mahu bantal..terlalu berat..

~kpd K-UM,seandainya antum xmmpu menyediakan calon tahun hadapan..siapkanlah barisan pemuda untuk menjadi wakil calon..hantar seramai yg mungkin..kita sudah tidak banyak masa..perkemaskan lah barisan kita..

UMKL
4.45pg 

sepanjang pilihanraya..bicara gambar..

we unite for UM
Akhirnya..8/9 kerusi milik pro-M..takbir!!
menanti keputusan dengan debaran 
calonku..wakil fakulti sains - Norzilah..alhamdulillah menang!
kiraan peti undi FPP di meja DTC 1

18 January 2009

Daurah Tajdid Syakhsiah..

Alhamdulillah..masih dibukakan hati oleh Allah untuk melangkahkan kaki ke taman2 ilmu milikNya..Semoga terus dikekalkan oleh Allah hati2 kami dan dibukakan hati kawan2 kami untuk terus berada di lingkungan taman ilmu..Program kali ini..aku rasa mempunyai satu momentum yang berlainan..dan susunan yang terlalu cantik jika dihitungkan..dimulakan dengan tajmi’ iftor akhwat pada khamis..kemudian bertemu lagi dengan sahabat seperjuangan pada malam Jumaat untuk pengisian yang membentangkan tajuk Syahadatul Haq..Ye..pengisian yang mengingatkan tentang tugas kita apabila bergelar muslim..tindakan yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan diri kita terhadap hujah Allah di SANA kelak..(doakan diri ini kuat untuk melakukannya..bantu aku sahabat!)..Kemudian di sambung pula dengan daurah yang membawa ku hanyut dalam sejarah Islam..yang membesarkan hati mengenangkan empayar Islam suatu ketika dulu..ya!! 2/3 dunia milik kita..tapi menghampiri abad ke-19..saat sistem khilafah telah hancur..hati ini remuk rendam..kuatlah sang hati..itulah tugas mu..kamulah umat perantara itu..Islam akan pasti menang di tanah Quds..ya!itu janji Allah..samada kita sendiri mahu terlibat dengan kejayaan itu..atau sekadar mahu menjadi penonton bisu yang tidak menyumbang apa2..Apa pilihan kita??! Fikirlah wahai sang hati..dengan fitrah sihat..renungi sunatullah dan berfikirlah dengan kefahaman hati bukan kewarasan akal yg selalu memandang logik dan sering dipengaruhi dengan debu2 dunia..Akhirnya..kami ke COMPLETE..ya!! Palestin saudara kita..bantulah semampumu sahabat..bantulah dengan MENGUBAH..mengubah pemikiran manusia yang telah dijangkiti penyakit alwahn(cintakan dunia)..supaya kembali kepada sunnah!! Kita bukan muslim fantasi..yang tiada tujuan hidup..
AYUH..melangkahlah!!
YB Nurul Izzah @ COMPLETE
Stop killing! ISrael is not real
Menyingkap sejarah with brother Haq
Akhwat~

~saat hati masih bergolak dengan rasa..
Ya Allah tetapkan hati ini dengan keputusan yang telah di ambil..

UMKL
10pm