(Mujahadah ada nilai dimata tuhan)
Membaca blog – 1 jam / hari
Doakan aku berMUJAHADAH!!
(Mujahadah ada nilai dimata tuhan)
Membaca blog – 1 jam / hari
Doakan aku berMUJAHADAH!!
Alhamdulillah.. jam 4 pagi 31 januari 2009..berjaya juga menamatkan novel yang ku pinjam dari Awanis ini. Hehe..(sorry ye lama sangat pinjam..naik cuti aku pulang buku hang..) Buku yang menarik..menaikkan semangat untuk terus berusaha dan tidak mengenal putus asa.. tapi bab2 kahwin tu mungkin sedikit tidak menarik minatku..haha! Cerita anak singa ok..dan cerita musibah yang bertimpa itu juga sangat bagus..
“once u learn to quit, it becomes a habit”
Satu lagi untuk di teladani ..sikap pak kiyai lutfi dalam memegang amanah yang diberi kan oleh azam..
“Cincinku ini amanah bagiku nak, Aku bimbang nyawaku tidak sampai ke esok pagi sehingga aku tidak sempat melaksanakan amanahku”- sungguh amanah..hrmm..berapa banyak aku xsetelkan ‘hutang2’ aku. Tanggungjawab yang kita pegang tu amanah kan..sejauh mana agaknya aku dah melaksanakan amanah2 aku tu sebaiknya?.xdapat rasanya nak senaraikan..banyak sangat yang xsetel..erk.. terasa menyesakkan sedikit nafas ini..hurm
Belakangan ini, aku perasan yang aku dah selalu sangat berkawan dengan ‘putus asa’ – malas is a kind of putus asa rite? Huh! Sungguh merbahayakan..Agak2 mengapakah gejala ini begitu hebat menular di dalam diri dan jiwa aku?? sapa nak jawab?? ha..tengok semua xnak jawab..maka aku pun mula menyelak semula lipatan kenangan mungkin ada yang boleh menyingkapkan misteri di sebalik penyakit aku yang semakin menjadi habit ini..
Satu waktu dulu..aku pernah bersekolah di sebuah sekolah agama perempuan di Ipoh..Itu kira2 pusing semula ke belakang 5 tahun dari sekarang. Masa tu keadaan semua baik2 sahaja. Kawan yang baik2. Makanan yang baik2. Cikgu yang soleh/ah. Kuliah maghrib/dhuha/subuh/umum.. boleh kira setiap hari ada pengisian..kalau tak da kuliah ada usrah..pulak tu qiamullail tiap2 minggu hari khamis malam. Wah! Baik punya cycle kehidupan..
Aku pun mula berkira-kira..
5 tahun yang lepas.. dengan perkembangan pegajaran ilmu yang mampu mem’basah’kan jiwa ini..aku di kerah untuk berqiyamullal seminggu sekali..ya Alhamdulillah kerahan itu aku penuhi dengan rela hati. Ikhlas, tanpa berkeluh kesah..jujur tanpa buruk sangka dengan Allah..menghadap Dia dengan hati yang belum di’noda’ dengan warna dunia.
Hari ini..setelah 5 tahun berlalu..segala-galanya telah berubah..walaupun aku merasakan yang aku tidak sedikit pun berubah..hakikatnya ruh ku telah terjejas teruk(mungkin dlm istilah da masuk ICU sekarang).. Jika sekarang aku masih lagi qiyamulail sekali seminggu..adakah mampu aku bertahan dalam kehidupan yang lebih mendesak dan tarbiyah yang makin terhad di dunia kini??
Biarkan iman berbicara dengan hati..
KG Gajah,Perak
4.30 am