Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 March 2009

kingmax

Minggu ni akan jadi sibuk lagi. Ala.. tiap minggu pun cakap yang sama kan :).. Betul la kan.. memang amanah tu lebih banyak dari masa yang kita ada.. So, buat apa perlu mengeluh.. (Sarah!!Jangan mengeluh!!fighting!!)Enjoy doing your work.. you will have the greatest happiness then~ MAri mencoba bersama-sama..

Sekejap je terpisah dengan encik KINGMAX..tapi terasa pengaruhnya sungguh besar dalam hidupku!



encik KINGMAX..jumpa Isnin ni ye?Saya xdapat contact sesiapa di Bioinfo itu.. bersabarlah dengan perpisahan nan sebentar.

ahha~ apakah terjadi pada aku nih?

12.20pm 
21 Mac 2009


 

20 March 2009

bijak 2

Hari ni usrah. Kakak itu menceritakan kisahnya yang clumsy hari ni, sehingga telah memecahkan tangkai t0ol yang digunakan untuk proses menampal gigi pesakit (di maklumkan kakak yang dimaksudkan adalah student pergigian)..disebabkan kecuaiannya, dan rasa over confident leh handle patient tanpa partner.. akhirnya dia terpaksa membayar harga gelung kaca t0ol yang telah pecah itu.. mungkin separuh harga jika merayu.. mungkin.. 

"Sarah, jangan jadi macam akak hari ni" pesan beliau. Aku xpasti kenapa la beliau memesan kepada ku seorang tanpa menujukan kepada Samiha di belakang itu. Oh! mungkin kami banyak mempunyai perangai yang berhampiran.. maka beliau memesan kepada aku sendiri.

Kelas Perl. 20 Mac. 3pm. D.1.5
Masuk lab dengan steady, tanpa buka beg (jangan tiru aksi ini!masuk lab buka beg la kawan!Rule!) Amik baik punya port.. untuk tengok lecturer dan slide di hadapan. Ya! Sebagai student bioinfo, pendrive adalah perkara termustahak.. kerana nota yang kami bawa semua berbentuk elektronik. Pendrive dihujung fon kucucuk ke USB port di CPU. Baru boleh belajar dengan selesanya. 
"Akak, berapa team 12th nak hantar untuk bola jaring?" - satu mesej masuk.
Oh!aku teringat ada perkara yang aku xsetelkan lagi. Di sebabkan terlalu kerap perlu menggunakan fon, maka aku dengan bijak, menanggalkan pendrive dari fon. Macam ni baru mudah nak ber'mesej'

xsangka, kejap pulak klas hari ni.. sejam sahaja. Eh, tengahari tadi xmakan tengahari. Perut dah bergendang hebat. Otak cuma boleh menerbitkan view kedai azzam tomyam kat 12th.
Aku dah xberpikir apa. Close sumer window kat monitor tu, simpan kedua-dua henset kedalam beg dan terus mendapatkan apa yang dicita-cita kan..

Menunggu makanan di 12th + berborak sambil menunggu makanan siap pastinya memakan masa. kan? ya.. tapi masih steady.. makan punya pasal. (Astaghfirullah..)

Sesampai di bilik,
terus on PC dan melayari kosmo.com..setelah belek2 berita..baru ada rasa nak buat assignment..memandangkan telah ber'folder'2 assignment memenuhi KINGMAX ku itu. 
Nokia 3310 ku capai.. (tempat rasmi, menggantung KINGMAX).. 

OH NO! 

jantung berdebar kencang, sambil otak giat memutar masa dan ingatan..

Lab D.1.5!!

no kak nurul..
msj awanis minta no kak nurul..
call ain.. 3kali da aku call.. no answer.. 
msj awanis masuk.. dpt no kak nurul..
call kak nurul.. voicemail..
call ira, nak mintak no tuto.. x di layan..

Ah apa lah nasib~
now i know, napela kak shira pesan kat aku je..aku mmg clumsy.. mungkin lebih teruk dari dia.

Akak, 
nampaknya saya dah jadi macam akak juga!
~moga sy dapat menghubungi en fizi~
~dalam ke'sedak'an ini, aku teringat pesan Nabi s.a.w pada Abu Bakar ketika mereka bersembunyi dari Quraisy di Gua Thur..
"Wahai Abu Bakar, kamu sangka kita berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga"
~xpe, aku xbersendiri tika ujian ini

Bertenanglah hai hati..rasional sikit dalam bertindak..assignment leh mntk member. thesis? ada kat pC kan.. 

6.30pm
12th rc.

17 March 2009

seerah : perang jamal

Seorang adik PASUM datang,
"Kak Sarah, esok cerita pasal Perang Jamal"
Erk?Alahai, perang-perang ni aku failed!Tahulah perang ni antara Ali dan Aisyah. Tapi jalan ceritanya da kejap ada kejap hilang dalam kotak pikir.
"Erm..akak try search dulu, kalau jumpa akak cerita"

Maka, g0ogle kesayangan menjadi rujukan . Beberapa riwayat tentang kisah ini berjaya di temui,
Perang ini berlaku pada zaman khalifan keempat Islam iaitu Ali b Abi Talib. Terdapat beberapa versi yang menceritakan tentang perang ini. 

kisah2 itu ialah :~
1. perperangan diantara golongan yang menyokong Ali dan golongan yang menyokong Aisyah r.a termasuk zubair ra, thalhah ra dan muawiyah. Pertembungan ini membawa penumbahan darah beribu umat Islam pada zaman itu. Di sebut sebagai perang jamal kerana, Saidatina Aisyah ketika perang itu duduk di atas unta(jamal)nya.

2. Peperangan itu disebabkan golongan munafiq yang membunuh Saidina Uthman. Golongan ini sengaja memporak-perandakan kesatuan Islam. Ketika golongan Saidatina Aisyah ra dalam perjalanan ke Basrah untuk menuntut Ali supaya menyegerakan qisas keatas pembunuh Uthman, Saidina Ali akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu dengan Saidatina Aisyah dan bersetuju untuk menyegerakan qisas. Namun, gol munafiq yang terdapat diantara kedua-dua gol ini mula merasa cemas, dan merekalah yang dulu melancarkan serangan ke atas pihak Aisyah. Pihak Aisyah menyangka serangan itu dari pihak Ali, maka berlakulah pertempuran yang menjadi fitnah yang besar dalam sejarah kesatuan umat ISlam. Hanya kerana salah faham.

3. Kisahnya sama seperti yang kedua, tetapi gol munafiq itu diceritakan namanya, iaitu Abdullah b Saba'. Diceritakan, Abdullah ini dipercayai adalah dari orang Yahudi yang menyamar menjadi muslim untuk merosakkan kesatuan Islam.

Dan paling latest, apabila menganalisa siapakah Abdullah b Saba'..ada pula artikel, yang meragui kewujudan Abdullah b Saba' ini.hurm~ confusi0n membelit.

oh!Saya confius..jom!amik master sejarah Islam!huhu~ 

16 March 2009

sijil

hurm~ agak2 kemana sijil2 itu menghilang..
...............................................................................
2 minggu yang lepas, aku telah menghantar tambah tolak 100 kepingan sijil kosong ke pejabat kolej. Dah masukkan folder s0ftcopy program lagi dlm PC kak farah. Tapi, dia sibuk sangat agaknya time tu.semua benda aku yang buat. LEtak folder, letak sijil.. (die xperasan ke aku letak sijil atas meja dia??)
...............................................................................
minggu lepas aku follow up, 
"kak farah, sijil dah siap?"(bunyi cm kerek gile je tnye)
"Blom, drum printer xtukar lagi"
"agak2 bile bleh sy dtg lagi?"
"dtg esok"
Di sebabkan kesibukan melampau las week, aku xsempat jumpa kak farah lepas perbualan itu.
...............................................................................
hari ni..menghampiri 5 petang,
aku melangkah lagi ke pejabat..
"kak farah, printer dah boleh guna?"
"dah boleh dah"
"bolehlah saya nak print sijil"(walau pun asal harapan suruh kak farah yang print kan..tapi die cm xperasan je hint aku..hurm~)
"boleh"
"oke sy datang esok atau lusa..sijil dah ada kat sini kan?"
"eh, mana ada sijil awak..kat sini ada sijil tiong hwa aje" 
ha..sudah..ni yang xsronok aku dengar ni.. 100 keping +- tu ingat senang nak dapat semula..oh!
apakah semua ini salah aku?Atau ini semua rantaian takdir untuk orang yang careless cam aku? Careless kah?aku da confirm hantar pejabat ape?skarang sapa careless..
Dah ujung2 sem ni..mmg karut la kejadian begini kan..dengan thesis yang hampas klapa sawit..dan perlu present next week ye.kemudian, sijil ini membuat masalah pula. oh!apakah?!
maaf, melampias pada kamu pula!

~sekian~luah rasa hari ini.
5.45pm
12th rc
 

13 March 2009

hari baru..

pada angin yang berhembus lembut..

pada hujan yang membawa bau alam..

dan pada hari baru yang membawa cahaya..

aku sedar,

hidup sentiasa membawa harapan baru buat kita :)

7.20am
masih disini,
12th rc