Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

17 March 2009

seerah : perang jamal

Seorang adik PASUM datang,
"Kak Sarah, esok cerita pasal Perang Jamal"
Erk?Alahai, perang-perang ni aku failed!Tahulah perang ni antara Ali dan Aisyah. Tapi jalan ceritanya da kejap ada kejap hilang dalam kotak pikir.
"Erm..akak try search dulu, kalau jumpa akak cerita"

Maka, g0ogle kesayangan menjadi rujukan . Beberapa riwayat tentang kisah ini berjaya di temui,
Perang ini berlaku pada zaman khalifan keempat Islam iaitu Ali b Abi Talib. Terdapat beberapa versi yang menceritakan tentang perang ini. 

kisah2 itu ialah :~
1. perperangan diantara golongan yang menyokong Ali dan golongan yang menyokong Aisyah r.a termasuk zubair ra, thalhah ra dan muawiyah. Pertembungan ini membawa penumbahan darah beribu umat Islam pada zaman itu. Di sebut sebagai perang jamal kerana, Saidatina Aisyah ketika perang itu duduk di atas unta(jamal)nya.

2. Peperangan itu disebabkan golongan munafiq yang membunuh Saidina Uthman. Golongan ini sengaja memporak-perandakan kesatuan Islam. Ketika golongan Saidatina Aisyah ra dalam perjalanan ke Basrah untuk menuntut Ali supaya menyegerakan qisas keatas pembunuh Uthman, Saidina Ali akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu dengan Saidatina Aisyah dan bersetuju untuk menyegerakan qisas. Namun, gol munafiq yang terdapat diantara kedua-dua gol ini mula merasa cemas, dan merekalah yang dulu melancarkan serangan ke atas pihak Aisyah. Pihak Aisyah menyangka serangan itu dari pihak Ali, maka berlakulah pertempuran yang menjadi fitnah yang besar dalam sejarah kesatuan umat ISlam. Hanya kerana salah faham.

3. Kisahnya sama seperti yang kedua, tetapi gol munafiq itu diceritakan namanya, iaitu Abdullah b Saba'. Diceritakan, Abdullah ini dipercayai adalah dari orang Yahudi yang menyamar menjadi muslim untuk merosakkan kesatuan Islam.

Dan paling latest, apabila menganalisa siapakah Abdullah b Saba'..ada pula artikel, yang meragui kewujudan Abdullah b Saba' ini.hurm~ confusi0n membelit.

oh!Saya confius..jom!amik master sejarah Islam!huhu~ 

No comments: