Akhir-akhir ini, Kolej 12th sering di bayangi dengan kes-kes kecurian.. lebih mengagumkan, kes-kes ini berlaku berturutan.. bleh di katakan, hampir setiap hari ada sahaja kes kehilangan di perkatakan.. tidak handset, laptop. (demanding sungguh ini pencuri)
Kes ini, membawa kepada perbualan hangat aku dengan kak Ila.. Kebetulan, kawan Kak Ila juga menjadi mangsa kehilangan laptop dan henset. Maka, Kak Ila yang ala-ala detektif conan, merancang strategi 'sepatutnya' untuk meng'kantoi'kan kegiatan penjenayah, malang hanya kerana kak Ila tahu lambat kes tersebut, dan kawannya pun telah lebih awal mem'block' nombor celcomnya.. kes menemui jln buntu.. meskipun terdapat suspek yang dipercayai.. namun bukti tidak jelas menutup kan cerita sampai di situ..
PAgi ni, berjumpa lagi dengan kak ILa..(update penyiasatan die yg penuh bersemangat dan mencabar.huhu!).. menurut beliau, penjenayah telah pun dikenal pasti.. dan di percayai terdapat lebih dari 10 laptop nset di biliknya.. (what??nak buat apa laptop bebanyak)..
nak diceritakan, salah seorang dari mangsa kecurian telah melakuan step yang kak Ila teringin nak buat.. ya! beliau(mangsa curi yg hilang henset) yang begitu bijak telah ke celcom centre dan minta celcom bagi last call yang di buat oleh nombor beliau.. maka dari nombor terakhir itu.. segalanya terbongkor.. syabas!!
~terkenang zaman dulu2 baca penyiasat remaja + detektif conan.. (cuma kes ni xberat sgt la kan.. mcm b0th komik)
ok la sekian dulu utk post hri ni.Mau siap ke kelas.
9.15 am
12th rc