Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 June 2026

Hilang dan pergi

Alhamdulillah untuk kesempatan masuk ke tahun baru lagi. Sudah sejauh ini. Izinkan hambaMu ini bersyukur untuk kesempatan hidup sejauh umur ini. Meski esok atau apakah Ramadhan atau Muharam tahun depan masih ada umur untuk bertemu lagi. Sejauh ini juga udah bersyukur banget. 

Subhanallah, masyaAllah, Allahuakbar,

Tentang Kematian dan Kehilangan

Betapa banyak berita kematian yang singgah sejak post terakhir itu. Antara berita itu, ada 2 yang benar-benar mengesan dihati.

28 Mei 2026 (Khamis - Raya Haji kedua)

Dengan perasaan yang berat sekali, seorang sahabat yang disayangi akhirnya dijemput pulang. Berat sekali. Tetapi melihat betapa susahnya dia nak bernafas rasanya lebih berat dan menyakitkan. Betapa hidup membawa kita sejauh ini. Mencipta kenangan bersama dalam marah, jenaka dan air mata. Dalam perit melangkah menuju ke puncak gunung, diantara permatang dan lembah. Perbualan-perbualan kecil di dalam kereta, keputusan-keputusan dalam menjayakan program-program volunteer. 

Ah terlalu banyak. ini berat ya Allah. 

Dalam banyak waktu, aku memilih untuk menjalani kehidupan dengan terus memandang kedepan. Tetapi kadang-kadang, dia tetap datang lewat kesendirian dan kesunyian. Allahu. 

Rindu, ternyata berat. Lebih berat lagi jika bukan jarak yang memisahkan. 

Semoga syurga buat sahabat kembarku, Norhamidah Haron setelah seluruh kesakitan yang ditanggung selama ini. Nanti kita berteman lagi di syurga, jika tak kau lihat aku disana, cari lah aku dan tariklah aku menjadi temanmu lagi di syurga. 

Alfatihah. 

Sept 2019 - Saja letak gambar masa Mid sihat dan ceria
Seminggu berlalu.

6 Jun 2026 (Sabtu)

Mak long pun pergi meninggalkan dunia yang sebentar ini. Mak long pergi di umur 84 tahun. Sebelum maklong pergi, maklong sempat bersilaturahim dengan sepupu2nya yang sudah puluhan tahun tidak berjumpa. Maklong jugak mencapai impiannya untuk meninggal di rumah dan tidak dihospital.

Sehari sebelum meninggal, dah heboh di group wasap, mak long tak sihat. Walaupun tak sedap hati, aku terus juga kerja (malam). Mak sempat balik ke kampung (balik hari) pada Jumaat itu. Mak pesan untuk melawat maklong. Aku menanam niat untuk melawat di hari Ahad. Sebab niat di hati nak ke tahlil Mid Sabtu malam. Ternyata takdir berkata lain.

Yang berat itu bila dikenang, mak long selalu tanya mak bila mak balik kampung.

"Sarah tak balik ke? Lama dia tak balik kampung"

Sept, 2025 - Raya hari tu tak tangkap gambar maklong. 

Aku pun tak taulah aku yang jarang balik atau aku yang dah tak lagi berbual dengannya bila balik kampung. Allahu. 

Sebenarnya Allah merahsiakan kematian itu supaya kita dapat menikmati alur perjalanan hidup ini. Takkan mampu untuk kita merasakan gembira dan bahagia kalau kita tahu tarikh kematian kita. Kan?

Dulu aku pernah tanya Kak Uji yang kehilangan kakaknya akibat serangan jantung. 

"Akak, apa rasanya bila teringatkan kakak?"
"Entahlah Sarah, sampai sekarang macam tak boleh nak fikir yang dia dah meninggal. Hanya fikir dia dah takda. Macam hilang dan kita tak jumpa dia lagi." jawapan kak Ujie sama dengan mak masa aku tanya perasaan dia bila dia kehilangan adiknya kerana leukimia. 

Penghujung mereka sudah jelas, tamat sudah seluruh rezeki dan bahagian mereka di dunia. Menuju ke destinasi tujuan manusia yang sesungguhnya. Pemergian mereka, adalah tazkirah dan muhasabah untuk kita yang masih tertinggal. Masih diberi peluang dan ruang untuk memperelokkan amal dan memperbanyak bekalan.

Al Fatihah untuk seluruh keluarga dan sahabat yang telah berpulang. 

No comments: