Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 March 2009

~freEze~

ya!saya baru mendapat berita...
berita yang agak2 dah basi (kut) mengenai Dr Izu saujana. 

erm.. 
ia terlalu meng'ejut'kan ruang minda..SGT tidak percaya.. sgt.. sgt..
Dr Izwan, itu bukan kamu kan..saya harap ia bukan..

ya!! beliau sedang diuji..
bertabahlah.. moga pangkalnya akan di temui semula..

~i wonder,
apa agaknya pula ujian yang akan aku tempuh di masa mendatang..
..moga aku kuat dan sabar menghadapi segalanya..

27 March 2009

Kes kecurian

Akhir-akhir ini, Kolej 12th sering di bayangi dengan kes-kes kecurian.. lebih mengagumkan, kes-kes ini berlaku berturutan.. bleh di katakan, hampir setiap hari ada sahaja kes  kehilangan di perkatakan.. tidak handset, laptop. (demanding sungguh ini pencuri)

Kes ini, membawa kepada perbualan hangat aku dengan kak Ila.. Kebetulan, kawan Kak Ila juga menjadi mangsa kehilangan laptop dan henset. Maka, Kak Ila yang ala-ala detektif conan, merancang strategi 'sepatutnya' untuk meng'kantoi'kan kegiatan penjenayah, malang hanya kerana kak Ila tahu lambat kes tersebut, dan kawannya pun telah lebih awal mem'block' nombor celcomnya.. kes menemui jln buntu.. meskipun terdapat suspek yang dipercayai.. namun bukti tidak jelas menutup kan cerita sampai di situ..

PAgi ni, berjumpa lagi dengan kak ILa..(update penyiasatan die yg penuh bersemangat dan mencabar.huhu!).. menurut beliau, penjenayah telah pun dikenal pasti.. dan di percayai terdapat lebih dari 10 laptop nset di biliknya.. (what??nak buat apa laptop bebanyak).. 

nak diceritakan, salah seorang dari mangsa kecurian telah melakuan step yang kak Ila teringin nak buat.. ya! beliau(mangsa curi yg hilang henset) yang begitu bijak telah ke celcom centre dan minta celcom bagi last call yang di buat oleh nombor beliau.. maka dari nombor terakhir itu.. segalanya terbongkor.. syabas!! 

~terkenang zaman dulu2 baca penyiasat remaja + detektif conan.. (cuma kes ni xberat sgt la kan.. mcm b0th komik) 

ok la sekian dulu utk post hri ni.Mau siap ke kelas.

9.15 am
12th rc

25 March 2009

(*_*)


Ya..hari ni saya perlu present..
project presentation..
cuak?
hurm~
jika tidak cuak pasti tidak normal
~sekian~
**moga segalanya berjalan lancar..
doakan..

21 March 2009

Netball

Sungguh lama xbersukan, tadi petang Balai Islam second buat Hari Keluarga Balai UM, tapi xramai lak yang participate..mungkin kekangan masing2..hasrat asal memang tak nak hantar wakil sebenarnya..tapi, kita kena pk jauh, orang dah menjemputkan.. xbaik di abaikan..jemputan kene penuhi..xgitu?Adab bersaudara tu!!Ditambahkan dengan semangat berkobar-kobar Sapinah nak join bola jaring ni, maka ku gagahi hati untuk membawa adik2 tersayang pegi beriadah..

Ok ni antara gambar2 yang berjaya di'snap'


GS - awanis dengan penuh gaya cuba menjaringkan gol

GS keletihan di situ

GK kita cik Nad :) ~hebat la nad!Tahun depan join SUKMUM la.

Sapinah - center ; beraksi lincah

Game ke-2, Nad bertukar ke posisi GD 
(game pertama jadi GK sebab dia datang naik basikal, penat berkayuh katanya.. =P)

Ya! Inilah team JKP Balai Islam 12th
(Fiza,Pin,Anis,Wana,Hajar,Nad,Raja,Raihan)

Yang penting ~ c0ach terHANGAT..kak Ila..(coachkah??!huhu)

Kenangan terindah ~21Mac09

Aku tersedar mengadap dunia~w0w!dekat setahun dah aku xpegang bola.Last pegang waktu usrah tahun lepas, main kat c0urt 12th..haha~

10pm 
12th Rc

kingmax

Minggu ni akan jadi sibuk lagi. Ala.. tiap minggu pun cakap yang sama kan :).. Betul la kan.. memang amanah tu lebih banyak dari masa yang kita ada.. So, buat apa perlu mengeluh.. (Sarah!!Jangan mengeluh!!fighting!!)Enjoy doing your work.. you will have the greatest happiness then~ MAri mencoba bersama-sama..

Sekejap je terpisah dengan encik KINGMAX..tapi terasa pengaruhnya sungguh besar dalam hidupku!



encik KINGMAX..jumpa Isnin ni ye?Saya xdapat contact sesiapa di Bioinfo itu.. bersabarlah dengan perpisahan nan sebentar.

ahha~ apakah terjadi pada aku nih?

12.20pm 
21 Mac 2009