Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 April 2009

satu renungan bersama

salam.

kita telah sampai pada satu zaman,masyarakatnya telah rosak ke akar umbi.kitalah itu..buih dilaut.banyaknya tidak berfungsi..

Bahana Nafsu
SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. 

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. -Berita Harian,Ahad,19 April 2009


Takut Mati di gereja

Seorang lagi pesakit HIV, Mashud Jamil, 35, (bukan nama sebenar), berkata, dianggarkan beribu-ribu pesakit HIV muslim bakal kehilangan pedoman jika mereka tidak dikeluarkan segera dari rumah perlindungan Katolik berkenaan.

"Rumah perlindungan Katolik berkenaan sangat prihatin dengan nasib pesakit HIV yang tiada keluarga dan merempat di kaki lima dengan menyediakan rumah perlindungan, makan minum dan ubat-ubatan.

"Namun, apa yang menimbulkan rasa kurang selesa bagi pesakit muslim ialah tiada pengisian agama dan kami tidak bebas untuk melakukan ibadah seperti bersolat dan mengaji," katanya yang pernah tinggal di rumah perlindungan Katolik di Melaka beberapa tahun lalu.

Jelas Mashud, kebanyakan rumah perlindungan ini tidak memaksa mereka untuk menukar agama tetapi jika pesakit dalam keadaan nazak, pihak pengurusan akan berdampingan dengan pesakit sehingga akhir hayatnya.

Bagi Mashud, itu adalah fasa yang menggerunkan kerana walau seteruk mana pun perjalanan hidupnya, dia masih mahu mati sebagai seorang Islam.-KOSMO,Ahad,19 April 2009

Berat tak amanah menjadi muslim diakhir zaman?Adakah kita mahu lepas tangan?Adakah kita mahu mengambilnya sebagai beban..atau amanah kerna rasa kasihnya terhadap Baginda..

Kitalah pewaris yang tinggal untuk meneruskan segala yang telah bermula..

8.20am

18 April 2009

kasih_sayang

bismillahirrahmanirrahim..

Al-Insan
[2]sungguh,Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikannya mendengar dan melihat.
[3]sunguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.

salam semuanya,
disini mahu aku titipkan satu renungan tentang RAHIM.Rahim jika didalam ayat basmallah membawa erti penyayang..kasihnya Allah meminjamkan kata rahim ini untuk hambaNya...bilamana rahim juga digunapakai dalam perkataan silaturrahim..rahim adalah hubungan kerabat yang saling bertaut umpama akar2 pokok yang saling bertatutan.. rahim juga merupakan suatu kesan dari rahmat Allah..oleh itu, orang yang memutuskan silaturrahim sebenarnya memutuskan dan menghalang dirinya dari rahmat Allah..kita sedia maklum.. silaturrahim adalah sesuatu yang dititik beratkan di dalam Islam..dimana didalam sebuah hadis ada menyebut..

Diriwayatkan dari 'Amr bin al-'Ash r.a beliau berkata: "saya telah mendengar nabi s.a.w dengan jelas,bukan secara rahsia bersabda "sesungguhnya keluarga abufulan bukanlah penolong dan kekasihku. Sesungguhnya penolong dan kekasihku ialah Allah dan orang beriman yang solih. Tetapi keluarga abufulan itu mempunyai hubungan rahim denganku, yang aku hubungkan dengan cara baik." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


abufulan yang dimaksudkan adalah abu Thalib..dimana abu Thalib tidak memeluk Islam, maka beliau bukanlah penolong dan kekasih nabi,tetapi beliau tetap kerabat nabi yang nabi layan secara baik. Betapa hebatnya hubungan rahim ini,sampaikan berlainan agama dan bangsa sekali tetap dilayan dengan baik kerana adanya hubungan kerabat ini. Maka, apakah rasionalnya jika kita yang sekadar berstatus umat dan hamba ini cuba2 bertelingkah hingga memutuskan silaturrahim yang ada.

Buat yang menyimpan ego..tidak mahu mengalah..renungilah hadis ini,

Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash a.anhuma daripada nabi s.a.w Baginda telah bersabda; "Penyambung silaturrahim bukanlah orang yang membalas layanan saudaranya. Tetapi penyambung silaturrahim ialah orang yang apabila hubungannya diputuskan, dia akan menyambungnya" Riwayat Ahmad,Bukhari,Abu Daud,Tirmizi dan an-Nasaie 

hidup ini cukup singkat untuk kita membenci..hidup ini cukup singkat untuk kita bertikam lidah..yang kita sering lupa,hakikatnya kita ini hamba yang akan pulang ke destinasi abadi. Usah disimpan rajuk yang panjang takut2 Allah tulikan telinga dan mata kita dari melihat kebenaran..

Muhammad [22&23]
Jika kamu memegang kuasa pemerintahan,maka dibimbangi kamu akan melakukan kerosakan di bumi (dengan melakukan maksiat) dan memutuskan silaturrahim antara kamu.Mareka itulah orang2 yang dilaknat oleh Allah, lalu Allah menulikan telinga mereka (sehingga tidak mendengar kebenaran) dan membutakan mata mereka (sehingga tidak nampak kebenaran)

bila terjadi..maka putuslah rahmat Allah ke atas kita..apa lagi yang kita ada jika rahmat yang Allah berikan ditarik semula?Nau'zubillahiminzalik..moh0n dijauhkan..

Astaghfirullah, ayuh sedutlah sehela nafas,sedut sedalmnya..dan hembus biar hilang segala resah dan dendam..leraikan dosa silam..mulakan hidup yang baru..umat Islam kan bersaudara..
Sekian~moh0n dilanjutkan kepada sahabat2 yang tidak disini..

Al-Insaan:29
Sungguh.Ayat2 ini adalah peringatan.Maka barangsiapa mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju tuhanNya

Sadaqallahulazim..cukup untuk kali ini InsyaAllah bertemu lagi dilainnya..

10.25pm
12th Rc

17 April 2009

yeah~its d0ne.

hurm.
bismilahirrahmanirrahim.
thesis period is finished!phew~lepas satu lelah..
disebabkn mlm semalam aku ada masalah dengan PC,maka let the story begin.

Semalam adalah hari yg sibuk.(sibukke?agakla..)sbb nk hntr thesis..tp thesis xsiap lagi, tapi tetap kena cari PA untuk dapatkn sign buku rekod..ye..bekejar ke fak sains, hanya untuk membawa pulang hampa bersama..PA xda, ada hal kat rumah kawan dia. Thats it,

jam 1145 dpt msj dari Sarah.
"Sarah awak kena datang sini, prof MZ(PA) ckp die xda kat um.Tapi akan singgah 8th"
aku like..'what?8th tu jauh tau..aduhai..'
nak xnak aku pun turun mencari teksi/bas yang xkelihatan..
selang beberapa minit tunggu bas,sarah call..
"Sarah,awak xpayah datang sini prof akan datang 12th"
kali ini aku shock lak.prof nk dtg 12th?semata-mata nak sign buku rekod aku?wah~terharunye..hu2..
xlama pastu sbuah mercedez masuk ke pekarangan 12th.dan aku pun macam peminat fanatik gi mnta otograf kat prof.ye,die nmpk rushing dan penat (susah jd org bsr kan..tp kt situlah lahirnya rasa puas..)

petang,aku hantar thesis.lepas je hantar thesis..baru aku terasa lapar.oh!xmakan tengahari lagi. da pukul 5 kut time tu.heh~
Maka sampai je kolej terus la meng'oder' tomyam dan nasi.xtertanggung lagi kehebatan rasa nak makan..nyum3..

sampai bilik..
"akak,nak makan?mai la sekali"sempat pelawa..takut da makan da xsedar orang sekeliling..
buka ikatan getah..dan OPSS!
emm..penah korang dengar komputer perisa tomyam?ye itu la yg terjadi..terlepas pegangan 
plastik tomyam..dan bersepai tomyam atas meja..menyimbahi komputer..dan yang penting KEYBOARD..eheh~
komputer pun mengeluarkn bunyi warning..aku tutup!

[ya..moral disini nampak x?bawa2 besabar,lapar tahap mana pun..jgn kalut ok!]

heh..dari nak cepat makan,hilang terus rasa lapar..satu persatu device aku lap..(hurm~lama sgt aku xmembersih pc kut..tu yg di takdirkan tumpah atas pc..hehe)basuh la sket2 ngan air..

dalam jam 9.15 semua aku da bersihkan..keybod pun..satu pesatu kekunci aku lap kan..betakung tomyam dalam keybod kene la cuci satu-satu kan..dah tu, bila aku on pc, ada satu bunyi pelik..seminit lepas tu pc padam.dua kali aku on dan ia padam sendiri..

lepas ketatkan something dalam CPU..aku on PC skali lagi..biasa PC aku tahan ber'jaga malam'..maka aku biarkan dia bersendiri..aku xtau apa yang penat..dan aku tertido level 4..deep sleep again..

pagi ni,aku tengok pc aku orait lagi..xpadam pun..

haha!ok itula sekian cerita merapu untuk anda2 yang bz study..buat regangan otak..

ok kawan2..study molEk!g0odluck exam..o0o..

7am.12th rc.

15 April 2009

~lost focuss..

I have problem with focusing..
(padanla spek tebalkan)
hurm..
esok da kena submit thesis tapi thesis aku ni xsiap2 lagi.
dapat la fokus buat dari jam 6.30 tadi kan.. sampai 8.30..
2jam..pastu?
blog walking again..
ARGHH!

sekian.
8.50am
12th Rc

13 April 2009

ehemm2

bahaya betul merayau-rayau di blog orang ni.
Tiba2 terjumpa buku ini pula.
Juga akan di pasarkan di KLIBF'09

fuh!
mana nak cari duit ni..
da 2 buku da takat ni menjadi idaman..
xcampur lagi buku2 yang perlu beli..

hurm~
sabar2..lagi seminggu..
siapkan assignment dan thesis dulu..

12th Rc 
7.00 am