Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

17 June 2009

keluhkah ini..

hati sedang bergalau gelisah..entahlah..mungkin dunia baru ini menyesakkan dadaku.. menyesakkan pikir ..menyesakkan rasa.. atau aku yang lemah beradaptasi.

aku rindu kesibukan berJKP..

aku rindu meeting Karisma..

aku rindu hidup yang lintang pukang..haha

aku rindu kelas

aku rindu suasana dulu

best lagi buat projek kolej / program Karisma dari deal with company.. serius.. erm~

yerp rindu terhadap sesuatu yang mustahil diperoleh lagi..*haih*

hati..sabar dan tabahlah.

*mau menawan Nuang.. namun strategi masih kelabu, nekad belum kukuh.
*mau mencari diri yang hilang..kambus bersama debu dosakah? adakah akan ku temui?
**awan,tag hang esok ek.m0od xstabil sedang berlangsung..

an update,
Ampang, Selangor

15 June 2009

Ucu dah balik

Sebenarnya, ada banyak benda dah pending..
aku kene siapkan memo baju hujan dan tunjuk sebab xhadir farouk.
letter head hyjet pon aku tak draft lagi..
repot LI..(woot?kene anta mggu ni kutt..)

lately, feel kurang masyuk la..mungkin hati da kerap sgt berlanggar dengan debu dunia. jiwa kacau. hitam da agaknye hati aku ni. lama sangat xgi membasuh.

hujung minggu ni ada xpdc panjat gunung. mcm menarik.tp jauh lak ke pahang, untuk aku yang kerja sampai sbtu cm gini..byk la kegiatan2 menarik terpaksa dilepaskan..haih.

hurm,
semalam pas kerja sempatla melarikan diri dari pekan ampang ni ha..mencari tenang di pantai murni..yea jumpa kak siti. pagi tadi kami adik-beradik memulakan tugas mulia.menziarah ucu yang baru balik umrah.

ucu cerita, waktu mendaki bukit nak ke gua hira' dia tak dapat panjat abis. dapat suku bukit je dipanjatnye.
"korang ni sementara muda, baik pegi sekarang.lagi-lagi tengah bujang camni. ajakla mak ngan ayah jadi mahram"
"sementara bujang ni senang..xbanyak komitmen lain"

kak siti da berkira-kira nak gi umrah 2013. aku nak join kak siti la. so, dari sekarang da kena start menabung la kan..

sejak akhir2 ni aku rasa hidup da makin kacau. mungkin kat sana ada tenang yang mampu membawa damai buat diri..kan?siapa tahu..

doakan.

1.12am
Ampang,Selangor

11 June 2009

Mari besyukur.

hurm.
hari ini aku mahu mengajak kalian bersyukur.

Alhamdulillah.

ok.mula nya begini,
semalam hari lahir pengurus pemasaran Tekad.Mohd Rizal Ahmad Mokhtar.umornya sudah 33tahun. Atas rasa syukur, beliau mengadakan sedikit 'makan-makan' untuk semua staf.

Alhamdulillah, dah 33tahun dapat dia bernafas di bumi ini.

dah lama xpost gambar, so here some pics..

ini makanan.

dan yang lain gambar kejadian..maafla aku snap dari satu sudut saja.malas bergerak.heh~



ok.itulah gambar2nya.

seterusnya, aku ingin katakan tentang yang ini sebenarnya.. setelah 1bulan lebih bekerja di pos mart ini.. aku baru me'merasan'i tentang.. staf yang bekerja disini rata2nya lebih muda dari aku.
umo 19,20,21tahun.. mungkin mereka ini golongan yang terus bekerja tanpa menyambung pelajaran mereka. aku tidak pula bertanya atas dasar apa mereka bekerja seawal itu.. mungkin kadar hidup kota yang tinggi.. mungkin tidak mendapat peluang belajar.. mungkin memang suka bekerja..

yang pasti,

tazkirah untuk aku hari ini : SYUKUR KERNA AKU BERPELUANG SAMBUNG BELAJAR..

Alhamdulillah ya Allah.. beri aku peluang melihat hidup dengan cara berbeza dan pemahaman yang pelbagai tentang manusia.

yuk kawan2!Alhamdulillah..

sekian,
Tekad@Ampang,Selangor

10 June 2009

jom promote!!

heh,bila anda xde keje..anda akan blog hopping..dan..nah, aku share sedutan artikel dari blog langgas.

Satu perkara yang aku boleh simpulkan sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita akhirnya hati yang paling dalam akan tetap merindukan yang azali. Akan tetap takut dan ingin kembali ke pangkal jalan. Akan tetap ada rasa mahu beragama dan bertuhan.

artikel buleh dibaca habis di Malek Noor Kembali ke Pangkal JAlan

ampang,selangor

09 June 2009

Sahabatku - devotees


Sahabatku - Devotees
Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesar berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku
Terus menanti saat yang manis
Akan berulang kembali
Sahabat

3.38pm
Ampang,Selangor