Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 August 2009

melangkahlah tanpa kalah.

Ada seorang rakan ini yang suaminya dihantar outstation kerana kerja. Dengarnya, akan pulang selepas 2 kali krismas.
makaih!!lamanya..
dengan tulus dikatakannya..
"aku xkisahlah kalau dia nak kahwin lain kat sana. itu keperluan. dari dia buat yang bukan2"

mudahnyalah dia berkata kan.. mudahnya orang berkata soal kahwin.. hurm~

************

ye diatas bukan topiknya..

bila kita rasa,
hidup ini sakit.. hidup ini teruk.. kadang rasa xadil..
kenapa kita kena buat perkara yang diluar kemampuan kita??kan..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. 2:286)

after all.
think it back. Hidup adalah sekolah tarbiyah. ujian dalam hidup, untuk Allah beri kita peluang.. cuba melonjakkan diri kita.. sejauh mana kita boleh melangkah.. sejauh mana kita mampu lakukan..

macam kita belajar berjalan.. berapa banyak kali jatuh pun.. kita bangun balik.. dan terus mencuba.. mungkin menangis untuk pertama kali terasa sakitnya jatuh.. tapi lama-kelamaan kita akan lali dan sakit itu tiada lagi..

macam kita tersesat di dalam hutan.. hari makin petang dan malam akan tiba.. sekalipun kita telah terlalu penat untuk melangkah.. tapi kita tidak boleh berhenti.. sebab kita tidak tahu gelap malam akan membawa kita kemana..

If Allah bring us into this.. He will help us through it.

kan??

*bersabar dan tabahlah.. Allah bersama kita.

1.35pm
Ofis.
Kelana Jaya

09 August 2009

teksi oh teksi

ye sekarang saya sudah pulang kepada kebisingan hiway NKVE ini. sakit telinga + kepalaku.. mana mau cari tenang pada penempatan yang bising seperti ini..? haih~

okeyh!
begini.. aku baru sampai di vista subang bersama sedikit ketidakpuasan hati. sesampai saja di Kelana Jaya Putra station.. aku cari pakcik teksi yang sudi bawakan aku ke vista subang.

"ok dik ikut pakcik ni. dia akan bawa adik ke vista subang"
"gi mana tadi?" haih pakcik ni bergaharu dan cendana pula di sini.. aku da cakap tadi kan
"vista subang"
"tujuh ringgit" makaih!!baru minggu lepas kut pasang meter dan aku naik rm5.20 je kut. haih pesen cemana lak meter dia ni.
"aik, hari tu saya naik lima ringgit je. xkan tujuh ringgit lak hari ni"
"meter sekarang dah naik dik. starting tiga ringgit"
"yer la saya tau la. minggu lepas saya naik tu da naik la meter.. rm5.20 aje"
pakcik tu dah malas nak layan aku dan malas nak bawa aku ke vista subang. maka pakcik yang mula2 sapa aku tadi ofer la..
"kalau 6 ringgit cmna dik?" aku ok kan ajela sbb before this pun biasa aku naik rm6.

Hakikatnya.. pakcik2 ini tidak pun menggunakan meter mereka yang baru itu. yang hanya dibiar tidak bernyala untuk mengaut keuntungan mungkin.

Nasihat aku pada pakcik2 teksi diluar sana... cukup2lah tu menipu.. kalian hanya menafikan hak pengguna.. jangan makan duit haram pakcik.. [tbe lak aku emo. ye la kena tipu kena la emo kan]

*sapa ada kenal mana2 MBPJ punya penguatkuasa? aku nak adukan hal ni. biar kena tarik lesen diorang..
**kak mash, lain kali saya mau lobi kamu biar hantar saya terus ke vista subang.
***bilalah aku nak ada kenderaan sendiri ni.. for certain times susah betul rely on public.

7.00pm
Vista subang
Kelana Jaya.

08 August 2009

Berakhirnya SAMPEL'09.

Tahun ni adalah tahun ketiga aku menjadi AJK program sambutan pelajar baru ini. Setiap tahun bawa pengalaman yang berasingan.

SAMPEL'07
waktu ni first time aku join program yang agak besar (tp thn ni xbsr sgt lg rsnya..) julung2 kalinya KPJ buat program.. menghimpunkan IPT sekitar PJ.. fuh! dan yang lebih membanggakan first time jugak aku kene jadi fasi. aku jd fasi? kelam kabut la jwbnye.. waktu ni aku 2nd year.. baru2 belajar bersosial. berkomunikasi.

SAMPEL'08
naik pangkat.. thn ni aku jd SU.. hehe.. SU yg kurang pengalaman tapi mau juga dapatkan pengalaman.. aku memang paling bersemangat time ni.. ada 2 kamera yg run that time.. than semua gmbr aku himpun.. dan simpan. meskipun ada cacat celanya.. tp aku enjoy menjalankannya..tahun ni peserta SAMPEL'07 dah jadi ajk..
'
SAMPEL'09
yes.. ini tahun, aku da habis belajar.. thn ni aku jd JK makanan.. meskipun kelam kabut sedikit, tetapi segalanya berjalan dengan baik.. dan aku jarang kasi komitmen yg tinggi dalam mana-mana program.. dan kali ini aku belajar.. sebab da jadi ketua kan. [thanks utk JK makanan yang banyak membantu.. antum memang TERBAIK.. kasik tabik toing.. toing sket.. hehe].. dan peserta SAMPEL'08 pula menjadi JK SAMPEL'09..

after all.. THANKS ALLAH kau permudahkan SAMPEL tahun ini. walaupun di peringkat awalnya dana sungguh menggusarkan.. tetapi Engkaulah Maha Merancang dan sungguh PerancanganMu itulah yang LEBIH baik..

*akhir2 ini aku kerap mengalami tekanan.. mungkin memikirkan Sampel+ stress dengan pencemaran bunyi yang kritikal di Vista Subang.. semuanya buat aku mudah marah dengan perbezaan pendapat.. tapi tengahari ini aku terkesan dengan ceramah Akh Shamsul..
"atas perbezaan pendapat yang kalian hadapi.. berlapang dadalah"
*aku rindu kehidupan seorang pelajar.. huhu~
*sungguh sentimental petang tadi sementara tuggu kak mash sampai.

8.36pm
1st College,
Universiti Malaya

06 August 2009

selamilah rasa ini

bayangkan begini:

kau ada suami.. dan suami kau dituduh pemberontak.. tuduhan yg tiada bukti dan tiada bicara.. lalu suami kau itu di tangkap polis.. di tahan bertahun-tahun.
anak kau ketika itu umurnya 8. sampai hari ini, setelah 8 tahun.. anak lelaki itu telah berumur 16.. dan suami kau masih di tahan. dia ditahan tanpa dibicarakan dan hanya dengan andaian pihak atasan yang suami kau mampu menggugat keamanan negara.
hari ini juga, kau bawa anak kau turun ber'demo'. mahu bagitahu rakyat yang ISA itu menindas hak rakyat. ISA itu memisahkan anak kamu dari bapanya.. dan bila kamu dan anak ditangkap. kamu didakwa pula menghasut anak turun berdemo.

apa kamu rasa??
pandanglah dunia. letakkanlah diri kita ditempat mereka. mereka cuma mahu adil seperti kita mahukan dunia yang lebih adil dan aman..

~Mansuhkan ISA..Islam ada segalanya untuk kita rujuk dan amal.. apa perlu lagi ISA yang menindas manusia..
~semoga Mak cik Laila bertabah hati menghadap hidup. dunia memang tidak adil. kerana adil itu diSANA nanti.

1.45pm
Kelana Jaya

03 August 2009

Its August already

gol asal : siapkan 2 website sebelum Julai berakhir.
result : satu website pun xberhasil lagi.

come on Sarah!! u need progress.. hidup perlu ada perancangaan.. now!! there is no time to extend your SP.. [resolusi KGN lagi]

*jeles tengok org gi demo. mungkin aku bukan yang terpilih. Tahniah untuk graduan mansuhkan ISA.. pahlawan dan wirawati.. moga usaha antum dalam pandanganNya.
*perlu kerja kuat.. baiki diri supaya esok turn aku dipilih tuhan.
*aku ada banyak mimpi. aku mau semua jadi realiti. go get it!!Aku tahu Allah mesti bantu hambanya yang berusaha..

Nepiege, KJ