kau ada suami.. dan suami kau dituduh pemberontak.. tuduhan yg tiada bukti dan tiada bicara.. lalu suami kau itu di tangkap polis.. di tahan bertahun-tahun.
anak kau ketika itu umurnya 8. sampai hari ini, setelah 8 tahun.. anak lelaki itu telah berumur 16.. dan suami kau masih di tahan. dia ditahan tanpa dibicarakan dan hanya dengan andaian pihak atasan yang suami kau mampu menggugat keamanan negara.
hari ini juga, kau bawa anak kau turun ber'demo'. mahu bagitahu rakyat yang ISA itu menindas hak rakyat. ISA itu memisahkan anak kamu dari bapanya.. dan bila kamu dan anak ditangkap. kamu didakwa pula menghasut anak turun berdemo.
apa kamu rasa??
pandanglah dunia. letakkanlah diri kita ditempat mereka. mereka cuma mahu adil seperti kita mahukan dunia yang lebih adil dan aman..
~Mansuhkan ISA..Islam ada segalanya untuk kita rujuk dan amal.. apa perlu lagi ISA yang menindas manusia..
~semoga Mak cik Laila bertabah hati menghadap hidup. dunia memang tidak adil. kerana adil itu diSANA nanti.
1.45pm
Kelana Jaya
No comments:
Post a Comment