Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 August 2009

apa kau rasa?

apa kau rasa..

bila..

kawan kau satu sekolah dulu..
sekarang freehair?
dan kau nampak dengan mata kau..
bukan sekadar kabar angin..

am i makin' sense?

respon korang?
+sukahati diala..dia da tau tp buat gak..dosa kt diala..
+tularr..aku tau gak..tp nk buat cemana.. pilihan masing2..
+doa senjata mukmin
+nasihatla..mungkin dia lupa..

(QS. 24:31)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

but then,
it still hurt me..

+dunia sementara kawan, SABARlah sedikit..
+pilihan dalam dunia ini hanya dua.. mau syurga di akhir hidup.. atau neraka destinasi kita..

4.25pm
KJ

16 August 2009

.terima kasih.thank you.syukran.

4.50pm
15 Ogos 2009
DTC UM

universiti malaya kebanggaan kita semua.
bertambah para ilmuan dipelbagai lapangan

kami bertekad di hati mencapai cita murni
tradisi kecemerlangan, menepati wawasan

disini kami sedia berbakti terus berinovasi
kami harapan generasi muka teras nusa dan bangsa.

varsiti kesayanganku sungguh banyak jasamu
membentuk insan mulia berilmu berbudaya

secara rasminya berAKHIR sudah pengajian ku di unversiti perdana UM tercinta..
ada rasa sedih membening pada hujung hati yang kalut.

ehemm ketika berlari-lari (terlewat gi BP-jam 1.50pm) ada sorang menegur mengatakan kami (aku dan kak CT) kembar.. erk??musykil aku, cemana la bleh kata kembar..

terima kasih yang memberi hadiah.. yang menghantar ucapan.. bagi yang tidak.. terima kasih juga, aku tau aku masih ada dalam doa kalian kan?? hihi..

untuk yang tidak berkesempatan berjumpa.. maaf.. hari sudah sore dan keluarga mau pulang saat itu..

thanks untuk bekas+bakal graduan yang hadir menceriakan hari aku..ehhe~

goodbye UM..jmpa lagi lain kali..

TAHNIAH SEMUA!!ini tapak kita untuk mula melangkah sendiri..

9.08pm
kelana jaya

14 August 2009

esok konvo

sepanjang aku belajar selama 3 tahun di UM. aku xpernah aim for 4 flat.. or getting dekan for certain sem (perhaps for the whole 6 sem) hurm..

sebab ape ye??
mungkin aku orangnye terlalu kurg kepercayaan trhadap kemampuan diri.
[orang cita2 kecil xbawa kemana.. maka, silalah bercita-cita besar]

tapi yang aku pasti..
ada satu je aim yang aku fokuskan sepanjang 3 thn itu.. aku nak.. aku grade within 3 years.. aku xnak extend.. by hook or by crook.. aku tetap nak grade thn ni.. 2009.. aku xkesah la pointer aku berapa..

hanya inilah satu2nya impian yang aku ada ketika mula2 melangkah masuk ke UM dulu.. ^_^ TERIMA KASIH TUHAN!! kau makbulkan doa ini..

Impian itu yang aku kejar.. kerana telah di'set' dalam otak ku yg comel di atas kepala ini. jadi?

hurm.
15/8/09
esok akan berlangsungnya majlis konvokesyen pelajar Fakulti Sains..
venue : DTC UM
jam : 2ptg - 5 ptg.

jemputlah datang..

*esok klu aku bawa kamera, aku uplod gmbr ke sini.. jika tidak, aku rakam kan pengalaman tu dlm otak aku je la.. hehe..
*perasaan apa aku ptut ada bila konvo?syukur Alhamdulillah..

moral of the story :
please put aim in your life.. you will struggle to achieve it. by hook or by crook..

10.57am(updated version)
9.48am
Kelana Jaya

11 August 2009

melangkahlah tanpa kalah.

Ada seorang rakan ini yang suaminya dihantar outstation kerana kerja. Dengarnya, akan pulang selepas 2 kali krismas.
makaih!!lamanya..
dengan tulus dikatakannya..
"aku xkisahlah kalau dia nak kahwin lain kat sana. itu keperluan. dari dia buat yang bukan2"

mudahnyalah dia berkata kan.. mudahnya orang berkata soal kahwin.. hurm~

************

ye diatas bukan topiknya..

bila kita rasa,
hidup ini sakit.. hidup ini teruk.. kadang rasa xadil..
kenapa kita kena buat perkara yang diluar kemampuan kita??kan..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. 2:286)

after all.
think it back. Hidup adalah sekolah tarbiyah. ujian dalam hidup, untuk Allah beri kita peluang.. cuba melonjakkan diri kita.. sejauh mana kita boleh melangkah.. sejauh mana kita mampu lakukan..

macam kita belajar berjalan.. berapa banyak kali jatuh pun.. kita bangun balik.. dan terus mencuba.. mungkin menangis untuk pertama kali terasa sakitnya jatuh.. tapi lama-kelamaan kita akan lali dan sakit itu tiada lagi..

macam kita tersesat di dalam hutan.. hari makin petang dan malam akan tiba.. sekalipun kita telah terlalu penat untuk melangkah.. tapi kita tidak boleh berhenti.. sebab kita tidak tahu gelap malam akan membawa kita kemana..

If Allah bring us into this.. He will help us through it.

kan??

*bersabar dan tabahlah.. Allah bersama kita.

1.35pm
Ofis.
Kelana Jaya

09 August 2009

teksi oh teksi

ye sekarang saya sudah pulang kepada kebisingan hiway NKVE ini. sakit telinga + kepalaku.. mana mau cari tenang pada penempatan yang bising seperti ini..? haih~

okeyh!
begini.. aku baru sampai di vista subang bersama sedikit ketidakpuasan hati. sesampai saja di Kelana Jaya Putra station.. aku cari pakcik teksi yang sudi bawakan aku ke vista subang.

"ok dik ikut pakcik ni. dia akan bawa adik ke vista subang"
"gi mana tadi?" haih pakcik ni bergaharu dan cendana pula di sini.. aku da cakap tadi kan
"vista subang"
"tujuh ringgit" makaih!!baru minggu lepas kut pasang meter dan aku naik rm5.20 je kut. haih pesen cemana lak meter dia ni.
"aik, hari tu saya naik lima ringgit je. xkan tujuh ringgit lak hari ni"
"meter sekarang dah naik dik. starting tiga ringgit"
"yer la saya tau la. minggu lepas saya naik tu da naik la meter.. rm5.20 aje"
pakcik tu dah malas nak layan aku dan malas nak bawa aku ke vista subang. maka pakcik yang mula2 sapa aku tadi ofer la..
"kalau 6 ringgit cmna dik?" aku ok kan ajela sbb before this pun biasa aku naik rm6.

Hakikatnya.. pakcik2 ini tidak pun menggunakan meter mereka yang baru itu. yang hanya dibiar tidak bernyala untuk mengaut keuntungan mungkin.

Nasihat aku pada pakcik2 teksi diluar sana... cukup2lah tu menipu.. kalian hanya menafikan hak pengguna.. jangan makan duit haram pakcik.. [tbe lak aku emo. ye la kena tipu kena la emo kan]

*sapa ada kenal mana2 MBPJ punya penguatkuasa? aku nak adukan hal ni. biar kena tarik lesen diorang..
**kak mash, lain kali saya mau lobi kamu biar hantar saya terus ke vista subang.
***bilalah aku nak ada kenderaan sendiri ni.. for certain times susah betul rely on public.

7.00pm
Vista subang
Kelana Jaya.