4.50pm
15 Ogos 2009
DTC UM
universiti malaya kebanggaan kita semua.
bertambah para ilmuan dipelbagai lapangan
kami bertekad di hati mencapai cita murni
tradisi kecemerlangan, menepati wawasan
disini kami sedia berbakti terus berinovasi
kami harapan generasi muka teras nusa dan bangsa.
varsiti kesayanganku sungguh banyak jasamu
membentuk insan mulia berilmu berbudaya
secara rasminya berAKHIR sudah pengajian ku di unversiti perdana UM tercinta..
ada rasa sedih membening pada hujung hati yang kalut.
ehemm ketika berlari-lari (terlewat gi BP-jam 1.50pm) ada sorang menegur mengatakan kami (aku dan kak CT) kembar.. erk??musykil aku, cemana la bleh kata kembar..
terima kasih yang memberi hadiah.. yang menghantar ucapan.. bagi yang tidak.. terima kasih juga, aku tau aku masih ada dalam doa kalian kan?? hihi..
untuk yang tidak berkesempatan berjumpa.. maaf.. hari sudah sore dan keluarga mau pulang saat itu..
thanks untuk bekas+bakal graduan yang hadir menceriakan hari aku..ehhe~
goodbye UM..jmpa lagi lain kali..
TAHNIAH SEMUA!!ini tapak kita untuk mula melangkah sendiri..
9.08pm
kelana jaya