Alhamdulillah masih direzekikan untuk menulis di bulan Mac. okey nak cerita apa kita hari ni ya. Aku terjumpa satu soalan dekat tiktok. Aku dah jawablah kat content orang tu, tapi aku rasa section comment tu terlalu kecil untuk aku buat cerpen. HAHA.
Soalan dia camni,
Kepada abang kakak gen X dan millenials, dulu masa tak ada phone korang buat apa bila bosan? tangkap belalang ke?
Menarik kan soalan ni?
Sebenarnya series yang paling dekat untuk menggambarkan zaman kita dulu adalah Reply 1988. Korang try la tengok, masih ada tu kat Netflix. Dia macam ada rasa sakit yang susah nak dilepaskan. Merindui sesuatu yang takkan di ulang lagi. Sesak rasa dada. Rindu. Tapi benda dah takde.
So berbalik kepada apa yang milenials buat ek.
Masa zaman aku dulu, masa sekolah rendah biasanya aku banyak main kat luar ngan jiran-jiran. Ni kalau petang habis sekolah agama sebelum nak tunggu Maghrib. Main lah apa2 kalau time tu dekat nak sukan, main lumba lari. Kalau diingat ingat, boleh tu duk berkaki ayam berlari atas jalan tar. Kalau bukan musim sukan, kadang main jual-jual pakai daun jadi duit, batu2 jadi la nasi ke kuih ke. so jualla batu ngn daun. Main kawin-kawin pun ada. Tapi tak pernah lah aku yang jadi pengantinnya. Haha. Main sorok-sorok. Tuju kasut.
Ha macamtulah pemainan mengisi waktu lapang. Kalau malam pulak biasanya memang TV la punca hiburan lain. Sebab itulah zaman tu apa yang kita tengok, sama je satu negara pun tengok benda yang sama. Siaran tv masa tu ada TV1,2,3. Kemudian2 sikit baru lah ada ntv7, tv8, tv9, alhijrah dan astro masuk. Aku zaman tu minat westlife, time tu kalau minat-minat ni nak putar dengar banyak2 kali kena la beli kaset. Tapi masa aku kecik aku tak pandai nak beli sendiri. Nak pulak kalau kt kampung aku tu, macam takde kedai jual kaset, kalau ada pun kena ke pekan terdekat macam Teluk Intan. Jadi, malam-malam aku akan tunggu depan TV2, kalau ada drama or rncangan habis awal sebelum diorang masuk berita dia akan putarkan lagu-lagu yang tengah hit time tu. So dapatlah aku dengar lagu 'If I let u go'! Kadang-kadang tunggu punya tunggu drama abis ngam-ngam tak de chance la nak dengar westlife hari tu.
Mind u, that time takde internet berkelajuan 5G seperti sekarang ya. Masa aku sekolah rendah masih pakai dial up guna line telefon rumah. Setiap kali nak dial ke internet dia ada bunyi tet tet tet. Dan aku pun taktau guna lagi internet ni sehinggalah dah masuk sekolah menengah baru pandai guna. Sedar tak sedar aku pun antara keluarga yang beruntung jugaklah time tu, sebab ayah minat menyelusuri teknologi, maka rumah kami ni sejak aku sekolah rendah dah ada PC. Dan bila aku masuk sekolah menengah baru aku tau sebenarnya tak semua rumah ada PC.
Selain dari aktiviti 2 tu, aku jugak enjoy menulis. Aku akan menulis di buku latihan yang masih kosong. Aku ingat ada satu buku yang aku tulis dari muka ke muka. Sempatlah buku tu beredar dikalangan kawan-kawan dorm aku satu masa tu. Tapi lepas habis sekolah aku bakar. Sebab malu dengan imaginasi sendiri. HAHA.
Betullah orang kata, kebosanan menjana kretiviti. Sekarang ni di zaman yang tak sempat nak bosan (disebabkan skrol terus skrol terus), imaginasi dan kretiviti semakin terbatas. Nak menulis blog pun tersangkut sangkut dah sekarang.
Masa aku tingkatan 3 atau 4, aku pindah dari rumah teres di pekan kepada rumah lot di kampung. Jadi, takdelah berhubung lagi dengan jiran-jiran yang main lumba lari tadi tu. Satu hal sebab aku dah duduk asrama, satu hal lagi, aku pun tak merayau balik ke perumahan lama tu. Kalau diasrama, memang tak dan bosan la ye adik2, penat nak basuh baju, bekejar ke dewan makan, mendengar ceramah agama, qiamullail, gotong royong. Sebab terlalu penat, kat kelas tidur, waktu prep tidur, balik rumah cuti hujung bulan kat rumah pun tidur. Apekehei yang letih benonye taktau. Bila balik asrama dari cuti plak, penat nak berborak, macam lama benor lahai tak jumpa, kadang balik weekend je pun sembang macam dah sebulan tak jumpa.
Oh ya, bila da zaman sekolah menengah ni, aku da bijak dial internet. So aku terjebak dengan dunia chatting. Mirc dan yahoo messenger (YM). So hobi bercakap dengan orang random ni dah bermula semenjak aku sekolah menengah sebenarnya. Walaupun ada je orang yang mengarut kat dunia chatting tu, ramai jugak orang baik-baik. Kalau nak tau, salah seorang yang aku jumpa kat YM tu lah yang beri saranan untuk aku cari 'usrah' bila masuk uni nanti. Bagus kan?
Jadi whatever you do in life, selalu doa yang baik-baik dan berusaha menjadi baik, Allah akan selalu mempertemukan dengan orang-orang baik dijalan terbaik.
Oklah, aku nak gi Isyak dan Terawih jap. Satgi ada tadarus. Pagi tadi aku boleh pulak terlajak bangun. Jam 6.30 baru bangun. Naya pak karim oi! Tak dan sahur. First time in forever rasanya, memang jarang terjadi aku terlepas sahur bulan Ramadhan. Terus aku bermuhasabah, adakah semalam lailatul qadar. aku 'ditidurkan' kerana lalai sangat Ramadhan tahun ni. Allahu..
9.15malam,
Seksyen 19, PJ
No comments:
Post a Comment