Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 September 2009

Ramadhan.step.to.final.phase.

Kalau kau ke Langkawi.. apa yang kau fikir dan ingin dapatkan??cokelat.. wah best2..

Kalau ke muzium lak buat apakah?mesti mendapatkan info2 tentang sejarah kan. update knowledge diri..

Sebagai contoh..
Macam aku, kalau ke bazaar Ramadhan/pasar malam.. hidangan utama yang aku mesti cari adalah tepung pelita.. kalau special case.. aku cari lompat tikam skalik (sbb kuih ni bleh tahan jarang2 gak aku jumpa)..

Apa la point aku kan?
Mesej aku disini.. camtulah Ramadhan.. apa perkara utama yang harus kita lakukan bila Ramadhan.. ye betul puasa.. terawih.. memburu Al-Qadr.. kan? sebab apa? sebab memang xda dalam bulan2lain lah.. bonus untuk ke-tiga-tiga ni.. Ramadhan je Allah beri.. so, apalah salahnya berkorban lebih sket, untuk kejar ketiga-tiga ni.. Selain tu.. kalau buat amalan2 sunat yang lain (sedekah,baca Quran etc) pahala lak di lipatgandakan.. wow!!tawaran hebat ni.. bak kata orang.. harga runtuh.. so.. ayuh kita bersesak mengejar piala taqwa itu..

beberapa hari menuju pusingan terakhir piala taqwa. Ya Allah!Aku mohon dikuatkan.. aku mohon untuk selamanya kau luruskan hidup+hatiku.. hidup keluargaku, guru-guru ku, saudara2ku juga sahabat2ku..

*nota kaki, utk junior bernama Zul JKP Balai 12th, yg heboh mewar-warkan birthdaynya hari ini.090909. Selamat Hari Lahir!Semoga hari lahir kali ini, memberi makna dalam hidup kamu. Hadiah Ramadhan.
*aku masih blom tido kerana query untuk database masih belum setel.first try (after query selama 30mnt), 1 data berulang sampai 15 kali.so, alter itu dan ini.. try untuk 2nd query.. hope berhasil..

3.38am.
Vista Subang

04 September 2009

mahu bertahan

mahu bertahan itu sukar+payah.tetapi mesti.
ada sabar perlu disalut tabah.
ada air mata yang perlu dibazir.mungkin.
ada rasa yang harus dihilangkan.
ada rajuk yang panjang tak terpamer.

TABAH.. lekaslah kau hadir.
SABAR.. bergabunglah denganku selamanya..
CINTA.. ajarkan aku untuk kuat.

^_~

.bahang kian terasa.
2.31pm
.Nepiege Holdings.

02 September 2009

sayu untuk ini.

Setelah merayap di blog awanis, aku pun mencuba perdanamail.. dan hasilnya begini..

cubaan login

dan inilah hasilnya..

mencuba nasib pula di umisisweb.. mungkin ada harapan..

nampaknya kenangan aku disini akan dihapuskan perlahan-lahan

8.34pm
Kelana Jaya

kita bebas memilih..


bukan mengalah. tapi merebut pelangi yang lebih cantik menyinar di sebalik gunung. bukan berundur. tapi mengejar hidup yang lebih baik.

untuk kalian. apapun yang diputuskan, semoga kalian bertabah menempuh jalan yang kalian pilih.

bukan aku tugasnya menghalang. kerna bahgia bukan aku yang tahu letaknya. tapi untuk aku, belum masanya untuk aku beredar, mahupun melangkah pergi. hidup baru bermula. sekurang-kurangnya biarlah aku belajar erti sabar dan tabah dahulu.

moga kelak. apapun yang datang telah ada bekal untuk aku perisaikan diri.

Quotes:
Kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa yang mengiringi kehidupan..
Semua itu tidak lain sekadar hiasan waktu yang silih berganti..

Lyric:
Semoga kepergianmu..tak akan merubah apapun..
Semoga mampu kulawan..kesepianku..

Nanti kita kan tahu..betapa BIJAKnya hidup..
Sepahit apapun ini..pelajaran yang bererti..

~.miss my school life.no problemo.happy always.~

8.21pm
Kelana Jaya

31 August 2009

ini tentang hidup

kadang2 hidup membawa kita pada jalan yang sukar. tidak kurang juga lorong2 yang indah. pada jalan2 gembira. bersyukurlah. pada jalan yang sukar. redhalah. kerna tarbiyah Allah itu pelbagai. kan? ^_^ (.cuba tersenyum meskipun air mata dah mula bergenang.)

(94:5) maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

ALFURQAN itu sentiasa ada cerita yang menghiburkan hati. membelai duka dan kecewa. saat sedih dan tertawa. kan? ^_^

(54:62) maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia)

11.55pm
vista subang.