Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 September 2009

Subuh ini

duit raya dari Encik Azril (bos aku)
Salamalaik'.

inilah dia sampul duit raya pertama aku dapat sebelum hari raya.. aku rasa.. xde dah kut selain ini dan semalam dapat satu lagi.. dari En Azril dan En Suffian.

tahun ni dah mula kena kasik duit raye..[duit pun xtkar lagi..huk2]

semalam ke masjid wilayah, Alhamdulillah.. dapat jugak menjejak kaki ke masjid ini tahun ni. walaupun dapat sekali je [thn lepas pun skali jugak.huhu].. dah nak hujung Ramadhan plak tu. sayang betul.. waktu tunggu nak balik tu, sembang dengan seorang makcik ni, menurut beliau untuk imam jemputan tahun ni.. ambil imam dari Mekah dan Syria.

"Sayang betul anak tak datang semalam..semalam hari last lah imam syria tu" uhuk2.. makcik ni bagi aku rasa sedih pula.

Selain dari bacaan yang mampu meruntun rasa oleh tuan imam, masjid wilayah juga membenarkan para pengunjungnya beriktikaf di 10 malam terakhir Ramadhan. So?? tahun depan pasang niat awal2. dan plan juga.. supaya dpt jadi mukmin lebih baik dan ada target yang jelas..

hurm,
selepas hari ini..tinggal esok untuk berpuasa.. semoga ada lagi tahun depan untuk kita lebih berusaha.. Ramadhan kali ini.. sungguh mencabar.. terDUGA sungguh aku dek kerjaya. astaghfirullah.. moga2 dugaan ini ajar aku sesuatu. untuk esok aku yang lebih baik. untuk masa depan yang lebih bermakna.

5.50am
Subuh yang diberkahi InsyaAllah.
Vista Subang.

16 September 2009

Peringatan buat diri

Berusaha lah..

Orang yang berakal janganlah berusaha melainkan untuk 3 perkara:

1. Berbekal untuk akhirat
2. Bekerja untuk kehidupan
3. Berlazat-lazat dengan perkara yang tidak haram

Bahaya lidah..

Rasulullah saw bersabda
"Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atas dirinya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya) kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah"

nota kaki: maka sahabat sekalian, marilah sama2 merenung diri.. telah brp ramai kita bunuh hati2 lain akibat lidah kita.. dan telah berapa banyak perkataan kita terbazir sia-sia.
nauzubillah min zalik.

ayuh sama2 berusaha menuju pembaikan.

2.21am,
Kelana Jaya

15 September 2009

Syawal kian hampir..

tengok countdown kat sebelah.
lagi 5 hari nak raya.

msudnya?
tinggal 5 hari je untuk kta merebut peluang 'tawaran hebat+harga runtuh' ni..

g0od luck!

2.10am
vista subang

13 September 2009

Juang Ini.

Jalan ini,
jalan pilihan ku.
Juang ini,
juga juang pilihanku.

JUANG ini kuncinya PENGORBANAN..
JALAN ini antara menang atau gugur syahid..

moga,
meski hebat mana JUANGku ini,
tidak sampai kukorbankan
JALAN panjangku memburu Cinta&KasihMu..
Ya Rabbul Jalil..

*percubaan berjuang dlm kerjaya.
~4.38am~
::syurga vista::
pinjaman nan sebentar

11 September 2009

be prepared

alhamdulillah dapat beriftor bersama-sama sahabat2 dan makcik2 daerah PJ.. (long time no gather..best2 teringat zaman2 tahun 1 dulu.. selalu iftor kat LA..)

perut dah kenyang dan keja2 kemas-mengemas pun da setel. lantas kami pun bergerak pulang ke vista yang tersayang. Lepas hantar adik2 PPUM, maka kami pun meneruskan jalan lain ke sana..

on d way back, mha mau mencari topap. jam lak dah 1030. harapan >> seven11. aku dalam keta da xnmpk lain kec bantal. da 2/3 kali gak aku terlelap masa mha tengah memandu.

sampai di seven11, mha pun pergi sendiri. sementara aku di dlm kereta sahaja memandangkan kami parking blkg kereta org. Ntah bila aku tertdo. dan, bila aku terjaga.. aku tengok lampu signal kereta depan aku tu dah bernyala..

gelabah+terkezutt..OMG!!

orang depan ni. time2 ni la nak keluar. aku tanpa berpikir panjang terus melangkah ke seat driver. (nasib baik enjin xdimatikan).. waktu tu pedal yang aku ingat cuma clutch aje. tekan clutch dan masuk ke gear R. angkat clutch dan kereta menginjak ke belakang.. bila kereta da bergerak.. aku tukar gear 1 dan kedepan semula. depan ni ada kereta.. eh.. eh..

what??!

alamak..aku lupa mana satu pedal break. (boleh xmacam ni?haih!) so.. aku hanya main2 clutch sehinggalah enjin tu termati dengan sendirinya. haha!

*kereta depan tu selamat tanpa aku calarkan keretanya..
*aku dlm mood tekejut+lama xpegang kereta menyebabkan otak susah nak bagi solution..
moral of the story: be prepared. ^_^

5.49am
vista subang.