Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 September 2009

berlalunya Ramadhan

Setiap yang bermula ada penghujungnya..

dan hari ini.. mungkin hari terakhir Ramadhan.

untuk masa2 yang aku habiskan dibulan mulia ini.. mohon dipandang olehNya..
untuk keterlanjuran aku memberatkan dunia.. mohon diampunkan Dia..
untuk puasa aku dan ibadah yang tak seberapa ini.. mohon diterima..
untuk nikmat Iman dan Islam yang masih engkau hadiahkan ini..
Terima Kasih Allah.. ^_~!!

Ya Allah,
jumpakan aku lagi kepada Ramadhan akan datang.
biar aku bermula lagi dan menjadi manusia lebih baik..

4.31pm
rumahKU syurgaKU,
Kg Gajah, Perak

18 September 2009

Subuh ini

duit raya dari Encik Azril (bos aku)
Salamalaik'.

inilah dia sampul duit raya pertama aku dapat sebelum hari raya.. aku rasa.. xde dah kut selain ini dan semalam dapat satu lagi.. dari En Azril dan En Suffian.

tahun ni dah mula kena kasik duit raye..[duit pun xtkar lagi..huk2]

semalam ke masjid wilayah, Alhamdulillah.. dapat jugak menjejak kaki ke masjid ini tahun ni. walaupun dapat sekali je [thn lepas pun skali jugak.huhu].. dah nak hujung Ramadhan plak tu. sayang betul.. waktu tunggu nak balik tu, sembang dengan seorang makcik ni, menurut beliau untuk imam jemputan tahun ni.. ambil imam dari Mekah dan Syria.

"Sayang betul anak tak datang semalam..semalam hari last lah imam syria tu" uhuk2.. makcik ni bagi aku rasa sedih pula.

Selain dari bacaan yang mampu meruntun rasa oleh tuan imam, masjid wilayah juga membenarkan para pengunjungnya beriktikaf di 10 malam terakhir Ramadhan. So?? tahun depan pasang niat awal2. dan plan juga.. supaya dpt jadi mukmin lebih baik dan ada target yang jelas..

hurm,
selepas hari ini..tinggal esok untuk berpuasa.. semoga ada lagi tahun depan untuk kita lebih berusaha.. Ramadhan kali ini.. sungguh mencabar.. terDUGA sungguh aku dek kerjaya. astaghfirullah.. moga2 dugaan ini ajar aku sesuatu. untuk esok aku yang lebih baik. untuk masa depan yang lebih bermakna.

5.50am
Subuh yang diberkahi InsyaAllah.
Vista Subang.

16 September 2009

Peringatan buat diri

Berusaha lah..

Orang yang berakal janganlah berusaha melainkan untuk 3 perkara:

1. Berbekal untuk akhirat
2. Bekerja untuk kehidupan
3. Berlazat-lazat dengan perkara yang tidak haram

Bahaya lidah..

Rasulullah saw bersabda
"Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atas dirinya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya) kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah"

nota kaki: maka sahabat sekalian, marilah sama2 merenung diri.. telah brp ramai kita bunuh hati2 lain akibat lidah kita.. dan telah berapa banyak perkataan kita terbazir sia-sia.
nauzubillah min zalik.

ayuh sama2 berusaha menuju pembaikan.

2.21am,
Kelana Jaya

15 September 2009

Syawal kian hampir..

tengok countdown kat sebelah.
lagi 5 hari nak raya.

msudnya?
tinggal 5 hari je untuk kta merebut peluang 'tawaran hebat+harga runtuh' ni..

g0od luck!

2.10am
vista subang

13 September 2009

Juang Ini.

Jalan ini,
jalan pilihan ku.
Juang ini,
juga juang pilihanku.

JUANG ini kuncinya PENGORBANAN..
JALAN ini antara menang atau gugur syahid..

moga,
meski hebat mana JUANGku ini,
tidak sampai kukorbankan
JALAN panjangku memburu Cinta&KasihMu..
Ya Rabbul Jalil..

*percubaan berjuang dlm kerjaya.
~4.38am~
::syurga vista::
pinjaman nan sebentar