Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 October 2009

Andai jantung ini berhenti berdegup..

Ya Allah, andai jantung ini berhenti berdegup..
biarkan aku mati dalam iman..

------------------------------------------------

--------------------------------------------------
Hari ini 9 September..
**mode:uNder preSsure**

aku dah rasa 'sakit' nk dtg kerja.
aku kena berhadapan dengan bos dan staf client.
dengan minimum knowledge aku..
its too depressing..

semua org nk benda cepat.
please send some1 to teach me.

aku sedang mengejar sesuatu yang tak tentu akan dapat..
dan aku sedar ada 'nilai' yang gugur dalam perjalanan ini..

penat+sakit+lelah+semput=berbaloi ke semua ni??

erm..

Nepiege,KJ
4.43pm

08 October 2009

kehidupan..



kehidupan..
heh da 8 hari xde idea nak ber'blog'..
last week ke walimah dayah.. sahabat dari UIA Gombak..
xabes belajar lagi..dah kawen dah..dah jodohkan ^_^
in ada beberapa gambar bersama puan pengantin..

miha..dayah..asiyah

dayah dan aku..
ni gambar ngan miha.. ingat kalau sampai awal nak jadi penyambut tetamu..
sekali sampai time asar da.. hehe..

*nampaknye piksel incik SE ni xberapa masyuk daa..incik 6680 lagi superb..heh~

Nepiege Holdings,
10.44am

30 September 2009

terus melangkah

saat kau bertatih untuk berjalan..
lalu kakak memaksa kau berlari..
adakah itu adil?

kau padamkan sajalah soal adil itu seketika..
kerna mungkin ada cabaran disebalik paksaan..
lalu ajarkanlah diri rasa berusaha yang xkenal kalah..

sedang kau melangkah pertama kalinya kau pasti tersungkur..
dan berjuta kali juga itulah yang akan terjadi..

namun PERCAYALAH..
sehingga SAATnya nanti..
kau PASTI berlari juga..
lebih kencang dari kakak mungkin..

maka, teruslah melangkah..
meski kau sakit dan letih.

Nepiege Holdings,
Kelana Jaya
6.04pm

25 September 2009

kenangan itu 'sikda' harganya

ketika usia muda belia.. hobi aku adalah menulis surat..
waktu di sekolah dulu, tulis surat untuk bagi dekat member sebelah meja.. atau sebelah kelas.. xpun kat kakak angkat mahupun adik angkat..

bila da habis sekolah.. dari cuti f5 sampailah masuk matrik, aku layan surat dengan azi dan beberapa kerat kawan yang lain seperti reen dan ana leman. kadang xde la cerita banyak.. tapi feel tulis surat tu lain macam.. so, layan je la..

sehingga sekarang.. surat2 tu ada lagi kat rumah..

hobi ini aku kongsi dengan member rapat aku zaman sekolah.. azi nama dia..

2 minggu sblm raya, rumah azi dimasuki perompak.. habis segalanya di geledah.. bilik azi,jadi macam sarang tikus sudah.. kalau beliau xkemas segera..alamatnya xtido bilik la azi malam tu.. maka azi mengemas malam itu juga.. dan kebanyakan kertas2 dibuang saja..

baru2 ini, azi sedari.. yang beliau telah membuang bersama-sama kertas2 tersebut segala kenangannya terhadap zmn sekolah yang paling indah ^_^..

oh.bersabarlah azi.
kerana yg terhilang dari sisip cerita hidup kamu cuma cebisan kertas yg membawa kenangan.. hakikatnya, kamu masih Allah pinjamkan minda dan hati untuk kenangan itu terus kekal dalam jiwa dan diri kamu..

*ayat mcm karangan zmn skola.
*siri:mari rindui sekolah&kenangan kamu

10.28pm,
Kg Gajah,Perak

20 September 2009

Salam Syawal 1430H

Meminjam seketika aturan ayat pak cik Roslan, Petaling..

"Kemahiran serta kemampuan menguasai segala alat akan dipelajari, dikuasai dan datang bila jiwa terdidik mempunyai iman yang hidup bukan iman yang separa hidup...banyak mencari alasan untuk tidak melakukan amal dari mencari alasan untuk beramal dengan ikhlas. Iman yang sensitif tidak akan membiarkan apa pun masalah ummah dan manusia sejagat dipandang sepi tanpa jiwa itu memberontak untuk turut terlibat bagi mempengaruhi "outcome" selaras dengan sifatnya..pembawa rahmah kepada alam."
"Marilah kita teruskan menambah ilmu dan beramal insyaallah iman akan bertambah kerana iman dan amal tidak boleh dipisahkan. Mungkin urutan ayat selalunya dimulakan dengan iman...benar. ..tapi iman yang bila disebut nama Allah gementar hati-hati mereka dan bertambah keyakinan mereka ...lantas... .beramal. Untuk itu, ilmu adalah penting, perbanyakkan membaca, tadabbur, berbincang utk menambah keyakinan kepada kebenaran aqidah Islam sehingga amal Islami menjadi mudah bahkan manis dalam kehidupan kita semua."

semoga terus berjaya meng'istiqamah'kan diri.. kerna jalan ini terlalu panjang..

Salam Syawal 1430H
maaf zahir dan batin atas segala salah silap.andai terkasar bahasa, terburuk sangka, tersalah tulis.. sepanjang ber'blog' ini..
moga kita semua bersama RedhaNya..

4.43am,
rumah Perak