Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

14 October 2009

++Birthday Boss++

Hari ini 14 Oktober 2009.
Hari Lahir Ke-30 seorang boss di Nepiege.

Tea Lady
Ulang tahun ke-30
(best gak umo 30 thn da ada ofis sendiri)
Upacara memotong kek
makan time
BDE Healthcare
Suasana..
Selamat Hari Lahir ke-30,
Mohd Azril Reyes.

1.54pm
Nepiege Building,
Kelana Jaya.

12 October 2009

..teguh berdiri..^_^..

Surah Hud (11:112-114)
(112)
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang ruju` kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum- hukum Allah sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(113)
Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderongan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
(114)
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah- perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

* * * *
prog hujung minggu :

[open house kak IS] - jauh betul rumah Kak Is bila difikirkan dia berulang pergi-balik-tempat kerja hari2.. tegarr betul Kak Is keja jauh2.. ehemm kalau lajak sikit 20mnt lagi, kompem aku sampai kg halaman sg buloh... hurm~ tp,mana bleh.. byk keja lagi di KJ dan sekitarr..^_^

[khatibah akhwat] - setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah kerana masih menggerakkan hati ini untuk ke katibah.. berjumpa dengan sahabat2 sekalian benar2 beri rindu.. beri cinta.. beri ukhwah.. beri tenaga pada hati.. pada semangat.. pada juang.. pada hidup ini.
terima kasih untuk sahabat2 yang masih sudi menegur dan mengingatkan aku saat aku hampir berhenti melangkah dalam juang ini. kalian benar2 SUPERB!! sayang korang.. hehe..

[jamuan raya JIMPJ] - maaf xdapat pegi.. jauh sangat la Bkt Jelutong tu.. (alasan)..

[Walimah Kak Mus] - tahniah kak Mus! da bergelar isteri kepada Akh Furqan.. selamat melayari bahtera rumah tangga..

[meeting PKN] - err.. banyaknya keja..

habis je hari yang panjang semalam.. maka aku tertidur dengan jayanya di depan TV dengan TV menonton aku.. selepas kenyang melahap char kuey tiaw vista angkasa..

pagi ini, aku mahu merubah diri dan memulakan hari dengan ceramah ustz hasrizal bertajuk IStiqamah..
maka itulah ayat (di atas) untuk kita koreksi diri..

semoga satu misi agong yang kita juangkan selama ini sentiasa menjadi pedoman kita selama-lamanya..
walau sakit rasanya diabaikan..
walau perit rasanya terluka..
walau tangis tak lagi berair mata..
teruslah melangkah..
biar sehingga kita lupa rasanya sakit..
biar sampai kita tak kenal lagi apa itu air mata..

SELAMANYA bergerak..
biar teguh kita berdiri..
biar yakin kita melangkah..
biar tak pernah terasa mahu mengalah..
ISTIQAMAHlah kita berjuang..

post hari ini diakhiri dengan sedikit kata2.. pinjam mel dari Saudara Hazli..
Betapa banyak manusia yang menjalani hidup apa adanya, biasabiasa
saja, ala kadarnya. Hidup dalam keadaan terbelenggu oleh
siapa dirinya sebenarnya. Hidup dalam tawanan rasa malas, langkah
yang penuh keraguan dan kegamangan. Hidup tanpa semangat hidup
yang seharusnya. Hidup tanpa kekuatan nyawa terbaik yang
dimilikinya.

Moga kita jd seperti pohon yg rendang.. memberi teduh kepada semua jenis makhluk dibawahnya, yg pasti memberi manfaat terbesar buat seumur hidup ini...untuk kebahagian yg tiada hujungnya...disitulah kita ketawa riang selamanya, hidup muda selamanya,berkasih sayang selamanya, bercinta selamanya, berukhuwwah selamanya, bermewahan selamanya, bebas buat selamanya...yg pasti, dpt melihatNYA adalah ni'mat teragung, tiada tara,,
moga kita perolehinya...

12.00tengahari(pheww..lama giler tulih ni)
Nepiege,Kelana Jaya

09 October 2009

bye

Akhirnya, setelah 3 bulan berkenalan..
aku terpaksa lepaskan jua..
byk ko ajar aku..tapi, xpela
selamat tinggal incik w!

yakinlah perpisahan ini sementara.(hope so)

+hari yg gilerr sedih

nepiege.
6.26pm

Andai jantung ini berhenti berdegup..

Ya Allah, andai jantung ini berhenti berdegup..
biarkan aku mati dalam iman..

------------------------------------------------

--------------------------------------------------
Hari ini 9 September..
**mode:uNder preSsure**

aku dah rasa 'sakit' nk dtg kerja.
aku kena berhadapan dengan bos dan staf client.
dengan minimum knowledge aku..
its too depressing..

semua org nk benda cepat.
please send some1 to teach me.

aku sedang mengejar sesuatu yang tak tentu akan dapat..
dan aku sedar ada 'nilai' yang gugur dalam perjalanan ini..

penat+sakit+lelah+semput=berbaloi ke semua ni??

erm..

Nepiege,KJ
4.43pm

08 October 2009

kehidupan..



kehidupan..
heh da 8 hari xde idea nak ber'blog'..
last week ke walimah dayah.. sahabat dari UIA Gombak..
xabes belajar lagi..dah kawen dah..dah jodohkan ^_^
in ada beberapa gambar bersama puan pengantin..

miha..dayah..asiyah

dayah dan aku..
ni gambar ngan miha.. ingat kalau sampai awal nak jadi penyambut tetamu..
sekali sampai time asar da.. hehe..

*nampaknye piksel incik SE ni xberapa masyuk daa..incik 6680 lagi superb..heh~

Nepiege Holdings,
10.44am