Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 November 2009

Undangan Perkahwinan

Seperti yang dijanjikan..

Nur Diyana Bt Hj Baharom & Muhammad Naki b Wahab

KM17, Lorong Dewan,
Kampung Masjid Lama, Tualang,
06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

12.00 tengahari - 5.00 petang

12 Disember 2009 / 25 Zulhijjah 1430H

Maaflah ye..kad ni baru sampai semalam..hehe
jemput..jemput datang..

7.11am
Rumah Kelana Jaya

23 November 2009

bila anda berEMOSI

bila anda emosi.. anda akan post banyak kali ye satu hari.

cerita apa kali ini.

penghujung oktober.2 org meninggalkan nepiege.

awal november.2 org diberhentikan + 1 berhenti dengan rela hati.

tengah november.seorang lagi pergi.

dan penghujung november ini, aku pasti seorang lagi akan beransur.

aku xtahu sampai bila aku mampu bertahan.

komitmen keje??jika sampai mengabdikan diri untuk kerja.kau rasa apakah?

11.53pm,
rumah kelana jaya.

masih di ofis

kenapakah semua orang perlu berkata-kata dengan nada yang memBENCIkan..
marilah wujudkan suasana KASIH SAYANG dimana jua..
untuk hari esok yang lebih indah..

* * *

aku sedang deborr..

2nd time aku macam sedang corrupt kan database.pheww!

doakan semua allrite!klu xnescaya aku tidak pulang malam ni..dan tidak menjejak ofis lagi esok.. gagaga..

7.29pm.
masih di ofis.
penuh debaran

Nikah..Kahwin..Kenduri..walimah

Salam alaik semuanya..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari
agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”

[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]

Nampaknya bulan 12 ni ramai sungguh mereka2 yang bakal mengikat hubungan sesama manusia silang jantina pada jalan yang halal.. dah banyak undangan yang dapat nih..tapi xtahulah yang mana disempatkn untuk pergi..

Listing sket..
Kak Ila (JK Balai Islam 12) - [Kedah/5hbDis]
Sahril (Marketing Tekad) - [Kuala Kubu/6hbDis]
Ainul (SERATA'03-04) - [Ipoh/13hbDis-InsyaAllah pergi]
Imah (Bioinfo'09) - [Klntan/15hbJan]

KARISMAians..
kak Khadijah Azman
Amin USIM / kak Sakinah SMIH
kak Di..jeng jeng jeng.. untuk K-UM sekalian..kak Di ada jemput untuk ke kenduri beliau.. tapi aku xdapat kad lagi.. jadi xtau tarikhnye bila.. i'll update soon..

*suddenly semua orang dah nak kawen..sight..aku dah dewasa rupanya*

“Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah, kemudian tidak menikah.”
(Riwayat At-Tabrani)

Sekian,
12.44pm
Nepiege Group,
Kelana Jaya

19 November 2009

.rindu.

sejak bekerja, hampir hari2 aku dan rakan2 akan dikomen oleh majikan.
ada saja yang salahnya (mungkin memang salah :sedapkan hati)

hari-hari aku terima saja apa mereka mahu katakan..
tapi,
lama2 aku rasa ia akan makan diri aku balik..
aku takut nilai2 murni aku selama ni akan rosak..
dan satu hari nanti..
akankah aku menjadi sama seperti orang2 bekerja yang dalam tv tu..
sanggup lakukan apa saja demi kepentingan diri sendiri..
hurm..

Sarah, SABAR..

Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, padahal kamu orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman (Ali-Imran : 139)

disaat-saat memeritkan begini..
mesti zaman2 belajar menyapa..
oh RINDU!ia datang lagi.

waktu bekerja untuk balai12 dulu pun sakit gak..
tapi kan hujung dia manis..mcm skrg, asyik terkenang-kenang..
agak2..
kerja aku ni akan jadi manis x nanti?hehe

*aku ni ada konflik jiwa agaknya..ke semua orang pun macam aku..huhu
**mood: dpt IM dari kak Ila (balai12) - dia nak kawen dah 5/12.oh!akhirnya kakak ku sorang itu kawin jua..rindu kt kak ila lak tibe2..

2.43am,
Kelana Jaya