Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

13 December 2009

Ainul Mursyida wedd's

ya, bersiaran kembali.. nampaknya tadi pengembaraan ke Ipoh tak jadi sendirian.. setelah selidik punya selidik.. Una Ghazali ada di KL rupanya.. maka.. ada la partner mengembara..
untuk SERATAian yang tidak berkesempatan pergi.. ini gambar yang tidak seberapa yang mampu di share.. check-it out!!

















itulah gambar2 dari resolusi kamera 1.3MP maaf le tak berapa cun.. boleh cek di fesbuk2 mereka yang lain..

*malas betul aku nak susun dan tulis caption..

10.22pm
Rumah Vista
counting sec.. to sandakan..

12 December 2009

Solo..

Manusia itu lahirnya kedunia solo aja..

atas kudrat diri pinjaman tuhan..
perlahan-lahan belajar menatap hidup..
(terima kasih untuk mak + ayah yang byk mmbantu aku menjadi dewasa..)

seperti lahirnya solo,
esok juga sekali lagi aku akan bergerak solo..
ke IPOH..perkahwinan Ainul Mursyida InsyaAllah..
(untuk sahabat2 SERATA00-04..jumpa disana..)

menjadi anak rantau perlu pandai bergerak sendiri..

lusa..juga bakal gerak solo lagi.. (KL Sentral - LCCT) heh~

hakikatnya..
perubahan alam kita juga kelak.. kita 'SENDIRI'.. lets be prepared!!

5.35pm,
Vista Subang.

09 December 2009

dunia dan cinta

"Now we share the same bright SUN..
the same round MOON..
why dont we share the same LOVE..
tell me why not.."

Kalaulah manusia melihat dunia dengan pandangan kasih..

tentu sekali segalanya terlihat indah..

tentu..
segalanya..
sungguh..

alam terlalu indah untuk dicerca..
nikmat tuhan terlalu banyak untuk tidak disyukurkan..

pada sedikit kejahatan manusia..
kau abaikan lah seketika..
kerna seperti kita..
mereka jua ada ruang membuat salah..

dan pada sakit itu jualah,
Allah beri ruang untuk kita terus berSABAR..

aku mohon,
meski mereka dan semua membenci zaman..
biarlah aku disini terus tegar menatap dunia
pada singkap cahaya tuhan yang sentiasa kasihkan hambaNya

"Lets pray for the beautiful world..
the beautiful world i share with you.."


9.42am,
ofis.

08 December 2009

hari ini

bos xde.. ada sorang boss je kat ofis.
yang lain ke Terengganu ada meeting dengan client..

dan suasana ofis sangat hambar.. lame..
(sbb secara normal memang bos2 je yang menghangatkan suasana..suruh itu dan ini..)

dan cadangnye hari ni mahu fix appeal module dan refresh module terbengkalai..

gara2 menerima panggilan dari Miss Chin.. mahu payment report for B.P Lab..

-yaa!!aku perlu siapkan request mereka sebelum esok pagi.. setakat ni 70% aku dah siapkan.. another 30% to go..

*PKN just around the corner.. (16 hari lagi).. dan duit masih tidak cukup sebanyak RM4ribu++ .. please orang kaya.. sumbang sikit wangnya .. -_- ..

5.39pm
ofis Nepiege

07 December 2009

Sahril kahwin

Tanggal 5hb Disember yang lalu.. atas usaha sama dan sekongkol dengan Ms Awanis..
Akhirnya sampai jua kami berdua ke kenduri kahwin Sahril di Kuala Kubu Bharu..
[jangkaan awal dah hampir xpergi dah ni..memandangkan agak jauh dari Kelana Jaya]

Tapi ye la kan.. orang dah menjemput..xde buat apa pun hari Sabtu itu.maka, pergi jua lah.. jemputan kan selagi mampu kena penuhi.. (tapi untuk yang jauh2 tu mintak maap la kalau aku xsampai..banyak kekangan lain)

ops..Sahril ini adalah kenalan di Tekad dahulu. disana berjumpa lah dengan Encik Azman, Encik Izan dan Encik Badrul Azmi.. dan anak2 mereka..

ingat nak buat small reunion dengan dak2 Tekad.. tapi nampaknya mereka sampai lewat lak.. almaklumlah Tekad kan kerja sampai Sabtu.. maka terpaksalah berbasa-basi dengan bos-bos Tekad sahaja..

beberapa gambar yang terlibat ada disertakan dibawah.. sekian.

Encik Izan dan Encik Azman (dgn anak2 En Azman)
Sahril, Mira dan Awanis
Inilah pengantin..

5.15pm
Ofis Nepiege.
(mentang2 bos da balik)