ahha~ akhirnya sampai jua ku ke negeri 'serambi Mekah' ini.. (credit to Imah sebab jemput kami ke walimah beliau.)
Sabtu.
perjalanan bermula jam 8 pagi dari Stesen Universiti.. dan sampai di rumah Fadhilah pada jam 3 petang. (credit to Saudara Zul yang begitu komited memandu tanpa jemu.. juga credit untuk Kia Pregio yang superb itu..)
jam 3 petang.. solat jamak + makan di rumah Fadh.. rehat sebentar menunggu Asar, kemudian mengambil Rabi di rumah cousinnya. Setelah itu.. menyusur ke Pantai Melawi.. (ehhe.. kejadah la kan mau lihat matahari terbenam di pantai timur.. ~ouch!mengapalah aku tidak terpikirkan dari awal.. adess!) ombak di pantai timur ini besar sungguh ya!dan rasanya.. laut disini lebih menakutkan dari pantai barat.. melayan rasa hingga jam 6.45 ptg.
Setelah berbincang serba sedikit, rupanya esok (Ahad) yang kami dicadangkan untuk menghantar rombongan pengantin perempuan ke rumah lelaki hanya akan bermula jam 3 ptg. dan setelah ditimbang tara selayaknya, kami mengambil keputusan untuk pergi saja kerumah lelaki tanpa imah ada menemani.. (ahha, paling gamble).. tambah tolak jam 11 lebih kami pun beransur.. sebahagian mengikuti unser Fadh pulang kerumah mencari tilam dan bantal.. sementara sebahagian lagi berdampingan dengan Pregio meneruskan kembara ke Waqaf Che Yeh hingga jam 1pagi.
Ahad.
jam 8 kami pun dah berkumpul di meja makan untuk sarapan dan meneruskan kembara.
siap semuanya.. (makan+masuk barang dalam Pregio) kami pun bersalam-salaman dengan tuan rumah.. (credit to family Fadh untuk segala layanan kasih yang tak berbelah bagi.lain kali bleh singgah lagi ^_^)
jejak pertama.. bergambar di sekitar muzium (apakah nama muzium itu..haha..tatau).. dah puas bergambar baru gerak ke Pasar Siti Khadijah.. bermula dengan tingkat paling atas(pakaian).. dan turun setingkat demi setingkat(bawah sekali pasar basah la kan).. aku?mana la pandai memilih kain2 ela ni.. simple people.. jalan2 nampak kain batik, bli kain batik dan pelikat pun orait.. hak3.. siap bli baru roger yg lain.. ada yg masih blum habis bershopping maka aku n awanis lepak sahaja bersama 3 org jackas yg aku lihat tersiksa menunggu perempuan2 ini shopping.. ahaha...
begitu dan begini.. jam 1230tghr bergerak pula ke rumah Shila(kawan Rabi dan Fadh) .. tunggu beliau untuk ke rumah pengantin lelaki.. rumah pengantin lelaki kat PCB rupanya.. (pantai PCB ni lagi cantik rupenye..pasir die putih.. Subhanallah) Kg Semut Api. Sampai je kt perkarangan rumah.. sempoi gile pengantin shock jap aku.. dah la rumah die ada satu kemah aje.. xde meja pun untuk orang makan.. ada kerusi je susun beberapa baris.. amik nasi dan makan bertatang.. (barulah aku tau orang Kelantan kalau kawin kan anak lelaki sungguh simple..)
jam 3 petang, kami bergerak pulang, maaf Imah xsempat menunggu Imah.. kamikan bekerja di hari Isnin.. buat Imah dan suami.. Semoga berbahagia Selamanya..
..dan aku sampai Vista Subang jam 1.15 pagi..sekian an update..
*tiap rumah yg kami pergi menghidang asyura.
754am
Vista Subang