Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 April 2010

Re-call

tadi, ada meeting di UM, jam 7.45mlm. Maka dari rumah aku dah keluar jam 5.30ptg lagi, bas kat sini sejam adelah satu. kalau terlepas bas, takut lewat plak sampai UM.

-->ehem bas RapidKL sungguh dlm keadaan nazak. Mula2 bumbung bocor.. tup tup bila langgar lopak, air keluar lak dari celah kaki.. (lantai pun bocor..apakah?) fuh! sungguh menyeramkan.. dah la bawah kaki sendiri.. ingat gempa bumi tadi..

Sampai UM, belum pun pukul 7. Lengang betul aku tgk UM.. ops, lupa pulak skrg kan dah musim exam.. mestilah semua tiada berkeliaran.. maka aku pun merayau kejap pusing2 fakulti yang belum setahun aku tinggalkan..

tak banyak yang berubah melainkan kafe yang dh bertukar wajah menjadi tandas awam.. bila aku merayau sorang2 tu, terkenang terus zaman2 orientasi.. zaman 1st year lab biologi.. zaman takde pc dulu, lab comp fak sains tula aku tuju bila ada masa terluang.. dan lastly naik bangunan boinformatik.. ada lagi poster zaman2 ktorg dulu masih terlekat kemas.. cuba2 jugak aku tgk surau, da luas ke belum.. tapi tiba macam xberani plak.. dah la senja-senja.. pastu xde org lak kat situ.. huhu~

belum setahun tapi aku dah rasa sebak.. ya,memang bila kita stress kita cenderung untuk mengenang zaman yang indah.. (nasib baik skola takyah tu jauh, klu aku pegi takyah mungkin nangis kut..heh~)

sekian dulu, esok kerja. perlu lebih bersemangat!! *__*

17 April 2010

Chatting

Rupa-rupanya, kegilaan terhadap dunia chatting ni memang menjadi kesan yang besar terhadap hidup aku. Aku belajar2 chat waktu tu tingkatan 3. Asal cuti sekolah je aku mesti 'kena' chat. waktu tu, MiRC la kan.. bawa sampai la lepas SPM. tapi time lepas SPM aku dh berjinak-jinak dengan YM..

Tapi tu dulu.. sekarang ni.. aku da x layan join chat room.. bukak YM pun untuk mudahkan kenalan dlm list nk berhubung.

Nak citernyer tadi impak chatting:
Aku mula mencari usrah, atas nasihat rakan maya..
dan sekarang aku kerja pun company rakan maya gak.. eheh~

Amacam, nampak xkira2 Allah disitu. jgn ingt semua yg terjadi tu buruk. ada baiknya disebalik segala sesuatu.Oh, mahu kabarkan sesuatu buat bekal ingatan semua hambaNya..

amal ikhlas itu ada 3.
1.amal hamba
2.amal saudagar
3.amal yang merdeka.

ketiga-tiga amalan ini diterima Allah kerana dilakukan hambaNya yang ikhlas. Sedang amal kita? agaknya bagaimana.. adakah tergolong diantara yg tiga itu?

sekian.

15 April 2010

Stress

hurm.
stress.
rasa mahu quit!
ada cdgn kerja baru?

-nzx-

++update++

rather then quit, its better to start again.

"Sarah!! Kamu kuat, jangan mengalah!!"
- menjerit dalam hati..

^_^

status : restart

-ofis KJ-

11 April 2010

Daya Apungan

ok. semalam ada daurah akhwat kawasan. Pasa mulanya aku ada rasa tidak jujur untuk pergi.. setelah mendapat update tentang kerja hari Sabtu dan dalam masa yang sama.. menimbun kerja yang dilambakkan.. sungguh mahu bermalasan rehat saja dirumah.

But, tiba2 teringat pengisian I'dad Murobbi yang dihadiri minggu sebelumnya.. Perlu berdisplin menghadiri daurah.. Akhirnya, aku insaf dan mula mengambil langkah nekad lagi padu ^_^..

Lepas zohor ku bulatkan hati bergerak ke Kuang. Terima kasih to Kak Siti Aini, sudi jemput di komuter Kuang..

Petang tu kupasan adab dari surah Al Hujurat.. Allah dh ajar byk sebenarnya dalam surah tu tentang adab sebagai Muslim.. [yes surely byk benda yg mengenai batang hidungku.. byk kejadian2 di ofis serasa mendapat penyelesaian dari pengisian ini.. we need to be a good Muslim rite?]

ok yg paling best?? Daurah kali ni ada yg sudi jadi trainer untuk ajar renang.. yeah!! [credit to Dr Maria for your training and moral support] .. tapi kenapa la lambat sangat aku blaja kan.. Kak Maryam pun baru belajar hari tu.. on the spot petang tu dia da boleh swim.. oh my!!

Rupa nya aku takut menyelam. First step, beranikan diri menyelam.. then belajar hembus nafas dalam air. Next step.. gliding.. yang ni fail.. ehhe~ meskipun da bleh menyelam tapi xberani nak masukkan muka dalam air.. takut lemas woo!..

So, first class >> dah boleh menyelam..

Malamnya, lepas makan dan solat, ada pengisian Forum dari makcik Aziah dan Dr Shams. Moderator, cam biasa kak Fizah.. Tapi banyak cerita tentang rumahtangga, how we should plan our family.. dari segi ekonomi, dan apa yang kita nak anak kita jadi..

Ada sorang makcik ni cerita apa yang mak lakukan ketika anak tu dalam kandungan memang memainkan peranan besar untuk menjadikan siapa anak tu masa depan.. Kata beliau lagi.. ketika mengandung 4 orang anak yang awal.. dia kerja di Bank Negara.. so tiap hari kerja kira duit.. now, empat2 anak ni jadi akauntan.. then, sebab die janji kat suami dia anak seterusnya ni nak jadikan hafiz. So, makcik ni berenti kerja.. dan sepanjang mengandungkan this baby boy.. dia kejanya mengaji saja. Fokus. sebab niat nak anak ni jadi hafiz. Now, anak dia dalam proses nak melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah..
Isu lain.. tentu tentang macam mana kita nak manage kewangan kita.. tambah2 sekarang kalau anak masuk belajar banyak guna duit. So, sepatutnya bila lahir je anak tu, dah mula menabung untuk masa depan pendidikan anak.

It such a good story actually.. untuk semua yang baru atau bakal mendirikan rumah tangga untuk take note benda2 ni..

Ok.kemudian malamnya ada tazkirah dari Makcik Nik (if im not mistaken la kan) tentang Muroqabbah.. ayuh kita pun berpikir untuk muhasabah diri sejauh mana muraqabah kita dengan tuhan.. hurm~ astaghfirullah..

Pastu, pagi tadi Qiyam-Subuh-Mathurat-sarapan-bersurai..

Sepatutnya lepas sarapan bersurai kan?? tapi ada la anak2 remaja (ehhe~) yang xpuas lagi belajar berenang.. Maka kami yang muda mudi ni terus menerjun bebas..

cadangan : ini untuk yang takut lemas cara untuk hilang kan ketakutan itu. buka mata ketika didalam air (aku rasa kes ni valid dalam kolam renang je kut. klu aku buka mata kat tengah laut mau panik gak ni..). Ok, ni xmesti ikutla kan.. cadangan aku je. sebab bila aku try gliding dengan membuka mata.. its true, boleh pulak terapung.haha.

Sebenarnya pun. Bila kau tenggelam kan badan dalam air, dan menahan nafas.. automatik badan kau akan terapung sendiri.. berani atau tidak je nak biarkan badan kau mengapung.

ok sampai situlah saja. meskipun belum boleh berenang. tapi dah boleh glide pun kira ok la kan.. Alhamdulillah.. berjaya juga mempelajari sunnah yang satu ini..

*Tanpa keberanian mimpi tak bermakna*
-Till then, jumpa lagi rakan2 sekalian. Lain masa dan ketika (tapi tempat sama InsyaAllah)

Selalu bersiaran dari KJ

07 April 2010

Tabah

~accusation about something u didn't do..
~soul + mental distrubance

~hurm.. after a few month being here..
i really feel like want to cry..
and i mean it..

dan setelah bertahun aku belajar tentang Sabar..
inilah masanya untuk prektis..
Selamat Berjuang di Medan Amal sahabat ^_^..

* * *

rakan-rakan,
bermula minggu ni, saya bekerja hari Sabtu..
Maaf..