Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

14 June 2010

usai sudah GRUM 2010

salam semua,

alhamdulillah,
setelah berminggu-minggu menghadiri mesyuarat tiap selasa malam..
setelah dua kali tempat bertukar,
setelah berkali-kali menukar confirmation bas dengan encik sewa bas,
dan setelah dikejutkan dengan angka peserta yang diluar jangkaan..

GRUM 2010 melabuhkan tirai.

maaf untuk sebarang kekurangan dan kecacatan dalam penganjuran program ini.

terima kasih yang sudi hadir menjadi peserta dan terima kasih untuk yang sama mengembleng tenaga menjayakan GRUM ini

*ehem, ini pengalaman pertama menjadi tukang angkut peserta, kena tahan polis dan kereta berasap..

Sekian.

07 June 2010

fake it till you make it~

sure, memang inilah status di YM mahupun gtalk.. ^__^

ok the story goes~

td aku lihat di TV sorg pakcik ni tengah tunggu anak die (yang ikut xpdc kapal MV Rachel Corie).. terharu tengok kasih sorang bapak macam tu skali.. nak berciciran dah air mata beliau. Takpe pak cik, da sampai pun anak pak cik tu.. jangan sedih2 ye!

But then, several minute later..
aku mula berpikir.. sengaja membuat sedikit perbandingan.. apa pulak perasaan mak bapak Palestinian yang hari2 anak mereka keluar dan belum tentu akan pulang.. dan yang biasa aku dengar orang2 Palestin nih.. bila dilepaskan anak untuk berjuang, mereka memang tak pernah memikirkan kepulangan anak2.. sesungguhnya keyakinan SYAHID itu jelas begitu akrab dengan jiwa mereka..

mungkin..

adakah mungkin jiwa kita belum secekal ibu-bapa disana.. menyebabkan kita belum mampu diterima oleh Tanah Palestin. (Ini mungkin saja jangan bimbang) Anggap sahaja satu muhasabah buat diri kita untuk menjadi lebih baik. Andai aku punya anak kelak.. Ok aku xda anak lagi. Sekiranya aku yang pergi ke Palestin, ada kah sama rasa mak dan ayah sama seperti ibu dan ayah Palestinian melepaskan anak2 mereka.

Itu baru mak dan ayah, tanya sikit..

"Sarah, kau dah bersedia ke berjuang demi Sebuah Palestin?".. ya soalan ni aku tujukan untuk semua kita, letak dalam diri untuk kita ulang tanya tiap hari. Muhasabah dan dalam masa yang sama menanam azam...

Kadang kita pikir tidak logik, maka ambillah inspirasi dari Sultan Muhammad Al-Fatih yang menawan Konstantinopel seawal usia 21 tahun.

fake it till u make it..

oklah.. ini sekadar cebisan kotak pikir dari aku lepas menonton slot khas ketibaan 6 orang peserta Penghantaran Bantuan Kemanusian dari kapal MV Rachel Corrie.

Tahniah kepada wira-wira yang begitu tegar mempertaruh nyawa ke tanah Palestin meski akhirnya kalian dihantar pulang, jangan berkecil hati.. InsyaAllah niat suci kalian telah sampai di pandangan Tuhan. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang telah kalian juangkan!!

Nota kaki:
Mungkin ini hanya kata2 picisan aku, just take it or leave it.. ^__^. Thanks for reading!

~Wassalam!

03 June 2010

Manusia Aneh

Setelah menghampiri setahun bekerjaya..

aku sudah mula merasakan keanehan manusia-manusia dalam dunia sebenar..
dah lama rupanya aku duduk dalam kehidupan yang 'selamat'.. (form 1 - universiti)
bila bekerja ni.. macam-macam orang jumpa,

hurm.

*p/s:kawan2 jangan berhenti menitip doa untuk saudara2 kita di Palestin..

Sekian.

30 May 2010

Penang Trip

gaya orang (konon) sibuk. ke Penang petang Jumaat dan pulang ke KL semula petang Sabtu.

Pulang dari Penang, duduk single seat.. Miha di depan.
Duk sorang diri melayan perasaan,
seorang itu sudah bertunang, yang dua menunggu masa bernikah..

Cepat betul masa berlalu.. T_T
Rasa baru semalam kenal.. duduk dalam usrah sama2..
kena marah sama2.. buat keja balai.. buat keja k-um..

Apapun,
Semoga dipermudahkan jalan kalian sampai ke alam perkahwinan.
Selamat menjadi ahli syurga sahabat! ^___^

"Apabila seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, Maka dikatakan kepada wanita itu.. 'Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana yang kamu inginkan'"
- HR Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a

Sekian.

28 May 2010

Mencari bahagia

kadang-kadang dalam hidup,
kita sering tercari-cari.. tetapi tidak tahu apa yang kita cari..

mencari tenang yang xketemuan..
stress yang tak nampak penghujung..
dan bahagia diri yang selalu hilang..

sebenarnya,
semua telah dihadapan kita sendiri,
tinggal kita untuk memilih..

terima kasih Hajar B,

*thumbs up!!*

.sekian.