sure, memang inilah status di YM mahupun gtalk.. ^__^
ok the story goes~
td aku lihat di TV sorg pakcik ni tengah tunggu anak die (yang ikut xpdc kapal MV Rachel Corie).. terharu tengok kasih sorang bapak macam tu skali.. nak berciciran dah air mata beliau. Takpe pak cik, da sampai pun anak pak cik tu.. jangan sedih2 ye!
But then, several minute later..
aku mula berpikir.. sengaja membuat sedikit perbandingan.. apa pulak perasaan mak bapak Palestinian yang hari2 anak mereka keluar dan belum tentu akan pulang.. dan yang biasa aku dengar orang2 Palestin nih.. bila dilepaskan anak untuk berjuang, mereka memang tak pernah memikirkan kepulangan anak2.. sesungguhnya keyakinan SYAHID itu jelas begitu akrab dengan jiwa mereka..
mungkin..
adakah mungkin jiwa kita belum secekal ibu-bapa disana.. menyebabkan kita belum mampu diterima oleh Tanah Palestin. (Ini mungkin saja jangan bimbang) Anggap sahaja satu muhasabah buat diri kita untuk menjadi lebih baik. Andai aku punya anak kelak.. Ok aku xda anak lagi. Sekiranya aku yang pergi ke Palestin, ada kah sama rasa mak dan ayah sama seperti ibu dan ayah Palestinian melepaskan anak2 mereka.
Itu baru mak dan ayah, tanya sikit..
"Sarah, kau dah bersedia ke berjuang demi Sebuah Palestin?".. ya soalan ni aku tujukan untuk semua kita, letak dalam diri untuk kita ulang tanya tiap hari. Muhasabah dan dalam masa yang sama menanam azam...
Kadang kita pikir tidak logik, maka ambillah inspirasi dari Sultan Muhammad Al-Fatih yang menawan Konstantinopel seawal usia 21 tahun.
fake it till u make it..
oklah.. ini sekadar cebisan kotak pikir dari aku lepas menonton slot khas ketibaan 6 orang peserta Penghantaran Bantuan Kemanusian dari kapal MV Rachel Corrie.
Tahniah kepada wira-wira yang begitu tegar mempertaruh nyawa ke tanah Palestin meski akhirnya kalian dihantar pulang, jangan berkecil hati.. InsyaAllah niat suci kalian telah sampai di pandangan Tuhan. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang telah kalian juangkan!!
Nota kaki:
Mungkin ini hanya kata2 picisan aku, just take it or leave it.. ^__^. Thanks for reading!
~Wassalam!