Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 July 2010

jiha da kawen

best gak mengembara ke kuantan bersama rakan-rakan

------update: 9 Mac 2011------

macam tak de keje kan? dah lepas berapa bulan ni dari tarikh kejadian? haa.. xpayah jawab. aku punya masalah malas hari tu sudah aku kesalkan. so aku jot down sket2 la, takut nanti kalau satu hari hilang dari otak aku, bleh la aku revised kat sini.

Jiha kawin 10 july kan? utk kes ni, kami pergi dan balik pada hari yang sama. pagi2 berkumpul di stesen U (aku rasa la) trip kali ni 8 orang (sham, harith, ain, mun, raihan, awanis, aku, nirah) dari KL. sementara 3 org (jan, shake, zana ok plus pudin) lagi dah ready dari Kuantan.

ktorg sampai kuantan around zohor gak la. Harith duk bising bgtau pasal sekolah die. err.. but then sesat sket mencari rumah jiha. kami pun tunggu la kereta baby elite Shake menyelamatkan keadaan.

dan keluarlah kami bersama para hadiah. yang tidak sampai pun, turut mengirimkan hadiah tau.

ok. lepas makan, bergambar lah pulak kan? oh penat tau tunggu pengantin ni.. bizi men.. pergi menyambut para tetamu yang hadir.

atlast,



after bergambar, kami pun singgah di rumah shake untuk solat.


refresh sket, then barulah berjalan ke pantai teluk chempedak. bleh tahan angin petang. layanzz..


pastu minum petang. dan berangkat pulang.


*aku ada nampak staff tekad, oh encik boss pun ada nampak jugak. tapi aku sempat tegur sahril je kut. kut la. sapa kah namanya tu adik free hair yg ada anak comel tu. pun xsempat tegur. hurm~

sekianlah update aku tentang perkahwinan jiha dan sham. time aku tulis ni, dia tengah tunggu masa je nak bersalin. hahaha! maaf puan najihah. lama giler aku stuck mendapatkan master inspirasi utk karang post ni.

Semoga kamu selamat melahirkan tanpa sebarang komplikasi yang serius!

05 July 2010

hidup + ofis + smoke = double stress

hai semua! Bertemu lagi kita ye..

ok, hari ini sebenarnya adalah hari yang stress.. it should b Monday blues tp end up with Monday Stress lak.. hurm layan kan sajalah..

Tak perlulah ceritakan ke'stress'an macam mana or sebab apa kan.. biasa lah kerja, mana ada yang tak stress.. kan? ^__^

jadi, enjoy the pic ajelah kan.. balik kampung weekend lepas dapat sikecil comel ini..

Hampir-hampir ia terhilang dek kerana keciciran ketika memunggah barang malam semalam..

Kita kasi zoom sikit lagi..
Amacam, comel kan?

Ok sebelum berpisah.. sedikit peringatan.. ayuhlah kita menyiapkan diri.. tak lama lagi Ramadhan.. ^____^, stretching lebih sikit la tahun nih.. nak berjuang sebulan ni.. Belajar tahan marah.. Belajar jadi sabar lebih lagi.. yang lebih penting!Lebih kuat menambah amal ibadah.. Ameen..


Oklah till then semua,

Selamat Beramal!

Me@Ofis Kelana Jaya.

02 July 2010

Tersenyumlah Wahai Dunia!

Biasa kita dengar..
Saat kita diperlaku buruk oleh manusia lain,
maka seringlah melihat sisi baiknya.
Mungkin hari ini dia berbuat buruk,
tetapi kan pernah dulu dia berbuat baik pada kita.
Sungguh amat zalim untuk kita menghukum dia
sekadar sedikit keburukan yg mungkin kesilapan..
(Manusia kan resminya alpa)

Tetapi,
ada saatnya serasa rengkung nafas menjadi sesak..
Berkali-kali dia melakukan yang buruk dan yang buruk juga..
Sehingga seakan tiada lagi kebaikan dia yang bisa terlihat..
Hati pun mula berdetik
"Asyik aku je nak ikutkan rentak kau, pernah kau ikut rentak aku?
Pernah kau cuba untuk faham aku?"

Lalu,
Kita ikutkan amarah, api itu kita simbah dengan minyak, biar marak..
Satu persatu silap kita ungkit..

Sehingga..
segalanya menjadi berantakan..
Hati bernanah luka..
Keakraban sebuah persaudaraan mula lerai..
Sahabat bertukar menjadi musuh..

Dan
Kau menjauh mengikut haluan kau..
Dia terus menjunjung perjuangannya sendiri..

Sungguh!
Ini senario dunia hari ini. Tidak sedikit kejadian sebegini berlaku.
Atas dasar apa perlu kita berantakan.

Nafsu kan??
Jangan begitu sahabat..
Kerna pedoman kita bukan nafsu,

Renungkanlah [Al-Hujurat:10]
“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Untuk setiap sakit yang terus kau terima atas keburukan sahabatmu itu,
maafkanlah..
mungkin fahamnya tidak seperti kita.
Kitakan besarnya dari cara yang berbeza..
Jika berpeluang nyatakanlah apa yang tak kau sukai itu,
mana tahu dia tidak menyedarinya.
Mungkin dia akan membaik kelak..
Jika tidak, terus lah berlapang dada..

InsyaAllah,
Sabar itu sentiasa ada nilainya..

Teruslah belajar dari pohonan yang sentiasa memberi buah
meski tekadang daunnya di sapa asap sampah,
dan batangnya ditoreh-toreh..

Teruslah belajar dari ibu dan ayah
yang sentiasa berbuat baik kepada kita
meski sering kita berlaku buruk pada mereka..

Belajarlah,
yang Allah itu sering memberi peluang untuk hambaNya membaik..

Maka,
untuk semua ini..
teruskan berSABAR sahabatku..

Ingatlah,
Atas semua payah dan musibah ini..
Allah sentiasa bersama kita.
Sekarang dan Selamanya..

*tarik sikit pipi*
tersenyumlah kerna itu lebih manis ^___^

Cebisan Nota Hati,
Kelana Jaya

29 June 2010

Mana yang dulu?

Melayari sehari demi sehari aku semakin rindu yang dulu. Biar ada yang baru tetap yang dulu kan terus dirindu. Mungkin itulah namanya penghargaan.

Tanpa yang dulu siapalah yang baru.

Sebenarnya saya rindu seorang Sarah yang dulu. Jujur.

Dunia telah merubah warnakan Sarah yang sekarang. tapi sedayanya tidak terpamer pada riak. hakikatnya hati telah parah berdarah.

Apa agaknya akan jadi pada hari depan...hurm~

T_T

Kelana Jaya.

26 June 2010

It's Her Big Day

Dah 12 hari rupanya aku xupdate blog.. T_T ~

orait back to the topic.. Macam mimpi je, tapi ya benar Cik Samihah kita da bertukar status menjadi Puan Samihah.. Isteri kepada Saudara Khairul Fadhli..

Rasa macam baru semalam kak As tanyakan Samiha pasal Khairul.. (antara ahli usrah mestilah aku yang awal, sebab dah memang 1 usrah dari first year kan, disamping belajar pun satu kelas) waktu tu macam.. tak de perasaan sangat.. ye lah tengah belajar lagi kan..

As time goes on..
tetap rasa macam main-main. Haha~ ok ok enough.. orang da kawen pun kan.. xpayah nak membebel xpercaya panjang lebar.

Btw,
ini adalah first time kenduri kawan2 yang aku hadiri sejak hari sebelum akad.. as in tolong2 la jugak keluarga pengantin kan.. Semalam after habis kerja (actually kerja pun ada yg masih pending.tinggal kan je la.)terus ke Kompleks Tabung Haji, tengok dewan.. (terima kasih Awanis tolong hantar ^__^).. pastu dengan Samiha bergerak pula ke rumah dia..

Oh!! Ada Lily, long time tak jumpa.. (psst..dh ada Saga jangan lupa roger..)

Lepas Isyak mulalah sesi tolong menolong apa yang patut.. Keje simple je sebenonye.. isi gula2 untuk doorgift anak-anak.. di samping support team untuk kak As susun hantaran buah...

Tolong itu ini, then kami bergerak pulang dalam jam 11 malam camtulah.. kesian pengantin kena tido lewat.. Oh lupa plak bagitau Kak Shira dan Kak As berjaulah berdua dari utara ditemani TAJ7210.. (siap amik cuti untuk menghadiri Walimah Samiha ni.. terbaik!)

Balik rumah, lepas siap mandi semua.. Kak Shira terus padam, almaklumlah travel jauh kut.. dah bertolak dari Jitra jam 7 pagi.. (perkasa!)

Ok .. pasal Nikah dan Walimahnya? aku rasa mana2 pun perjalanan majlis sama je.. So event tetap berjalan seperti biasa yang kita selalu tengok kenduri kawen tu la.. :P

dan lagi satu soalan biasa..
"Awanis bila pulak?" soalan Kak Shira pada Awanis.. ahaha~
"Soalan ni default kak.So jawapan saya default jugak la.. " ahaha~

Sekarang aku da dapat rasa mengapa ada sesetengah orang tak berapa gemar nak gi kenduri kawen. Boleh bikin stress kut. Tapi aku x de la sangat.. steady..

Di penghujung majlis menerima lagi 2 jemputan perkahwinan.. Jiha dan Rabi.. takpe, teruskan lagi pergi kenduri kendara.. amik berkat kata orang.

Sejak semalam dah meninggalkan kerja.. maka, hari ni perlu memikirkannya semula.. janji tetap perlu ditepati..kan Awanis?..Berusaha!

*Kak Mash, bila da ada berita gembira kabarkan ye! Kut2 ada rezeki kembali ke PJ semula .. ^_~!
*Tajuk post ini diambil dari status Linda semalam (credit to Su@Linda)
*Dah dah..Jom Kerja!

Pen off,
5.44pm Vista Subang,KJ.