Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 July 2010

tv

bersiaran dari rumah Kg Gajah.

ok sekarang 6.24 pagi. Baru sudah solat Subuh. Indah betul suasana kampung. Aku bleh bertahan lak berjaga malam. Biasa aku kalau tido jam 9, terjaga tengah malam pun mesti aku nak sambung tido balik.

Tapi setelah aku melakukan perkara yang sama di kampung, terjaga jam 1230 malam tadi.. bleh pulak aku bertahan sampai sekarang..

Motivasi utama:
1. Dah janji nak siapkan pdf.
2. Ada siaran AXN. hehe

Ok sambil aku siapkan pdf untuk printing.. aku layan movie.. so xdela mengantuk sangat.. filem zaman skarang ni banyak betul citer ala-ala super hero ni kan.. layan kan ajelah.. Filem start 3.40 - 5.30. Jam 5 - 6 kat TV3 ada Al-Kuliyah siaran ulangan.

Insaf aku mendengar Alkuliyah di saat suasana hening-hening subuh begini..

Hurm.
Kalaulah kan.. masa-masa indah aku di skolah dulu ada di CD kan.. mesti aku boleh ulang tengok berjuta kali.. untuk biar aku boleh berjaga malam.. ^__^ how sweet being a teenage kan?

haha.

ok, jom sambung Tanyalah Ustaz, jap lagi jam 7.

Till Then!

16 July 2010

Upbringing

Excited lak untuk memulakan New Chapter.

ok tajuk ringkas.Upbringing.

Seperti yang kita semua tahu, setiap diri kita menerima didikan dan asuhan yang berbeza.. bergantung kepada persekitaran keluarga, sekolah, matrikulasi, universiti, kerja, dan rakan2 rumah sewa.

Walaupun kadang kita xperasan tapi, semua yang tersenarai sedikit sebanyak memberi kesan kepada didikan dan corak diri kita dalam mendepani hidup sehari-hari.

A. Mungkin ada diantara kita yang memang dibesarkan dalam keluarga yang begitu menjaga waktu solat.. begitu menitik beratkan soal agama.. kemudian belajar pula di sekolah agama.. di matrik dan universiti tidak pernah tinggal ke kelas-kelas agama dan usrah di sana sini..

B. Mungkin ada juga yang tidak pernah pun ada semua itu.. lahir dari keluarga yang beragama Islam.. tapi sekadar solat. aurat tak pernah kisah.. baca Quran pun jarang2..

(kat sini aku bagi 2 contoh je la ek)

dan pelbagai lagi lah cara kita dibesarkan..

Semua inilah yang sebenarnya memberi corak kepada daya pikir kita.. untuk mereka yang tidak berasal dari keluarga B.. mungkin pemikiran dia takkan sampai kepada apa yang cuba disampaikan oleh keluarga A.. sebab ilmu mereka xsampai ke tahap sedemikian..

Terkadang kita terlupa hakikat ini..

Bila apa yang kita cuba sampaikan tidak selari dengan pemikiran mereka.. keciciran data akan terjadi.. dan salah anggapan menjadi perkara yang sering berlaku.

Jadi,
berlapang dada dan berusahalah untuk memberi faham..

selebihnya berdoalah. ^__^

*terus bersabar dan berusaha menjadi yang lebih baik.hari demi hari.BERUSAHA!

Kelana Jaya.

15 July 2010

after all

dari 5 hanya 2 yang bersisa..

dah setahun,

Selamat ulang tahun bekerja Sarah ^^,
(also goes to my dear friend Awanis)

susah2 pun dah setahun jugak kerja kat sini.

Afterall,

Verily, every hardship there is relief..[90:6]

Kalo kome tanya aku.. relief ke?? terlalu subjektif untuk dijawab..

apa yang penting,

aku mahu,
mencuba menghargai semua yang disekeliling ini..

setidak-tidaknya,
aku bekerjaya..

sedar tak sedar,
aku belajar berdikari.

paling penting,
aku masih diberi peluang
untuk terus berjuang bersama kalian dibumi PJ yang tercinta ini..

meski Iman punya surut dan naiknya,
aku terus berdoa untuk esok yang lebih baik.

Catatan dari hati.

terus disini,
.Kelana Jaya.

13 July 2010

Semasa

UTUSAN ONLINE 02JUL2010 - 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).

Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009. "Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008" titah baginda.

Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.

Berita ini sungguh menggemparkan. Lalu apa peranan kita?

-Kelana Jaya.

12 July 2010

jiha da kawen

best gak mengembara ke kuantan bersama rakan-rakan

------update: 9 Mac 2011------

macam tak de keje kan? dah lepas berapa bulan ni dari tarikh kejadian? haa.. xpayah jawab. aku punya masalah malas hari tu sudah aku kesalkan. so aku jot down sket2 la, takut nanti kalau satu hari hilang dari otak aku, bleh la aku revised kat sini.

Jiha kawin 10 july kan? utk kes ni, kami pergi dan balik pada hari yang sama. pagi2 berkumpul di stesen U (aku rasa la) trip kali ni 8 orang (sham, harith, ain, mun, raihan, awanis, aku, nirah) dari KL. sementara 3 org (jan, shake, zana ok plus pudin) lagi dah ready dari Kuantan.

ktorg sampai kuantan around zohor gak la. Harith duk bising bgtau pasal sekolah die. err.. but then sesat sket mencari rumah jiha. kami pun tunggu la kereta baby elite Shake menyelamatkan keadaan.

dan keluarlah kami bersama para hadiah. yang tidak sampai pun, turut mengirimkan hadiah tau.

ok. lepas makan, bergambar lah pulak kan? oh penat tau tunggu pengantin ni.. bizi men.. pergi menyambut para tetamu yang hadir.

atlast,



after bergambar, kami pun singgah di rumah shake untuk solat.


refresh sket, then barulah berjalan ke pantai teluk chempedak. bleh tahan angin petang. layanzz..


pastu minum petang. dan berangkat pulang.


*aku ada nampak staff tekad, oh encik boss pun ada nampak jugak. tapi aku sempat tegur sahril je kut. kut la. sapa kah namanya tu adik free hair yg ada anak comel tu. pun xsempat tegur. hurm~

sekianlah update aku tentang perkahwinan jiha dan sham. time aku tulis ni, dia tengah tunggu masa je nak bersalin. hahaha! maaf puan najihah. lama giler aku stuck mendapatkan master inspirasi utk karang post ni.

Semoga kamu selamat melahirkan tanpa sebarang komplikasi yang serius!