Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 July 2010

Corat-coret hujung minggu

Salam Alaik'

ikhwah wal akhowat, saudara dan saudari, muslimin dan muslimat.

Serta selamat pagi juga kepada saudara2 semanusia sekalian alam

1. Semalam ke PPN Khas. Duduk dengan Kak Gee dan Kak Tiq.. wallah rasa seperti org dewasa sudah.. ^^, [BTW, apapun keputusan pimpinan, saya turuti sahaja.. InsyaAllah pasti semua itu pilihan terbaik. Pilihan syura pasti ada pahalanya]

2. Seterusnya recee Kem Lembah Genting di Batangkali. Meskipun nak masuk kali ke-3 program disana... tapi tetap nak kena recee.. heh~ Almaklumlah, first time nak book chalet.. selama ni memang amik dorm saja.. [Ke Batangkalli ikut jalan Ulu Yam!Pergh memang mencabar.. untuk kereta manual dan 660cc.. hehe]

3. Baliknya terus ke Masjid Muqorrobin, Bandar Tasik Selatan. Melihat-lihat suasana Konsis Zon Tengah.. Biasalah bergerak dengan Kak Tiq, mestilah banyak kita perlu belajar dan fahami. Kagum betul dengan Kak Tiq ni.. drive jauh2 guna manual gini.Fuh!paling Perkasa!..[Berjumpa Eda room-mate 1st year di KONSIS. Penuh suprise betul program2 ni. Hari tu jumpa Syafarah, ini jumpa Eda plak.. Alhamdulillah.Syabas untuk semua penggerak dakwah sekalian..]

4. Ok hari ni, ada satu lagi cadangan aktiviti Lunch bersama JK GRUM.. [kita lunch time next program je xbleh ke?Best kalau menghabiskan masa dirumah sambil mengemas dihujung minggu begini.Bukan senang dapat duk rumah.kan?]

5. Imam Muda tinggal Hizbur dan Asyraf. Siapa akan di nobat juara Imam Muda?[ok ini memang tiada kaitan saja tulis]

6. Oh lupa, jom kita men-dokumentasi projek GRUM yang telah lalu. [Please umat manusia sekalian jangan suruh saya yang malas ini jadi SU lagi.. Bahaya.heh~]

KJ.

23 July 2010

Imam Muda

Salam.

Credit goes to Awanis untuk persoalan kamu tentang Imam Muda.

Hasilnya?

Saya mahu promosi kepada kalian semua.. sila lah tonton siaran tersebut. Byk info yang dapat diperoleh InsyaAllah.. Apa? dah terlepas banyak episod? Jangan bimbang.. Bleh catch-up di You Tube.. 8 episod yang telah berlalu ada disana.. rajin2kan lah browse you-tube..

Imam Muda ni, nampak suam-suam kuku saja di Malaysia.. tapi famous kat Eropah ni realiti show kita ni.. Sampai kat you-tube tu ada version english subtitle lagi..

Apa yg menarik? Kita boleh melihat realiti masyarakat kita dari minggu ke minggu melalui tugasan yang mereka terima.. para ibu yg terlanjur.. anak2 yatim, masyarakat yang hilang malunya dgn berkhalwat disana sini.. realiti penceraian zmn kini.. dan yg lebih menginsafkan.. melihat pengurusan jenazah dilakukan, dengan membayangkan.. kitalah jenazah itu..

Jemput semua untuk menonton!

Kelana Jaya as always.

18 July 2010

tv

bersiaran dari rumah Kg Gajah.

ok sekarang 6.24 pagi. Baru sudah solat Subuh. Indah betul suasana kampung. Aku bleh bertahan lak berjaga malam. Biasa aku kalau tido jam 9, terjaga tengah malam pun mesti aku nak sambung tido balik.

Tapi setelah aku melakukan perkara yang sama di kampung, terjaga jam 1230 malam tadi.. bleh pulak aku bertahan sampai sekarang..

Motivasi utama:
1. Dah janji nak siapkan pdf.
2. Ada siaran AXN. hehe

Ok sambil aku siapkan pdf untuk printing.. aku layan movie.. so xdela mengantuk sangat.. filem zaman skarang ni banyak betul citer ala-ala super hero ni kan.. layan kan ajelah.. Filem start 3.40 - 5.30. Jam 5 - 6 kat TV3 ada Al-Kuliyah siaran ulangan.

Insaf aku mendengar Alkuliyah di saat suasana hening-hening subuh begini..

Hurm.
Kalaulah kan.. masa-masa indah aku di skolah dulu ada di CD kan.. mesti aku boleh ulang tengok berjuta kali.. untuk biar aku boleh berjaga malam.. ^__^ how sweet being a teenage kan?

haha.

ok, jom sambung Tanyalah Ustaz, jap lagi jam 7.

Till Then!

16 July 2010

Upbringing

Excited lak untuk memulakan New Chapter.

ok tajuk ringkas.Upbringing.

Seperti yang kita semua tahu, setiap diri kita menerima didikan dan asuhan yang berbeza.. bergantung kepada persekitaran keluarga, sekolah, matrikulasi, universiti, kerja, dan rakan2 rumah sewa.

Walaupun kadang kita xperasan tapi, semua yang tersenarai sedikit sebanyak memberi kesan kepada didikan dan corak diri kita dalam mendepani hidup sehari-hari.

A. Mungkin ada diantara kita yang memang dibesarkan dalam keluarga yang begitu menjaga waktu solat.. begitu menitik beratkan soal agama.. kemudian belajar pula di sekolah agama.. di matrik dan universiti tidak pernah tinggal ke kelas-kelas agama dan usrah di sana sini..

B. Mungkin ada juga yang tidak pernah pun ada semua itu.. lahir dari keluarga yang beragama Islam.. tapi sekadar solat. aurat tak pernah kisah.. baca Quran pun jarang2..

(kat sini aku bagi 2 contoh je la ek)

dan pelbagai lagi lah cara kita dibesarkan..

Semua inilah yang sebenarnya memberi corak kepada daya pikir kita.. untuk mereka yang tidak berasal dari keluarga B.. mungkin pemikiran dia takkan sampai kepada apa yang cuba disampaikan oleh keluarga A.. sebab ilmu mereka xsampai ke tahap sedemikian..

Terkadang kita terlupa hakikat ini..

Bila apa yang kita cuba sampaikan tidak selari dengan pemikiran mereka.. keciciran data akan terjadi.. dan salah anggapan menjadi perkara yang sering berlaku.

Jadi,
berlapang dada dan berusahalah untuk memberi faham..

selebihnya berdoalah. ^__^

*terus bersabar dan berusaha menjadi yang lebih baik.hari demi hari.BERUSAHA!

Kelana Jaya.

15 July 2010

after all

dari 5 hanya 2 yang bersisa..

dah setahun,

Selamat ulang tahun bekerja Sarah ^^,
(also goes to my dear friend Awanis)

susah2 pun dah setahun jugak kerja kat sini.

Afterall,

Verily, every hardship there is relief..[90:6]

Kalo kome tanya aku.. relief ke?? terlalu subjektif untuk dijawab..

apa yang penting,

aku mahu,
mencuba menghargai semua yang disekeliling ini..

setidak-tidaknya,
aku bekerjaya..

sedar tak sedar,
aku belajar berdikari.

paling penting,
aku masih diberi peluang
untuk terus berjuang bersama kalian dibumi PJ yang tercinta ini..

meski Iman punya surut dan naiknya,
aku terus berdoa untuk esok yang lebih baik.

Catatan dari hati.

terus disini,
.Kelana Jaya.