Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

01 August 2010

Kem Lembah Genting

Alhamdulillah, usai sudah Mukhayam Outdoor Camp Akhwat PJ/SJ. Meskipun ini kali ke-3 ke Kem Lembah Genting, tapi tiap kali ada perbezaan perasaannya.

1. Mukhayam Wanita JIM S'ngor - waktu ni pegi as peserta, kami dari PJ.. Kak Tiq, aku dan Kak Shira. Time ni sangat best lah kn. Sebab first time main flying fox, repelling and jungle survival. yang menambahkan menarik adalah.. makcik2 yang umur 50-an pun masih gagah lagi ke program2 lasak seperti mukayam ni. memang Terbaik!. Waktu ni, zaman2 baru start kerja. K. Shira pun masih di PJ T_T..

2. Gerakkan Ummah Madani (GRUM) - Baru je bulan lepas. Kali ni as AJK. Ok, actually as S/U. (but, plis i think mmg xsuit keje S/U ni,fuh!dokumentasi program?OMG!).. Disebabkan ketika ni, kita join dengan Lembah Genting boleh kata untuk Flying Fox(xsemua dapat buat) + Night Walk + penginapan sahaja. Maka memang terhadlah nak melampiaskan perasaannya kan.. Tambahan pulak Night Walk pun xdapat join, (demi menyiapkan sijil2) so.. x banyak nak komen untuk ini. Cuma, gembira dapat berkenalan dengan Kak Fiza.. ^__^

3. Outdoor Camp Akhwat - Baru habis petang tadi, dan d' feeling is GREAT! ok, dapat berkenalan dengan akhwat kawasan.. best2.. Ramai kakak2 yang sebelum ni tidak ku kenali lalu muncul berganding tenaga utk projek IKRAM yg julung2 kali diadakan ini.. ^^, Adik2 pun nampak taburan sekata diantara IPT.. a nice start.. Ok, kali ni jadi Bendahari dan maksudnya 2nd time dtg ke Lembah Genting as AJK. First time dapat mencuba memanah (time GRUM ritu xsempat, sibuk duk ngangkut org).. kemudian mengiring peserta ber'flying fox' dan ber'jungle survival'.. Oh ya, first time makan telur ayam mentah T_T..

Ok sekian dulu Kisah Lembah Genting. Mungkin next time kita boleh cuba kem-kem lain yang terdapat di Malaysia ni.. Mungkin ada yang lebih menarik.. ^___^

*ehm.. disebabkan duk berulang-alik masuk sungai, menjadikan aku pun xbawa handphone.. Kaitan? so takdelah dapat diserikan kisah ini dgn gmbar.

*err.. fatah jika kamu membaca, kamu ada kembar x, yang telah terpisah sekian lama? Akak ada terserempak di kem, pergilah jejaki.. hehe~

Salam.Kelana Jaya

29 July 2010

Buku sahaja.

Dalam rumah di Kelana Jaya ni.. aku ada banyak buku. Almaklumlah. ada 2 orang dalam rumah ni obses sungguh membeli buku. Boleh cakap asal masuk kedai buku, mesti keluar kena beli paling koman sebuah buku.. Itu kalau pegi kedai buku, kalau pergi Pesta Buku?? Ha.. pikir lah sendiri kan..

Tapi,
masalah utama. Bukunya banyak, bacanya tidak. Masalah kan?

Boleh kira berapa yang aku dah khatam, kebanyakannya aku baca few pages yang depan.. Dan banyak gak, yang dah baca 3/4 tapi xhabis sampai sekarang.. ^______^

Malam ni, aku berharap untuk setelkan kebanyakan perkara tertunggak yang membeban & men'stress'kan pemikiran..

Meskipun telah tahu dan segenap banyak kali diingatkan untuk tidak bertangguh.. tetapi tetap jua melakukan tangguhan..

Wahai Karat Jahiliah yang berlabuh di dada hati, bilakan kamu mahu beransur pergi??

Till then, Wassalam.

Currently reading.. Men Who Hate Women & The Women Who Love Them..*wink wink*

Kelana Jaya.As always

27 July 2010

Meeting dan Buku

meeting tadi telah berlanjutan sehingga menghampiri jam 11.15mlm.. semua excited untuk memberi pendapat.. dan penambah baikan.. Alhamdulillah.. bagus semuanya.. ^^,

Terus berdoa.. semoga usaha ini mendapat bantuanNya.. dan semoga urusan kita dipermudahkan.. Good Luck everybody.. we can do it.

Reminder . .
1. Hantar design banner kat Kak Elena
2. Update mana2 urusan yang nak guna wang..

Sebenarnya hasrat nak alter design banner, tapi rasanya better buat esok tengahari ajelah..

Jam dah 1 pagi kan.. Takut pulak terlajar Subuh.

Jom masuk tidur sambil ditemani buku Ramadan Tetamu Yang Dirindui.. Bolehlah prepare mental mana yang patut.. Revise mana2 yang terlupa..

Ok.Salam..Bye.

pen-off,
1am,Kelana Jaya

25 July 2010

Corat-coret hujung minggu

Salam Alaik'

ikhwah wal akhowat, saudara dan saudari, muslimin dan muslimat.

Serta selamat pagi juga kepada saudara2 semanusia sekalian alam

1. Semalam ke PPN Khas. Duduk dengan Kak Gee dan Kak Tiq.. wallah rasa seperti org dewasa sudah.. ^^, [BTW, apapun keputusan pimpinan, saya turuti sahaja.. InsyaAllah pasti semua itu pilihan terbaik. Pilihan syura pasti ada pahalanya]

2. Seterusnya recee Kem Lembah Genting di Batangkali. Meskipun nak masuk kali ke-3 program disana... tapi tetap nak kena recee.. heh~ Almaklumlah, first time nak book chalet.. selama ni memang amik dorm saja.. [Ke Batangkalli ikut jalan Ulu Yam!Pergh memang mencabar.. untuk kereta manual dan 660cc.. hehe]

3. Baliknya terus ke Masjid Muqorrobin, Bandar Tasik Selatan. Melihat-lihat suasana Konsis Zon Tengah.. Biasalah bergerak dengan Kak Tiq, mestilah banyak kita perlu belajar dan fahami. Kagum betul dengan Kak Tiq ni.. drive jauh2 guna manual gini.Fuh!paling Perkasa!..[Berjumpa Eda room-mate 1st year di KONSIS. Penuh suprise betul program2 ni. Hari tu jumpa Syafarah, ini jumpa Eda plak.. Alhamdulillah.Syabas untuk semua penggerak dakwah sekalian..]

4. Ok hari ni, ada satu lagi cadangan aktiviti Lunch bersama JK GRUM.. [kita lunch time next program je xbleh ke?Best kalau menghabiskan masa dirumah sambil mengemas dihujung minggu begini.Bukan senang dapat duk rumah.kan?]

5. Imam Muda tinggal Hizbur dan Asyraf. Siapa akan di nobat juara Imam Muda?[ok ini memang tiada kaitan saja tulis]

6. Oh lupa, jom kita men-dokumentasi projek GRUM yang telah lalu. [Please umat manusia sekalian jangan suruh saya yang malas ini jadi SU lagi.. Bahaya.heh~]

KJ.

23 July 2010

Imam Muda

Salam.

Credit goes to Awanis untuk persoalan kamu tentang Imam Muda.

Hasilnya?

Saya mahu promosi kepada kalian semua.. sila lah tonton siaran tersebut. Byk info yang dapat diperoleh InsyaAllah.. Apa? dah terlepas banyak episod? Jangan bimbang.. Bleh catch-up di You Tube.. 8 episod yang telah berlalu ada disana.. rajin2kan lah browse you-tube..

Imam Muda ni, nampak suam-suam kuku saja di Malaysia.. tapi famous kat Eropah ni realiti show kita ni.. Sampai kat you-tube tu ada version english subtitle lagi..

Apa yg menarik? Kita boleh melihat realiti masyarakat kita dari minggu ke minggu melalui tugasan yang mereka terima.. para ibu yg terlanjur.. anak2 yatim, masyarakat yang hilang malunya dgn berkhalwat disana sini.. realiti penceraian zmn kini.. dan yg lebih menginsafkan.. melihat pengurusan jenazah dilakukan, dengan membayangkan.. kitalah jenazah itu..

Jemput semua untuk menonton!

Kelana Jaya as always.