Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 August 2010

Ramadhan datang lagi

InsyaAllah, jika diizin tuhan.. esok akan menjadi Ramadhan ke-23 aku sebagai hambaNya..Mohon Allah terus memberi peluang untuk aku menjalani Ramdhan kali ini..

Aim : Ramadhan menjadi titik tolak perubahan diri kepada yang lebih baik. Nilai tambah diri adalah taqwa, semoga ku temu dalam sekolah Ramadhan kali ini.

Sempena itu, maafkan aku rakan-rakan untuk segala silap dan salah andai pernah terlanjur meluah.. dan terlanjur meningkah..

Aku doakan kita semua berjaya dengan cemerlang dalam Sekolah Ramadhan kali ini sekaligus terpilih ke Program Lailatul Qadar.. ^___^

Good Luck semua!

masih disini,
.Kelana Jaya.

06 August 2010

Konvo 2010 Part 2

Salam semua.

Ini episod ke-2 untuk cerita konvo semalam..

Alhamdulillah perancangan nak meraikan Konvokesyen Kak Shira di permudahkan.

Semalam, pada asalnya nak keluar rumah jam 9 lebih. Kata kak CT time tu jalan lengang. Oklah.. tapi tbe2 Kak CT layan lak buat kad.. dan aku terjebak. Sehinggalah jam drag kepada pukul 10 pagi baru keluar dari rumah.. pegi ke Fizik, dan Kak CT pegi bersarapan dengan Kak Jaja.. maka aku pun mengerahkan diri sendiri ke JPJ.. Pusing punya pusing mencari mana JPJ ni.. nampak dah bangunan.. nak masuk xtau macam mana.. Then dapat sms dr Kak Shira.

"Slm sy da abes.kamu ada mu dtg kah?"

Maka setelah timbang tara aku pun berpatah balik. Ke UM. Dan disana bertemulah dengan Kak Shira dan Kak Alfa.. Ya Kak Shira ni, memang tak de feel berkonvo, lepas tunggu ktorg untuk bergambar, kami pun ke BP dgn harapan gambar konvo yang diambil tadi bleh terus dapat hari ni. Ok, xdapat.. kemudian kami bergerak lagi.. dan dia pulangkan jubah.. Hurm(geleng2 kepala).. haha.. ok, credit to Akhwat K-UM yg memeriahkan keramaian semalam. Haifa, Fauhan dan Hajar(Next year, turn kalian pula^^,). Selepas pekena nasi kerabu di gerai PMK, kami pun berpecah.

Hajar ke API, Fauhan dan Haifa pulang ke Villa Iman (^^,), dan Kak Shira di bawa pulang keluarganya. (Oh Kak Alfa sekejap je bersama kami, ketika detik2 bergambar itu sahaja.. mungkin ada hal yang penting)

Seterusnya aku menyambung jalan ke JPJ. Ok, da jumpa jalan masuk. Parking dan pegi renew lesen. Hurm, no giliran, 1508, no sekarang 1445. Haa! 'Great'.. sampai dalam jam 2.30. Balik nearly 4pm. Buat lesen nya adalah tak sampai 5 minit. Heh~

Ok. Plan seterusnya ke bank? Ya Maybank SS14. Sungguh amat sesak, dan amatur seperti aku mmg blur utk parking. 2 kali pusing pun xjumpa parking. Jam dah nak 4 lebih, gerak la balik.. minyak pun da nak E..

Sampai di UM, telah keberangkatan turun untuk sesi petang. And Im searching for Kak Ila.. tapi terjumpa lak Aiman Razak. Tahniah Aiman! Sudah grade kamu.. Cari lagi, Kak Ila pegi kejar makan dulu rupanya.. Maka join sekali la family Kak Ila makan.. Kak Ila tunjuk gambar baby dia yg keguguran 2 minggu yg lalu. Fuh, scary. Tapi kecik je lah.. sebulan. Bergambar itu dan ini, kemudian berlalu.(Akak kamu tetap cun macam dulu.hehe) En Shah mesti sudah menjaga kamu dengan baik.

Lastly, re-union geng 9th dulu.(Suhana,Min,Poyah,Aimi,oh sorg lagi, yg dirai nama apa ea.) dari Jam 5.30 - 7.30. Jalan2 dgn kalian ni memang recall zaman mude2 dulu. Zmn 1st year la pendek kata.. sekarang semua sudah bekerjaya. Time flies~.. Byk update ye Cik Aimi ^^, semoga Allah permudahkan urusan kamu.

Selain semua ni, ada berjumpa rakan Balai dulu, giat mengusaha gerai PMK. dah final year skrg.. dulu kenal baru 1st year. Muka pun da nampak ke'senior'an nye..

Selain itu, rakan Pemarak.. yang juga bergraduasi semalam. Budak Akaun kan.. ohho~ gaji beliau sekarang, 3K! .gaji best + kerja memang kena dengan jiwa + duduk dengan family di Manjung. Apa lagi yang lebih seronok dari itu kn..

oh juga! Terjumpa lak ngan Aswad.
"Sarah!"
toleh sket,cari.
"Ko tak kenal aku dah ke?"
"Kau macam dah tambah saiz, cmner aku nak kenal"ahha~ ayat sikit pnya cover.
Bersungguh dia tunjukkan gambar grade dia kelmarin, yang aku tak pergi pun. Ya inilah contoh orang excited dengan konvo.

Lain-lain?beli-belah.dan jumpa2 semula dgn anak2 usrah.
Gambar?Rujuk FB.Thanks!

*setelah setahun graduate*

Mode:Missing everything!

pen off.

05 August 2010

Konvokesyen UM 2010

Salam semua.

Ok, ingat nak buat entri untuk 4 Ogos, tapi nampaknya sudah pun terlajak. Ok hari ni 5 Ogos, hari konvo Kak Shira, Kak Alfa dan Kak Ila 12th. (sapa2 yg nama tak tertera, maaflah sebab notis 3 org ni saje. hihi)..

Kelmarin selak2 cuti. eh ada baki lagi ni.. layan gak kalo nak amik cuti ni.. so hari ni a.k.a khamis aku bercuti.. alasan?saja. nak renew lesen dan ada urusan bank sikit, tapi yang ni tengok dululah.. sebab nanti aku main pegi je nak tanya pun aku tak tau macam mana.. jadi kalau jumpa detail yang mahu ditanyakan baru ke bank..

Mainly, nak gi Konvo kakak2 sekalian ^^,..

Kak Alfa,
"Tahniah! Next step, struggle to be a good Muslim"..

Kak Ila,
"Tahniah, hadiah first da dapat.. (hubby).. kita tunggu untuk ahli baru kn kak?.. ^^,"

My Dear Sist Mash..
"Tahniah untuk konvokesyen anda ni. Sudah2lah tu perasaan malas nak ke konvo. Paling2 anggap je macam nak gi dewan kuliah. Dengar lecture dalam 2 jam, pastu amik skrol.. hehe
Semoga berjaya dalam hidup kamu. May u have a better live ahead"

hari ni perlu siapkan sikit kerja2 ofis, kesian nanti my buddy yang tinggal sorang2 kat ofis..

oklah, jumpa lagi untuk episod 2 esok.

Assalamualaikum dan selamat malam..

KJ with love

03 August 2010

New Banner for Merentas Horizon


Ya saya tahu Ramadhan sudah dekat.. semua orang pun post terbaru tentang Ramadhan. Jangan bimbang. Ramadhan tetap di hampiri dengan debaran..

8 days to go..(tak lama dah tu)

Ok, tentang banner terbaru merentashorizon.
Credit to Mr DeToyWorld untuk kreativiti anda membuat banner tersebut. ^__^..

Siapa2 yg mahu sepertinya roger I. Kita bincang harga. V^_^V~


Sekian,
Thanks for reading.

A Moment to Remember

sengaja aku letak tajuk filem tersebut. Sebab, seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ni, ia kisah seorang perempuan yang atlast menjadi nyanyuk di usia muda. Ya, memang sungguh sadis.

Ok, kaitan dgn aku? Hari ni aku cek baki cuti di Ofis. Dan bila melihatkan tarikh2 cuti tersebut sekali imbas, aku mula menghadapi kesukaran untuk re-call.. kenapa aku apply cuti tersebut? fuh~ Petanda awal? *sigh*.. im getting older..

Disebabkan kesukaran tersebut, aku mengambil keputusan untuk re-check dengan my online journal ~ My Merantashorizon Blog. hehe.. nasib baik pada hari2 genting tersebut ada aku catatkan perkara2 yang berlaku..

Thats y, from now on aku berazam untuk menggiatkan lagi penulisan. Demi membolehkan jejak semula ingatan aku yang mungkin akan terhilang sekejap2. ^___^

U guys out there, boleh cuba. Tak perlu too detail.. Just simple word yang boleh membuatkan anda mengenang semula.. apa yg terjadi.

2/8 - First time buat refund wang program. ^_^!

Btw, congratulation for all my fren all over the world yang akan/telah konvo!
Welcome to the New World Order..
Ayuh belajar menjadi dewasa! Dah tak senang macam dulu, lebih mencabar dari zaman lampau. Maintain your clutch and dont take too long to change your gear.. hehe

*oh~ dah setahun sejak aku Konvo..

Till then, have a nice day!