Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

07 September 2010

Pengamatan tentang hidup..

Hari ni kita bagi post awal sikit. almaklumlah.. dah tua2 ni kalau selalu bertangguh alamat lah babai.

Update sikit tentang semalam k. Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan lagi untuk ke Masjid Wilayah.. Menjadikan setiap tahun sejak 3 tahun belakangan ini, tiap kali Ramadhan aku akan ke masjid wilayah untuk sehari saja.. ^_^. Tahun lepas aku rasa, ada gak aku post pasal masjid nih. konon tahun ni nak dtg terawih awal sket supaya boleh berjemaah dgn imam luar negara.. hakhak! atlast tahun ni Ramadhan ke-28 gak aku pergi.. hehe.. Yang special tahun ni? berbuka dan bersahur di masjid. Terima kasih kepada Awanis untuk kesudian menjayakan projek ni.. nanti lain kali jika masih diberi kesempatan.. kita buat lagi.. ^_~..

Hari ni .. at random aku terpikir tentang kawen. almklumlah sekarang rancak orang berkahwin kan.. So, topik ini just cross my mind. Aku nak menyentuh topik kenapa ada sesetengah orang berfikir terlalu lama untuk berkahwin..

pada pengamatan aku la kan..
1. Mempunyai keluarga yang sungguh best.. dan keseronokan itu ada dimana-mana.. sehingga khuatir adakah dengan kehadiran pasangan akan kekalkah keriangan seperti sekarang.
2. Belum ada adik-beradik yang sudah bernikah. Lalu, tiada pendorong untuk bernikah. hakhak.
3. Terperangkap dalam usia. Perasan muda!
4. Commitment Freak!

Untuk alasan, xde duit.. dan xde calon.. ah bohong semua tu!kalau hati dah memang taknak kan.. memang tidak juga lah..haha!

Sekianlah karutan aku untuk pagi yang mulia ini Ramadhan ke-28 (esok 29, lusa 30).. Ok. nak gi sambung kerja.. nanti2 kalau aku nak mengarut aku bagi post yang baru lagi..

masih di Kelana Jaya

06 September 2010

Beberapa hari lagi nak raya..

Wah! Best kan tajuk ni.. memang beberapa hari lagi nak raya.. iaitu 3 ari dari sekarang.. perasaan nak raya? Pendapat aku, biasa aje.. dah 22 kali raya.. so dah biasa sangat kan.. lagipun Ramadhan pun xperform to the fullest.. so susahlah nak feel raya to the fullest kan.. :P..

Apa yang significant sangat raya di Kg Gajah? Ada satu.. iaitu, kalau korang nak tengok jam seperti berada di LDP tetapi korang di Kg Gajah.. datang lah Kg Gajah 1st day raya. Pergh. memang macam KL dah aku nengok.. aku selalu ingat aku salah balik kg untuk past few years.. aku pun kurang arif punca utama kemasukan ramai manusia2 ke Kg Gajah pada hari raya. hurm.

Tahun ni, aku hanya akan balik 2 hari sebelum raya. InsyaAlah kalo xde hal.. sempatlah berpuasa bersama keluarga untuk Ramadhan the 30th. Meskipun dah ramai sahabat handai mula pulang ke kg halaman masing2.. tapi aku masih steady.. fokus (ke?). kerja byk tak siap lagi ni.. T_T.

So, bagi membangkitkan perasaan pulang ke kg halaman.. aku akan pasang Nasyid FM setiap hari.. sekarang dah start main lagu raya. Pasti perasaan nak balik beraya akan muncul membuak-buak pahni.Haha!

Ok semua, Selamat menjalani hari-hari terakhir di Ramadhan 1431H. Raya-raya juga.. tapi puasa belum habis ye rakan2.. jadi, terus struggle k!..

4.21pm

05 September 2010

1 post sehari..

Ouch, nampaknya target untuk buat 1 post sehari tak kesampaian bulan ni, memandangkan semalam telah ter'skip' tanpa ada post baru.. Dari pagi dah terpikir mau blog, tapi sampai malam x ber'blog'.. ahaha~

Alhamdulillah.. (semalam dapat merungkai sedikit kekusutan antara berjuta kekusutan dalam otak ni.. InsyaAllah akan sediakan laporan segera.. )

Ok, hari ni.. Ramadhan ke-26.. another 4 days.. agak2 macam mana amalan kita tahun ni? Teruk dari yang lalu? Bagus dari yang lalu? atau Sama jer macam tiap2 tahun lalu..

Dah jawab soalan kat atas tu? Ok kalau dah jelas status kita yang mana satu segeralah bermuhasabah.. sebab ada 4 hari lagi ni nak topup mana yg kurang.. Nak suruh tunggu next Ramadhan, semua kita pun xpasti umur kita setakat mana kan? So.. untuk 4 hari yang berbaki dan yang tak confirm kita punya ni.. cepat2lah berusaha dan pasang niat untuk membaiki jurnal ibadah Ramadhan kita yang lompong-lompong (erm.. peringatan untuk diri sendiri yang paling utama sebenarnya ni..)

Dikesempatan ni, sudilah kiranya kalian membaca ayat tadabur aku pagi ni eh.. sharing is caring kan.. kita kan saudara jadi sama-samalah kita berkongsi ayat ni..

..Al-A'raf..
50.Para penghuni neraka merayu pada penghuni syurga, "Tuangkanlah sedikit air kepada kami atau rezeki apa sahaja yang telah dikurniakan Allah kepada mu" Mereka menjawab "Sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi orang kafir"
51.iaitu orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Maka pada hari ini (Kiamat), Kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini, dan kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami

Sesungguhnya Mati itu adalah benar, dan Azab Kubur itu benar, dan Hari Pembalasan itu juga benar.. Semoga peringatan pagi ini jadi santapan dan refreshment kepada kita semua untuk memacu gerak pantas, memperbaiki nilai diri..

7.57am,
Kelana Jaya

03 September 2010

Hening Pagi

Tadi ke Iftor Company. Former staf pun ada yang dijemput.. so, jumpa Sham. Byk la gak nyembang ngn Awanis, Sham & En Jamal. Logik2 belaka idea En Jamal tu.. tunggu nk pretis je belum berpeluang. hah!..

Dah balik rumah.. tbe kuatla terkenang zaman blaja dulu.. degree.. so, duk depan laptop selak2 lah blog.. entri lama2.. (kalau zaman dulu, time laptop belum popular.. mesti pegi bukak almari cari peti kayu yang berisi surat2 lama dan dairi zaman belajar.. selak satu2.. )

Best gak zaman blaja .. Oh Rindu lagi T_T.

komen tentang artikel yg aku penah post.
1. Aku dah amik Kursus Kawen. Tapi, mana aku letak sijil tu ek?hurm~
2. Aku mmg clumsy dan selalu tercicir brg dimana mana.
3. Aku mmg selalu buat ayat2 down.ahahha~
4. Rindu membaca komen balas Wani ngan Kak Mash. Rindu pada Aimi Naim!
5. Rasa bersalah untuk selalu mengabaikan Aimi. Maaf ye awak ^___^

ok tu je la kut. kang aku punggah duk selak semua entri dlm blog ni kang.. mmg xjadi keje kang. sekian.

1.22am
Kelana Jaya.

02 September 2010

Sedih.

Untuk para hati yang sedang bersedih dan gundah.. aku hidangkan ayat2 ini buat kalian, cebisan surat cinta dari Sang Pencipta.. T_T ..

"Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin itu. Sesungguhnya seluruh perihalnya adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kecuali pada orang mukmin. Jika dia mendapatkan kesenangan, lalu dia bersyukur, maka itu baik baginya; dan jika dia mendapat kesusahan, lalu dia bersabar, maka itu juga baik baginya"
(HR. Muslim dari Shuhaib)

Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu yang paling tinggi (derajatnya) jika kamu orang beriman
(Ali-Imran:139)

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
(Ali-Imran:142)

Pasti ada pelangi selepas hujan kan?

Selamat membaik semuanya..
(entri ini juga untuk aku sbnrnya, yang sedang membaiki hati yg calar dan koyak.)

KJ.