Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 October 2010

Arah.

Ini ada sebuah lagu.lirik sungguh menangkap.sedang aku berkhayal menerawang dalam sesawang moden ni, terdengar pula lagu nih di NasyidFM.dan jatuh cinta.ni lah namanya crush..

Ok..kat bawah ni lirik dia, kalau nak dengar lagunya bolehlah search2 kat mana2.. InsyaAllah akan berjumpa punya.Good Luck!

All One - Arah

Ku sendirian di himpit sepi
Mencari arah di alam mimpi
Adakah masih ku kesampaian
Atau terputus di tengah jalan
Mendamba kasihMu Tuhan

Sanggupkah aku menahan siksa
Menanggung dosa yang ku lalui
Ku serah diri padaMu Tuhan
Terima segala taubatku
Dengarlah rintihan hatiku

Ke mana arah yang harus aku lalui
Adakah masih di sini
Perit tak terhingga

Aku mengharap padaMu Tuhan
Bawalah jalan menuju cahaya
Sesal tak terkata
Kerdilnya diriku di sisiMu

3.54pm,
Phileo Damansara.

Notis.

1.Secara rasminya saya telah pun berpindah Ofis.. Kelebihan ofis sekarang? hehe. telefon bai. da ada telefon sendiri di setiap meja. So, xperlu lah ku menggunakan fon sendiri lagi untuk call Sabah. :P

2.Ok gambar xdek, sebab hari ni sungguh lah tak bersemangat dek sampukan demam Sabtu lalu masih bersisa.. sampai sekarang pun masih selsema.

3.Maaf kepada sesiapa yang menelefon. Rasa tak sihat, menyebabkan saya tido awal tadi. Nanti esoklah saya return call k! Ini baru bangun untuk cuba-cuba menyiapkan pelbagai kerja tertangguh..

4.Tahukah anda.40 bilion aset umat Islam dibekukan? Hanya kerana tidak menulis wasiat semasa hayatnya. Jadi, bagi yang berharta.. meskipun tak banyak.. Moh le kita menulis wasiat. Wasiat ni bukan nak tulis untuk harta je. Boleh jugak tulis berapa banyak hutang kita ada. Boleh jugak saudara2 kita yang masih hidup tolong bayarkan..

Ok.itu saja.

2.27am,KJ.

03 October 2010

Punya Cinta Ramadhan


Ok. Done! Alhamdulillah..

Akhirnya, setelah lebih 3 bulan aku membeli buku ini.. dapat jua ku akhiri pembacaannya malam ni. Err.. kalau tengok kat rak tu ada lagi 5 novel tengah beratur. Phew~ xpe step by step kan?

Sinopsis sikit la kan:
Ia kisah anak muda bernama Ramadhan yang mencari cinta di sebalik rahmat bulan Ramadhan .. Kisah cinta tuhan yang memandu cinta manusia. Untuk penceritaan Novel Malaysia, aku rasa peminat novel Islamik yang tercari-cari kisah ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih.. tetapi lebih hampir kepada lenggok budaya Malaysia.. jemputlah mendapatkannya di toko buku berhampiran..

Sedutan:
"Kata walid, al-Quran itu turun dari langit. Didalamnya terkandung manual cinta Tuhan. Manual cinta itulah yang akan mengusik cinta di jiwa manusia apabila hati dekat dengan Al-Quran"

"Sayang, kalam tuhan itu pangkalnya di langit.. hujungnya menyimpul hati nurani hamba-hambaNya. Andai pangkalnya tidak diikat dengan keikhlasan, tali hubung itu akan longgar dan putus"

"Tanggungjawab sekadar memenuhi kehendak peribadi. Suka buat, tidak suka tinggal. Hairan, mengapa tidak ditimbang dengan pahala kerana walau sekecilpun kerja itu, nilaiannya ialah syurga. Bukankah pahala itu diraih kerana keikhlasan"

Ok, itu jelah ek setakat ni. blur lak nak buat huraian.

10.47pm.
KJ.

02 October 2010

Mimpi.

Kelmarin, aku bermimpi Kak CT jadi mangkuk.
Ini series kes yang aku pun kurang pasti..
camnerla begitu thrill mimpi nye.

Sekian.

27 September 2010

Excited!

Perbualan ringkas di FB ketika senggang masa rehat di ofis. dengan sahabat yang selalu dirindui..

Rakan : salam.siti sarah, kamu watpe?
Me : hai rkn! ws. sdg rehat2,lunch hour kan.apa kabar kamu?
Rakan : dh mkn dh?khabar baik sy.hehehe.ecah..
Me : apa apa? nk jemput kawen ke? hikhik
Rakan : die dh dtg risik sy time rya aritu.hahaha.blum g la,bru risik.

kamu, tahniah! xsangka bergenang air mata mendengarkan perkabaran gembira nih. Kamu yang dirisik saya pula yang excited..

Semoga jalan seterusnya dipermudahkan.. bertekadlah sahabat.. InsyaAllah segalanya akan baik2 saja!

Good Luck!