Salam 1 Malaysia.
renung-renungkan bual pagi rakan kita ni..
Tingkatan 3, tahun 2000.
"Eh, keputusan PMR dah keluar lah.. aku ada apply MRSM hari tu.. harap2 sangat dapat."
"Betullah, aku pun ada apply untuk sambung tingkatan 4 di SBP"
Tingkatan 3, tahun terkehadapan..
"Eh ko ni kan PMR dah dekat, ko masih nak keluar malam dan xmau study ek"
"Ala PMR je pun.. its not end of the world la.. nak susah apa, Sekolah Harapan kan ada!"
Satu masa, kita berlumba-lumba nak masuk sekolah berasrama penuh.. mungkinkah, akan sampai satu zaman.. dunia telah merubah dimensi pikir adik2 kita?nauzzubillah.
Untuk kisah ini,
suka untuk aku kongsikan analogi sungai dari Ustaz Pahrol.
Di sebuah kampung.. sungainya telah tercemar teruk, dek kerana orang2 kampung di Hulu terus-menerus membuang sampah kedalam sungai. Atas inisiatif murni dan penuh pengharapan untuk mendapatkan sungai yang bersih, maka penduduk kampung dibahagian hilir menjalankan gotong royong membersih sungai. Setiap hujung minggu, mereka bertungkus lumus membersih sungai.
Begitulah agaknya negara kita, terus-terusan membersih hilir sungai sedang jalan menggesa penduduk hulu sungai dari membuang sampah adalah lebih bijak sebenarnya.
Dari sekolah harapan, pembinaan kilang coca-cola, lalu sekarang, rancangan hab hiburan untuk tujuan peningkatan ekonomi negara dari sektor pelancongan..
apa semua ini?
Sekian, Phileo D.
2.21pm