Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 February 2011

Bestkan duduk kampung?

ha dah berblog hari ni? semalam baru cakap nak mintak pembaca bagi ruang dan segala bagai kan. Hari ni dah berblog semula, apa cerita kawan?

Hehe.. sebenarnya, master inspirasi telah datang semalam. Sebaik sahaja aku karang dan post artikel 'Ruang' itu, idea datang mencurah-curah. Tapi aku tak letak semua kat sinilah.. nanti-nanti aku tulis lain pulak, buat simpanan stok sepanjang tahun.
(Btw, thanks to Basyi. gelak guling2 anda memang menjadi pembakar semangat saya utk berblog)

ok, seperti sedia maklum CNY adalah satu event untuk diraikan bersama keluarga tercinta, tak terlepas bagi aku dan kakak aku, untuk turut pulang ke kampung halaman tempat letaknya keluarga tercinta Basri Legacy (The Kalib's pun boleh.lol).

Nak cerita sebenarnya, pada hari aku balik tu.. mak bagitau dah 2 minggu sejak kami pulang kali lepas rumah telah terputus bekalan sayur. Almaklum sajalah, rumah tu di hari-hari normal di huni oleh 3 orang sahaja. Hanya jika ada event khas sahaja (seperti cuti umum) barulah bertambah ahlinya.

Maka, di Jumaat nan permai time mengambil keputusan membeli sayur. Dah terlambat, penuh sudah pekan Kg Gajah tu dengan manusia. Semua stok barang basah, telah di tamatkan riwayatnya oleh penduduk kampung yang hanya muncul pada cuti peristiwa melibatkan 1 Malaysia.

Maka, pagi tu juga mak kebelakang rumah bersama cinta hatinya iaitu Cikgu Basri. Beberapa tandan pisau diperoleh dan jantung pisang juga. Oh tak dilupakan, 2 dozen buah ambra.

Mak pun masak gulai pisang muda tersebut, juga jantung pisang direbus sahaja dimakan cicah dengan sambal ambra. (Jangan tak tau ambra pun boleh buat sambal colek tau > aku pun jakun baru tahu.kehkeh) Ayah cakap, jantung pisang abu lagi sedap dari pisang awak. Nyum2x. Hari sebelumnya kami makan pucuk ubi masak lemak.

Petang tu, kami menikmati hidangan air kelapa yang baru dipetik juga dari belakang rumah. Ala setakat Fikri jengket boleh dah petik kelapanya. So, hari-hari pun boleh minum. ^____^

Ah. nice betullah duduk kampung ni. hehe.

[gambar hiasan]
[gambar hiasan]

*Ekoran demam pisang dirumah, pengat mak bawa masih ada, juga kelmarin makan malam kami pisang goreng, dan pagi ni sarapan cekodok pisang. hehe
*Pulasan dah nampak putiknya. Bulan 3 nanti mungkin dah merah semuanya. Balik lagi yuk!

08 February 2011

Ruang


Keadaan P1Wimax (ni petanda kena betukar kepada YES ke hape ni?) akhir² ini begitu menduka-citakan, di tambah pula dengan keadaan laptop yang super-lembap-lepas-main-game memang betul² melemahkan semangat berinternet di rumah, juga merendahkan tahap inspirasi untuk menulis blog.

So, izinkan tuan blog berhenti rehat buat senggang waktu ini.

..

nak cari spirit baru,

..

jumpa lagi kelak!

..

* Assalamualaikum dan terima kasih. sayang semuanya! *

Truly Saya,
SarahB

06 February 2011

Abah

Lewat tengah malam semalam, aku menghabiskan sisa masa dirumah dengan membantu key-in maklumat bantuan kewangan pelajar sekolah ayah. apa nak buat dah janji.

Mak dan ayah dah terlelap di sofa. Sejak aku habis sekolah, kerja-kerja cikgu seperti menanda buku dan kerja-kerja melibatkan komputer ni, selalunya akulah mangsa utama dikerahkan untuk membantu. Dulu, time cuti² zaman belajar dapat gak upah. :P Dah kerja gini takkan nak mintak upah lagi kan? ^__^

Sebenarnya semalam petang lebih kurang jam 6.30 malam kami baru bertolak dari Selangor pulang ke Perak selepas menghadiri kenduri Aqiqah Damia. Biasanya perjalanan adalah 2 jam sahaja. bukan jauh sangat rumah kampung ni dengan kampung di Selangor tu, tapi akhir² ni kemampuan ayah bawa kereta sedikit merosot. Boleh sampai 5 jam untuk jarak perjalanan yang sama. Ahaha~

Tapi, untuk perjalanan semalam, 3 jam saja. Memang agak aneh sedikit, memandangkan begitu pantas kan? satu jam lebih tu pon sebab berhenti di Tesco Kuala Selangor dan berhenti untuk jamak solat maghrib. 2 tu saja check point (tak dapat nak buat cerita 7 perhentian.hihi)

Kesannya? sampai rumah saja, lepas pekena secawan kopi dan beberapa cubit roti. Ayah pun terbaring di sofa ruang tamu. sambil berkata.

"Balik kali ni tak singgah man-mana pun, biasa kalau bawa malam singgah kedai minum² dulu. Dapat rehat sikit. Ini jalan straight je, penat. Korang semua tido je tadi"

pastu ayah pun lena.

ok baru perasan, dulu bapak steady je jalan jauh. Lupa lak.. sekarang umur bapak dah lebih separuh abad. pastilah kemampuan pemanduan jauh semakin merosot. Jadi perlu sokongan seperti selalu berhenti dalam perjalanan jauh.

Oh. Ayah sudah tua. Touching pula.

01 February 2011

Untuk Esok Yang Lebih Baik

bismilahirrahmanirahim.

pagi yang indah, eloklah kita mulakan dengan menulis blog.(lol)..

Keadaan hari ni nampak sungguh damai, boleh dilihat dengan perjalanan ke tempat kerja tanpa masalah lalu lintas. selalu dekat 30 mnt jugak nk sampai, hari ni 15 mnt dah sampai. oh! dahsyat juga impak cuti peristiwa kepada jalan² utama di pusat bandar. Almaklumlah hari ni kan Hari Wilayah.

Buat pengetahuan semua, sekarang Malaysia sedang mengalami musim dingin, malam² sudah tidak perlu menggunakan kipas lagi. Berdasarkan kedudukan rumah di tingkat 13 tu, bila sekali angin dia bertiup.. fuh~ mengembalikan rasa rindu pada sejuk angin di Janda Baik. Dah rasa macam duduk di pergunungan pulak.

Ok, point hari ini, betapa bersyukurnya kita di Malaysia.. meskipun terdapat kekecohan politik di mana-mana, kes² jenayah yang tak pernah surut, moraliti makin merudum.. tetapi, Allah yang Maha Penyayang tetap tidak kedekut menumbuhkan kedamaian pada sejuk malam dan lapang perjalanan. Alhamdulillah.. ^____^

Apa kabar sahabat² dan saudara² kita di Mesir hari ini agaknya? sudah makan kah pagi ini? dapat tidur nyenyakkah semalam?

di kongsikan emel di yahoogroupku untuk tatapan kalian,

Assalamualaykum!
Anak sulung saya, Nur Izyan, berada di Alexandria (2nd yr medic). Dia berlindung di Asrama MARA Alex, menumpang penginapan para pelajar tahun 1 MARA disitu. Semalam dia ada call Mama dia, alhamdulillah keadaan disitu selamat, keadaan terkawal, makanan dicatu, minum air paip. Ada juga para pelajar yang duduk tetap dalam apartment masing-masing. Cuma mungkin stok makanan mereka running low. Nak beli makanan, kedai tutup, bank tutup dan account kena freeze. So are limited flights leaving the country.
Mohon kengkawan luang sedikit masa lepas solat mendoakan keselamatan anak sulung saya, rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia(11,000++) di Egypt. Semuga Allah memudahkan keadaan di Egypt, menyingkir Hosni Mubarak dan mengembalikan pemerintahan yang adil di Egypt. Didahului dengan salam hormat, terima kasih dan wassalam
Shahul

money and food is running low. Oh, Allah.. hanya Kau lah sebaik-baik pembantu, bantulah mereka menghadapi saat² getir ini.

Semoga dunia akan menjadi tempat yang aman kembali untuk diduduki satu hari nanti, kembalikan kepimpinan Islam di Mesir dan seluruh dunia.

Amin.

31 January 2011

Perkembangan di Mesir - update k.Azlina dari Doha.

Assalmualaykum wrt;

Sedikit updates;

1. Al Jazeera Mesir telah diarahkan ditutup oleh kerajaan Mesir (baca: Hosni Mubarak) namun siarannya masih dapat diikuti dari Jordan dan Doha kerana wartawan Al Jazeera masih bertugas dan mereka membantah sekeras-kerasnya penutupan ini.

2. Polis telah langsung tidak kelihatan di mana-mana semenjak beberapa hari lepas kerana HM mahu meminimakan keganasan dan angka kematian yang disebabkan keganasan polis. Sekarang tentera yang mengambil alih mengawal keadaan. Polis boleh berehat.

3. Banduan-banduan seramai lebih 8 ribu orang telah dibebaskan (atau sebenarnya memecahkan penjara dan melarikan diri) dari penjara kerana polis sudah tidak bertugas. Tahanan dari Palestin telah pulang ke Gaza dan Tebing Barat semenjak beberapa hari lepas. Begitu juga tahanan politik seperti anggota Ikhwan Muslimin. Namun yang menjadi masalah ialah banduan dari kalangan perompak, penyamun dan pengganas. Mereka inilah sekarang yang melakukan kekacauan dan huru hara dengan memecah kedai, merompak bank, (ada juga dilaporkan kes rogol namun tidak disahkan kemudiannya) dan menyamun menyebabkan separuh dari penunjuk perasaan pulang ke kampung/kediaman masing-masing untuk mmenjaga keselamatan tempat tinggal.

4. Semalam di kaca tv ditunjukkan penduduk Mesir di kawasan Asyir (District 10, El Nasr City) menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menjaga keselamatan penduduk setempat. Walaupun terdapat tentera berkawal tetapi hanya di pusat bandar, sempadan daerah yang mengawal penduduk lalu lalang. Tentera tidak boleh menangkap penjenayah. Tentera juga tidak mengawal kawasan kediaman.

5. Ramai sahabat2 Mesir di sini berpendapat HM tidak akan lari meninggalkan Mesir. Haram 'alaih :)). HM telah melantik sahabat baiknya Omar Suleiman dan Ahmad Shafiq sebagai PM dan TPM yang mana kesemua mereka berlatarbelakangkan tentera. Adalah menjadi falsafah tentera untuk terus mempertahankan rakyat dan negaranya walau apa terjadi. (baca: mempertahankan ideologinya juga). HM mungkin tetap akan bertahan sebagai Presiden dan akan teruskan usaha reformasi mengikut perancangannya. Dijangkakan rakyat tetap tidak akan berganjak dengan tuntutan mereka supaya HM turun. HM menjangkakan rakyat akan diletihkan dengan tunjuk perasaan yang lama, mungkin berbulan-bulan; tanpa makanan dan tiada keselamatan dan akhirnya rakyat akan mengalah. Kita lihat siapa yang menang samada HM atau rakyat.

6. Semua anggota keluarga Hosni Mubarak telah meninggalkan Kaherah menuju London melainkan Hosni Mubarak sendiri dan anaknya Gamal Mubarak.

7. Pihak tentera telah memindahkan pusat operasinya ke Sharm El Sheikh iaitu pusat peranginan termasyhur di Mesir. Di sana juga Hosni Mubarak sering tinggal selain istana rasminya di Heliopolis.

8. Ikhwan Muslimin telah bersetuju menyokong Mohamed El Baradei sebagai calon Presiden. Mereka bersedia berbincang dengan parti pihak pembangkang yang lain untuk menubuhkan kerajaan baru. Dijangkakan IM, MEB dan pihak pembangkang yang menentang HM tidak akan membiarkan HM menang kerana HM tidak akan membiarkan mereka hidup kalau HM menang. Memang betul2 Firaun HM ni. Tidak mustahil dia akan memb***h penentangnya. Maybe he want to die in office.

Wassalam,
Azlina