Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 April 2011

Cuteness

amin dan kawannya

aida dan kawannya

syakirin, __, __



fauwaz, syakirin, iman harris.

ok. Selamat Hari Sukan.

02 April 2011

The Making of..


Salam semuanya. sihat di petang Sabtu nan permai ni? Good then. Some pics for the making of,







Sport Day of Little Azhar Kindergarten

update:
+tentang fon aku semalam, akhirnya.. aku pegi sekali lagi Giant, jumpa amoi tu. dia try dengan flip lain, tapi semuanya frustrating. at last dia pulangkan my RM30. ^__^ Alhamdulillah. 
+abg long was warded again. "Ya Allah, kau berikan yang terbaik untuk abg long"

♥rumah Kelana Jaya

01 April 2011

Sigh

Assalamualaikum dan selamat malam,

ok kasi can la aku membebel kan malam ni, tadi aku pegi ke Giant Kelana Jaya. macam biasa window shopping, plus sedikit tambahan perkakasan untuk berkarya. Nak dijadikan cerita, aku beli 5 roll pembalut buku kat satu kedai. dia kira 5 = RM6.

kemudian bila naik tingkat atas, ada plak kedai yang menjual pembalut hadiah dengan harga RM1.50 sekeping. tapi mutu dan coraknya 2 kali ganda lebih mables dari yg kedai bawah. So, aku beli gak 2 roll, total RM3.

kemudian simpan barang di box Giant dan masuk Giant. tengok-tengok, dan beli beli. Kemudian singgah jap kedai telefon. oh, buat kesekian kalinya flip fon aku tu dah patah lagi petang semalam. Maka, aku pun pegi la beli kat amoi tu, flip dia saja yang berharga RM30. (flip yang sekecil itu, punyalah mahal).. Masa awal tu aku perasan dia tak connected each other. tapi after a few while (dalam kereta), aku try2 still tak berhasil. T_T, memang menangis di hati lah time tu. mana taknye. melayang RM30 bai.

Dan, di kesedihan itu jugak, baru aku perasan. Ah! pembalut buku versi RM3 tu takdek!! ah!, bertambah-tambah kekecewaan ku... dan kak ct jua berulang kali mengatakan.. "dah bukan rezeki kau lah tu.." T_T aku pun senyap je la along the way home, melayan lipatan2 origami.

Sebenarnya, memang sedih sebab pembalut tu cicir (memandangkan dia yang paling cun kan).. tapi ia tak la sedih sangat kalau dibandingkan dengan RM30 utk flip fon yang tak berfungsi. T_T

Balik je rumah, aku cek-it-ot nombor fon kedai tu, dan call. Alhamdulillah, dia kata boleh je datang kedai dan tukar. Harap2 nanti lepas tukar takde lagi masalah camni. Kalo tak memang tersangat amatlah ralatnya.

sekian corat coret serta bebelan di malam Sabtu.

seni kraftangan

Salam semuanya.

For those yang gemar membuat kad dan pelbagai origami.. anda sekarang perlu berasa gembira. kerana YouTube juga menawarkan tutorial2 membuat dua perkara ni. hehe. Sebenarnya kalau orang yang biasa buat kad dia xperlukan pun lah kan tutorial from YouTube ni, tapi ia sangat membantu untuk merangsang idea untuk kita membuat kad (yang seiring dgn perkembangan zaman).

So, pada yang berkelapangan bleh lak cek-it-out 2 channel youtube ni, Christina1716 dan StampTV. Both ni own by orang berkulit putih. peh stuff dorang pun maju. pernah korang tengok gam berbentuk correction tape? fuh aku baru first time tengok kt youtube dorang. (haha, ok mybe aku yg ketinggalan) tapi memang nice, aku nak satu lah gam gitu. hehe.

Ni aku share kan video studio Kak Christina kita. Wallah! aku nak buat studio cmni gak la. hakhak..


Video lain korang check sendiri lah ek.

Oh? untuk origami.. sila lah lawati channel jonakashima atau barbabellaatje. Cantik2 gak origami nya, aku dah cuba dah.. untuk pentagon box. kut korang nak jimatkan belanja bahagian doorgift kahwin ke kan. bleh la nak buat box sendiri.. belajar menda ni.


ok, selamat mencuba!

29 March 2011

PTPTN oh!

ok kawan-kawan, di petang hari sambil-sambil aku masih melepak di ofis menunggu masa untuk berlalu pergi. saja aku view baki pinjaman ptptn. (hoho, yang anehnya aku tak cek pun aku punye akaun lagi, cek adik aku punya je)

nak dijadikan cerita aku rasa dia ni dapat sumbangan pinjaman dari ptptn ni, ada la 2 sem kut, pastu da takdapat sebab dia tukar course, dia masuk belajar 2007, mean hujung tahun 2008 tu dah tak dapat lah lagi ptptn.

jadinya, sampai 2008 tu dah terhentilah sumbangan dari ptptn ni.. so, lets check it out..

2008

2009

2010

2011

aku check kat atas tu, 2008 last duit yang ptptn kasik RM6500. dan sehingga ke hari ni 2011, baki keseluruhan terkumpul dah RM6857.50.

wow! RM357.50 diperolehi dalam tempoh 3 tahun, dengan mengambil RM16++/month.

dahsat betul!