Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 May 2011

Forkustik.

dalam setiap perkara sebenarnya terpulang kepada diri kita untuk mendapatkan pengajaran dan hikmahnya. Jadi, aku beri peluang kepada kalian untuk fahami sendiri koleksi YouTube ini. Revolusi seni.

Hishamuddin Rais - selama ni duk baca Tukar Tiub saja, kalini layan sket You Tube pulak.

Nurul Izzah - jom selami rasa hati politikus.

aku rasa macam dapat sesuatu. kalian?

.hidup sihat.

dulu, aku tak pernah terfikir pun pasal saiz badan aku. kerana memang terbukti badan aku punyai tahap ketahanan dalam kenaikan badan ni. seingat aku, dalam tempoh 24 tahun hidup, ketika aku masuk sekolah menengah saja ada sekali mak aku cakap aku dah naik badan sket. (oh biasa la, makan teratur. harusla ada perubahan sikit)

selain dari itu. memang aku jarang amatla dengar orang cakap badan aku naik. yang selalu didengari, "awat, kte tengok hg makin cengkung skrg?"<- ini ayat eri sebenarnya, masa mula-mula aku masuk kerja dulu. ah itu, haruslah cengkung. hectic life gile masa tu. xleh nak cakap apa. mana taknye. kadang2.. habis kerja jam 5.30ptg gitu, ktorang balik mandi jap.. kalau ada makanan, jamah sket then 11.30mlm masuk balik ofis sampai dalam pukul 5 pagi (atau kadang-kadang 8.30pg kalau hari Sabtu) baru balik rumah.

tapi tu cerita dulu. memang kat ofis lama, aku pun jarang makan tengahari. sebab kedai dia jauh. aku slalu cari makanan ringan je kat kedai runcit bawah ofis.

dulu, aku selalu berfikir.. orang cakap biasanya bila dah kerja badan akan makin sihat bagai dipam-pam. aha~ aku tak percaya. sekarang baru dah percaya. T_T

erm, bukan.. bukan aku tersampuk dengan ideologi zaman kini yang mengatakan kurus itu cantik dan gemuk itu hodoh. as long as sihat, I thing tak kisah la saiz camne pun.

tapi, aku rasa. aku da makin tak sihat. T_T dan tidak selesa. nak tau sesuatu tak? (kususnya kepada semua kakitangan kerajaan mahupun swasta yang kerjanya 8 jam duduk di ofis SAHAJA)


jangan lupa cari kebenarannya >>disini<<
terima kasih Awanis perkongsian ini, saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ye!

So, apa tunggu lagi? draft your plan, untuk esok yang lebih baik! Bersenam! Berusaha!

09 May 2011

kadang-kadang

kadang-kadang,
hidup anda yang seawalnya tenang,
boleh juga menjadi murung di petang hari.

hidup.
tentang naik dan turun,
jatuh dan bangun.

Iman, bertahanlah bersamaku.

08 May 2011

Sunday.

hari ni, ada yang aku korbankan untuk aku setelkan kerja-kerja tertangguh. Meskipun masa yang panjang dirumah..nampaknya tak berhasil untuk fully utilized.

tetapi,
berjaya juga menyiapkan surat jemputan dan pemplet. Alhamdulillah.

*come on Sarah, u can do better.

source: stumble.

ok, ada beberapa jam sebelum esok. terus berusaha!

07 May 2011

Kenduri Kak Jannah

Salam dan selamat petang.

nak dijadikan cerita. waktu aku baca je kad kak jannah ni tulis tempat kat kompleks sukan PKNS kelana jaya. aku pun bajet orang kelana jaya, lepak je dari rumah keluar jam 12.15. almaklumkah bukan jauh pun dari rumah. bila baca kompleks sukan je, terus aku teringat kompleks sukan yang dekat dengan Stadium MBPJ dan ada satu pejabat MAS ni.

dalam tambah tolak 10 minit sampai lah aku ke kompleks sukan. dan dengan yakin send sms ke Kak Kiah yang aku dah sampai. elok je aku parking, turun kereta, satu banner besar menyambut. Syazwan dan Farah. aku ingat ada dewan lain kat dalam, sekali tanya pakcik guard memang salah tempat rupanya.

berpusing jugakla mencari, dekat 3 kali ktorg berpusing kat tempat yang sama. hehe. walhal, kompleks sukan PKNS ni betul² berhadapan kastam. bersamaan kalau lalu LDP tu (menghala Damansara), memang sebelah kiri jalan boleh nampak. Ahaha. akhirnya lebih kurang ketika azan Zuhur berkumandang, maka kami pun tiba di Jalan SS7/20.

Sampai² je kat perumahan bersebelahan kompleks, jalan da jadi sesak. nampak lah kemah², hiasan kaler merah, bunga² da macam kedai bunga. meriah! kirorang da turun, sebelum masuk nampak 2-3 orang pakcik jadi penyambut tetamu pakai baju kaler merun. Kak Siti dengan ringan mulut bertanya "Ni kenduri Muadz dan Jannah ke?" Lalu pakcik cakap, bukan. sambil bagitau direction nak gi dewan kat hujung perumahan.

patah je balik. nampak muka puteri dan kak djah, siap bawa hadiah besar lagi hampir salah rumah macam kami jugak. hehe, maka kitorang pun bersama-samalah meneruskan perjalanan menuju ke Dewan Sri Delima.


pengajaran: semak semula alamat dengan google map :)